Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Kulit cerah dan cantik semulajadi memang menjadi impian kebanyakan wanita. Lagi-lagi sekarang banyak iklan produk dengan moto "Cerah Seawal 3 Hari", "Putih Gebu Dalam Masa Seminggu".

Namun ramai juga tersalah pilih dengan lambakan produk mengandungi merkuri. Kulit rosak dan akhirnya merana.

Kulit gelap tidak akan boleh menjadi cerah bak wanita kulit putih. Namun dengan pengambilan vitamin tertentu ia boleh mengembalikan warna dan tona asal kulit seseorang.

Dan vitamin tersebut ialah vitamin C. 4 cara vitamin C boleh mencerahkan kulit, memudarkan parut serta menggebukan kulit.



Vitamin C Menggalakkan Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona cerah pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

Vitamin C Untuk Penyembuhan Luka
Badan kita menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh merupakan tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Vitamin C Melindungi dari Perubahan Warna Kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit menjadi lebih lembut.

Vitamin C Memperbaiki Tekstur Kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit kita.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

TESTIMONI VITAMIN C UNTUK MENCANTIKKAN KULIT






Untuk tempahan dan konsultansi, hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978
SID 968112


Kulit cerah dan cantik semulajadi memang menjadi impian kebanyakan wanita. Lagi-lagi sekarang banyak iklan produk dengan moto "Cerah S...

Jika dilihat di sekeliling kita, ramai yang mengalami masalah jerawat. Dan apabila ada masalah jerawat, akan ada pula masalah parut jerawat. Boleh dikatakan 6 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah parut jerawat.

Kadangkala rawatan untuk jerawat menyelesaikan masalah jerawat. Tiada lagi jerawat yang muncul namun parut jerawat tetap ada.

Gambar di atas semasa jerawat menyerang muka kulit wanita ini dan setelah mengamalkan produk Shaklee, jerawat tersebut semakin berkurangan seperti gambar di bawah. 


Parut jerawat terjadi apabila kulit yang mengalami masalah jerawat tadi mempunyai ruang / lubang akibat radang atau jangkitan bakteria dan badan akan bertindak balas untuk menutupi ruang tersebut.

Lapisan kulit yang mulus dan tegang adalah dihasilkan oleh kolagen Type 1 yang memakan masa bertahun untuk dihasilkan. Namun apabila ada ruang / lubang terjadi akibat jerawat tadi, badan akan bertindak balas menghasilkan kolagen Type 2. Kolagen Type 2 ini dihasilkan dengan lebih cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Namun hasilnya ia tidak setegang kolagen Type 1. Akhirnya akan kelihatan parut di tempat tersebut atau lebih dikenali dengan nama jolokan seperti kawah bulan.

Pengambilan Vitamin E boleh meransang pemulihan sel secara normal manakala vitamin C pula bertindak sebagai antioksidan untuk menentang radikal bebas pada kulit. Pengambilan protein yang bermutu tinggi seperti ESP pula menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat untuk kulit yang lebih cantik dan mulus.

Selain daripada merawat jerawat yang telah muncul, ada baiknya mengetahui punca jerawat agar punca masalah dapat diselesaikan.

Antara punca jerawat ialah:

Bagi remaja yang mengalami masalah jerawat, ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi punca. Ini disebabkan semasa usia remaja, terdapat hormon yang melonjak naik menyebabkan kulit menjadi terlebih berminyak. Terlebih minyak yang dihasilkan pada kulit menyebabkan sel kulit mati berkumpul dan terperangkap pada kulit dan akhirnya menjadi punca kepada jerawat.

2. Faktor genetik
Sekiranya ibu bapa atau ada adik-beradik yang mengalami masalah jerawat tidak mustahil adik yang lebih muda juga akan mengalami masalah yang sama. Bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah jerawat ini.

Jerawat juga boleh terjadi sekiranya pemakanan seharian banyak mengandungi gula. Pernah dengar bukan jika makan coklat boleh menjadi penyebab jerawat? Bukan sebab coklat tersebut namun disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam coklat tersebut.

4. Tekanan
Sekiranya tekanan tidak diuruskan dengan baik, jerawat akan muncul di wajah. Elakkan stress atau uruskan stress dengan lebih baik. Disebabkan itu ramai remaja di tahun peperiksaan penting seperti pada umur 15 tahun untuk mengambil PT3 dan dan pada umur 17 tahun yang akan mengambil SPM mempunyai masalah jerawat.

Tidak ketinggalan juga ibu bekerjaya yang terlalu stress menguruskan rumahtangga di samping kerjaya masing-masing.

5. Ubat-ubatan
Sesetengah ubat juga boleh menjadi punca kepada jerawat.

6. Cuaca
Jerawat juga boleh terjadi akibat cuaca yang terlalu panas dan berhabuk.

Penggunaan produk penjagaan kulit yang salah atau mengandungi bahan yang berbahaya juga boleh menjadi penyebab kepada jerawat.

Sekiranya seseorang mempunyai masalah blackhead dan whitehead, berkemungkinan tinggi juga akan mengalami masalah jerawat. Pori tersumbat akibat pengumpulan sebum pada kulit inilah menjadikan blackhead dan whitehead. 

Whitehead terjadi apabila terdapat kulit di atas pori yang menjadikannya berwarna putih.


Sumber gambar: Google

Blackhead pula ketiadaan kulit yang melindungi pori maka sebum yang tersumbat dalam pori tadi akan terdedah dengan persekitaran. Apabila terkena denga udara, sebum akan teroksida dab bertukar menjadi coklat pekat dan akhirnya berwarna hitam.


Sumber: Google

Yang sebenarnya menjadi punca jerawat ini adalah kehadiran sejenis bakteria yang terdapat pada kulit dikenali sebagai Propionibacterium Acnes. Bakteria ini sememangnya terdapat pada kulit namun berada dalam keadaan dorman. Namun apabila pori kulit tersumbat, bakteria ini akan 'terjaga' dan akhirnya menjadi aktif dan punca kepada jerawat.

Rawat punca jerawat untuk kulit bebas jerawat! Dan bagi wanita ini, beliau berjaya memudarkan parut jerawat dalam masa 20 hari sahaja.




Sekiranya anda ingin mendapat vitamin E, vitamin C atau ESP pada harga istimewa, hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978.


Jika dilihat di sekeliling kita, ramai yang mengalami masalah jerawat. Dan apabila ada masalah jerawat, akan ada pula masalah parut jerawat...

Vitamin C amat popular di kalangan wanita terutama bagi yang ingin mencantikkan kulit. Sememangnya ia adalah vitamin antioksidan yang popular yang digunakan untuk menentang radikal bebas yang menyerang badan kita setiap hari.

Vitamin C Shaklee berbeza daripada vitamin C yang lain di pasaran kerana menggunakan teknologi Sustained Release. Teknologi ini memastikan pelepasan khasiat vitamin C dalam tempoh 5 jam di dalam badan. Tanpa teknologi ini, dos vitamin C yang tinggi hanya diserap oleh badan pada amaun yang diperlukan sahaja ketika itu dan selebihnya akan dibuang.


Dengan Sustained Release Vitamin C ini ia membantu badan dalam penghasilan kolagen bagi membantu menganjalkan kulit serta mencerahkan kulit secara semulajadi. Bukan dalam bentuk bleaching ya. 

Bintik-bintik hitam kesan daripada pendedahan kulit kepada cahaya matahari juga boleh dipudarkan dengan pengambilan vitamin C yang konsisten dan akhhirnya kulit bebas cela dan kelihatan flawless.

Vitamin C juga akan melindungi kulit dari dalam daripada sinaran cahaya matahari. Sinaran cahaya matahari tanpa tabir suria boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Kulit yang bebas cela dan kolagen yang mencukupi akhirnya menjadikan kulit kita lebih muda dan kelihatan awet muda.

Dan ya kesan awet muda ini boleh dilihat pada wajah mereka ini yang telah menggunakannya:




Anda bagaimana?

Jika ingin mengekalkan kecantikan kulit atau ingin menjadi seperti wanita ini, dapatkan Vitamin C anda hari ini.

Hubungi: Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Vitamin C amat popular di kalangan wanita terutama bagi yang ingin mencantikkan kulit. Sememangnya ia adalah vitamin antioksidan yang popul...

Alkisah seorang ibu diserang jerawat yang besar-besar hingga meninggalkan parut kehitaman.

Stress sangat dengan jerawat dan parut, terus beliau order vitamin C, E dan herblax.

Dan setelah 2 minggu, maklumbalasnya?

1) Jerawat kurang
2) Muka berseri
3) Lawas

Saya terjemahkan ya:




S: Assalamualaikum. Maaf tanya kat sini saja (messenger). Ok tak pakai set itu? Ada apa-apa perubahan? Jerawat ada tumbuh lagi?

C: Waalaikumsalam. Masih tumbuh tapi terkawal. Muka saya ada glowing sedikit. Saya tak makan pantang dan makan kacang. Dan tidur lewat juga. Sebab itu jerawat masih naik.

S: Herblax makan ok? Ok sangat tu muka dah glowing. Baru 2 minggu kan?

C: Ya makan. Saya makan herblax memang lawas. Saya baru detoks 3 hari lalu. Kemudian makan selang 2 hari. Memang bagus. Saya rasa muka saya memang glow.

Seronok rasa apabila manfaat dapat dilihat dalam masa terdekat. 

Lagi seronok kalau beli bulan ni sebab tengah promo Vitamin C. 

Lagi yang telah berjaya mengatasi masalah jerawat dan parut:




Nak tau set yang sesuai dengan anda beserta dos yang sesuai?
Hubungi Pn Emalin Mohd 0192500978 (SMS / Whatsapp)








Alkisah seorang ibu diserang jerawat yang besar-besar hingga meninggalkan parut kehitaman. Stress sangat dengan jerawat dan parut, terus bel...

Student atau pelajar terutama yang belasan tahun dan berada di awal 20an. Antara masalah yang sering dihadapi ialah jerawat yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Selepas satu, satu jerawat yang muncul. Bukan jerawat pasir pulak tu. Semua jerawat batu.



Pedih dan sakit bukan setakat di mata kadangkala tertusuk di hati.

Nak membuat rawatan pulak, bajet bukannya banyak sangat.

Tapi, ini berita baik untuk student. Tak sampai RM100.00, ada penawar untuk jerawat batu di muka.

Kita tengok dulu testimoni mereka yang telah meggunakannya.









Kalau ada bajet lagi, tambah Alfalfa atau Herblax dan Vitamin E untuk mendapat kesan yang lagi superb.



Banyak-banyak vitamin C, kenapa perlu memilih Vitamin C Shaklee?

1. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Ia bermaksud apabila ia sudah cukup vitamin tersebut ketika itu di dalam badan, maka ia dikumuhkan dari badan. Bermakna walaupun vitamin C tersebut 1,000mg sekalipun namun ketika itu badan hanya memerlukan 250mg, maka baki akan dibuang dari badan. Tetapi berlainan dengan Vitamin C Shaklee. Ia menggunakan teknologi Sustained Release. Bermaksud, sebiji Vitamin C Shaklee ini khasiatnya akan dilepaskan sedikit demi sedikit dalam tempoh 5 jam. Maka, badan akan mendapat khasiat berterusan Vitamin C.

2. Vitamin C Shaklee juga diperkaya dengan Bioflavonoid yang membantu meningkatkan kadar penyerapan vitamin C di dalam badan. Maka khasiat vitamin C yang optimum akan diperolehi oleh badan.

Sebotol Vitamin C ini berharga RM92.50 dengan 180 biji di dalamnya. Amat berbaloi sekali.

Untuk tempahan / konsultansi PERCUMA, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978


Student atau pelajar terutama yang belasan tahun dan berada di awal 20an. Antara masalah yang sering dihadapi ialah jerawat yang tumbuh bak...

Nak cerita pasal anak sendiri kali ini. Kalau waktu kecil dulu-dulu, mak akan belikan supplement juga untuk kami adik-beradik. Jenama yang popular tu. Yang dalam bentuk cecair ada perisa oren. Cuba teka?
Dan sekarang apabila jadi emak budak memang terasa sangat supplement untuk anak-anak itu perlu.
Walaupun anak-anak suka sangat makan buah. Tak perlu disuruh. Bekalan buah wajib ada di rumah ini. Tetapi menyedari buah yang diperolehi pun tak sesegar mana, makanya supplement kena bagi juga untuk memastikan bahawa nutrisi untuk anak cukup.

Sebab itulah, chewable vitamin C ini menjadi pilihan anak-anak saya. Rasanya masam manis tapi tak terlalu manis. Rasa manis buah.

Kenapa saya memilih vitamin C untuk diberikan kepada anak-anak?
  • Vitamin C membantu membina otot yang sihat. Anak-anak sedang membesar pastinya sedang lasak dan ia membantu untuk membina otot yang sihat.

  • Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh anak. Kita tak dapat memastikan anak-anak dalam persekitaran cukup bersih namun kita boleh pastikan "askar-askar"  dalam badan anak dapat melawan penyakit terutama demam selsema. 

  • Vitamin C membantu untuk menyerap zat besi untuk penghasilan darah merah yang sihat. 

  • Vitamin C membina kolagen yang diperlukan untuk sel-sel tubuh badan. Bukan sekadar nak kulit cantik tetapi kolagen juga diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat.

  • Vitamin C penting sekali untuk penyembuhan luka-luka anak. Berapa kali dalam seminggu anak kita terjatuh dan ada lebam atau sedikit luka-luka? Sebab itu vitamin C ini amat penting untuk memastikan badan dapat sembuh dengan cepat. 
Bukankah anak yang sihat menggembirakan hati ibubapa? 

p/s: Tahukah anda bahawa semua haiwan kecuali guinea pigs dan monyet boleh menghasilkan vitamin C sendiri?

Untuk pertanyaan / tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Nak cerita pasal anak sendiri kali ini. Kalau waktu kecil dulu-dulu, mak akan belikan supplement juga untuk kami adik-beradik. Jenama yang ...

TESTIMONI 007: NURUL SYAZWANI MOHD SALLEH



Dulu kulit saya agak bersih..takde obvious scars..memang boleh keluar bare faced tepek bedak baby je. tak tipu. bila nak meningkat umur remaja, perasaan nk cuba pelbagai produk pun datang. 

the last thing i remembered using ialah sabun susu beras..mula-mula pakai ok je..tapi lepas tu mula naik jerawat yang teruk..kononnya pegi facial spa untuk buat treatment..tapi masalahnya orang kat spa tu picit semua jerawat with no mercy..tak peduli pun walau àir mata deras mengalir.. muka lepas tu jadi sangat teruk..kemerahan dan berparut..and from that day onwards saya jadi kurang keyakinan diri sebab kulit muka dah teruk..

Kemudian saya bertemu dengan shaklee dan mula amalkan set kecantikan shaklee..vitàmin C dan ESP..sebab buudget tak banyak masa tu. saya ambil 2 supplement ni dulu...setelah berusaha dan konsisten, alhamdulillah kulit saya semakin pulih. kulit pun semakin cerah, tona kulit sekata dan saya juga rasa lebih sihat 
smile emoticon
Nurul Syazwani Mohd Salleh

Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI. 

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

TESTIMONI 007: NURUL SYAZWANI MOHD SALLEH Dulu kulit saya agak bersih..takde obvious scars..memang boleh keluar bare faced tepe...

Wanita terutama yang telah berumahtangga memang akan menanda pada kalendar setiap kali datang haid.



Apabila kitaran normal setiap bulan mudah bagi pasangan untuk merancang samaada untuk hamil atau menjarakkan kehamilan.

Tetapi apa yang terjadi pada wanita bernama Pn Ija Ramli ini apabila selama 12 bulan kalendar haidnya tidak bertanda langsung? Ini bermaksud beliau telah tidak datang haid selama 1 tahun.

Apa yang terjadi pada beliau dan apa tindakan beliau untuk mengatasi masalah ini?


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Owh, set apa yang beliau katakan tersebut?


Ia adalah Set Asas Kesihatan + GLA Complex. Ia memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan agar setiap fungsi badan berjalan dengan sempurna. GLA Complex pula membekalkan Omega 6 serta gamma linolenic acid yang membantu hormon wanita.





Untuk tempahan / pertanyaan dan konsultansi percuma, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) +60192500978

Wanita terutama yang telah berumahtangga memang akan menanda pada kalendar setiap kali datang haid. Apabila kitaran normal setiap bula...

Kulit di bawah ketiak hitam? Walaupun gaya pemakaian kita tidak mendedahkan ketiak namun kala terlihat di cermin terdetik di hati...


Aduh..hitamnya ketiak?

Apa nak buat ni?

Bawah lengan atau kawasan di sekitar ketiak adalah kawasan yang amat sensitif sebenarnya. Tambahan lagi kalau salah cara bercukur atau tersilap menggunakan produk, kesannya mungkin berwarna hitam.

Bagi yang telah mengalami keadaan ketiak berwarna hitam, 3 petua tradisional ini boleh dicuba:

1) Lemon atau limau kasturi
Lemon atau limau kasturi adalah sumber vitamin C secara semulajadi dan juga boleh berfungsi sebagai peluntur tanpa kesan yang mudarat. 

Hanya perlu potong lemon atau limau kasturi tadi dan kemudian gosok di ketiak setiap kali waktu mandi. 

2) Timun, limau nipis dan kunyit
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas untuk dijadikan pes. Kemudian, sapukan pada ketiak dan biarkan sehingga kering. Setelah kering, bolehlah dibilas dengan air bersih.

3) Ubi Kentang
Potong ubi kentang dan gosokkan pada ketiak sebelum mandi dua kali sehari. 

Bagi yang ingin mencuba cara moden pula antara rawatan yang boleh dicuba ialah waxing, laser treatment dan melanin treatment. 

Bagi mengelakkan ia berulang kali terjadi lagi, antara tips yang boleh digunakan untuk mengelakkan ketiak menjadi hitam ialah:

1) Sentiasa bersihkan ketiak terutama selepas ebrpeluh. Lap sehingga kering selepas mandi.

2) Buang bulu ketiak samaada bercukup atau waxing.

3) Elakkan memakai pakaian ketat pada ketiak kerana ia mengurangkan pengudaraan. Ada yang berkata ia juga punca, ketiak mudah berkedut dan menjadi hitam.

4) Jangan sembur pewangi terus pada kulit ketiak. Tindak balas antara peluh dan metallic salts pada pewangi tersebut boleh menjadi punca perubahan pada kulit ketiak.

5) Gunakan deodoran antibakteria pada ketiak selepas mandi.

Cukur bulu ketiak adalah antara cara yang paling popular digunakan untuk membuang bulu ketiak. Salah gaya mencukup boleh menyebabkan ketiak menjadi warna gelap kehitaman.


Tips Mencukur Bulu Ketiak

1. Mandi sebelum bercukur
Mandi boleh melembutkan bulu ketiak untuk memudahkan bercukur.

2. Gunakan krim/gel khas bercukur
Krim / Gel khas bercukur bukan hanya untuk jambang dan misai malah sesuai digunakan untuk ketiak. Ia akan melembutkan bulu ketiak dan memudahkan bercukur. 

3. Elakkan sabun
Sabun hanya akan mengeringkan lagi kulit dan sepatutnya dielakkan.

4. Cukur arah rambut tumbuh
Mencukur arah rambut atau bulu ketiak tumbuh adalah lebih baik untuk kesan cukur lebih lama dan kemas.

5. Bilas pisau cukur dengan air
Jangan mencukur semula tanpa pisau cukur dibilas. Ini kerana rambut atau bulu yang terlekat pada pisau cukur boleh menghalang kelancaran proses mencukur seterusnya.

6. Elakkan wangian
Jangan terus mengenakan deodoran atau pewangi ketiak kerana selepas bercukur liang-liang kulit di bawah ketiak terbuka. Dikhuatiri deodoran dan pewangi tersebut terus masuk ke dalam kulit.

7. Bercukur sebelum tidur
Bercukur sebelum tidur dan tidak mengenakan apa-apa deodoran mahupun pewangi pada ketiak dapat memberikan kulit bernafas dan berehat.

Walau bagaimanapun, bagi yang inginkan kulit cerah sekata boleh juga mencuba Vitamin C.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) +60192500978

Kulit di bawah ketiak hitam? Walaupun gaya pemakaian kita tidak mendedahkan ketiak namun kala terlihat di cermin terdetik di hati... Ad...

Demam denggi. Siapa yang kena akan tahu seksa rasanya. Masakan tidak, gelaran lain untuk demam denggi ialah demam patah tulang. Sakitnya sangat perit sehingga rasa tidak bermaya dan tidak lalu untuk makan.




Untuk mencegah dari awal, seperti iklan Kementerian Kesihatan Malaysia: Tiada Aedes, Tiada Denggi. Wabak denggi ini boleh dihapuskan sekiranya tempat pembiakan nyamuk aedes tiada. 




Setakat ini demam denggi tiada ubatnya walaupun jus betik dikatakan boleh membantu dalam merawat demam denggi.

Sekiranya dimasukkan ke hospital, berdasarkan pengalaman anak yang mengalami demam denggi doktor akan merawat simptom agar tidak semakin serius. Antara simptomnya ialah demam panas yang tinggi.

Pn Sarah, seorang nutritionist Shaklee menasihatkan seperti di dalam video, bagi mempercepatkan proses penyembuhan disarankan agar pesakit yang mengalami demam denggi untuk:

1) Minum air banyak - hospital akan memantau jumlah air yang masuk ke dalam badan (melalui drip dan juga air yang diminum) serta jumlah air yang keluar dari badan melaluiair kencing.


2) Mengurangkan makanan berlemak dan tinggi kandungan garam kerana makanan sebegini akan meningkatkan penggunaan cecair di dalam badan. Disebabkan itu antara petua yang selalu disarankan ialah untuk minum sup ketam.

3) Mengurangkan pengambilan herba termasuk pedas dan masin kerana ia juga banyak menggunakan cecair dalam badan.

4) Meningkatkan pengambilan buah-buahan (boleh dijadikan jus) terutama buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti buah jambu batu dan oren. Vitamin C membantu dalam menghasilkan sel darah merah.



5) Meningkatkan pengambilan protein seperti ikan dan daging serta soya sebagai sumber protein. Protein membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan daripada karbohidrat.



Namun pastinya ketika sakit seseorang itu tidak berupaya untuk makan dan minum. Selalu begitu bukan? 

Jadi, bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa badan dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi agar badan bertambah kuat untuk melawan penyakit?

Disebabkan itu, Shaklee juga menawarkan beberapa produk yang boleh membantu dalam merawat demam denggi.

1) Performance Drink - air yang mengandungi ion dan elektrolit ini sangat sesuai bagi menggantikan air tenaga lain yang mengandungi gas dan juga kandungan gula yang tinggi. Ion yang terdapat di dalam air ini membantu untuk mengekalkan kandungan cecair dalam badan serta mengelakkan dehidrasi. Yelah, mana nak larat minum air putih kosong berliter-liter. Boleh muntah jadinya.

2) Sustained Release Vitamin C - vitamin C Shaklee ini sangat istimewa kerana zatnya dibebaskan sedikit demi sedikit untuk sauatu tempoh. Jadinya, tidaklah vitamin C terbuang begitu sahaja dari badan. Umum mengetahui bahawa vitamin larut air hanya akan dibuang daripada badan sekiranya amaun melebihi apa yang diperlukan oleh badan.

3) Nutriferon - ini adalh salah satu produk signature Shaklee. Ia memberikan signal kepada sel darah putih agar bekerja lebih keras lagi untuk melawan jangkitan virus.

4) Energizing Soy Protein (ESP) - ESP adalah salah satu sumber protein yang dihasilkan oleh soya. Istimewanya ia dalam bentuk cecaik untuk memudahkan pesakit minum dan menambah sekaligus cecair dalam badan. Ia juga memberikan tenaga kepada pesakit serta membantu menyimpan semula nutrisi yang telah hilang dari badan.

Berilah sokongan dan bantuan kepada ahli keluarga yang mengalami demam denggi. Pada masa yang sama pastikan tempat tinggal kita bebas daripada barang-barang atau tempat yang boleh menjadi tempat nyamuk aedes membiak.

Sekali lagi, TIADA AEDES TIADA DENGGI.

Untuk pertanyaan, tempahan dan konsultansi produk Shaklee, hubungi:
PN EMALIN MOHD (SMS / WHATSAAP): +60192500978

Demam denggi. Siapa yang kena akan tahu seksa rasanya. Masakan tidak, gelaran lain untuk demam denggi ialah demam patah tulang. Sakitnya sa...

Sebelum ini semasa mula-mula makan Sustained Release Vitamin C Shaklee, saya dinasihatkan untuk mematah dua Vitamin C tersebut untuk meningkatkan kadar serapan.


Nasihat yang sama saya turunkan kepada pelanggan saya yang membeli Shaklee.
Rupa-rupanya cara itu perlu diperbetulkan! Dan di bawah ini cara yang betul yang dinasihatkan oleh Nutritionist Shaklee.

Ada sebab kenapa Vitamin C Shaklee diberikan nama Sustained Release Vitamin C. Ia tidak seperti vitamin C yang lain.



Shaklee adalah pengeluar pertama menggunakan teknologi Sustained Release iaitu vitamin C tersebut diselaputi secara lapisan agar  kandungan vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan jam demi jam. Setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam menjadikan 1 tablet vitamin C Shaklee akan membekalkan vitamin C selama 5 jam di dalam badan.

Vitamin C adalah vitamin larut air dan badan hanya dapat menyerap 100-200mg Vitamin C setiap jam. Lebihan vitamin C akan dikumuhkan dari badan melalui air kencing.

Dengan pelepasan berperingkat seperti yang dilakukan oleh Sustained Release Vitamin C, badan akan dapat menyerap vitamin C secara lebih efektif.

Jadi apabila Sustained Release Vitamin C dipatah dua atau dihancurkan menjadi serbuk, vitamin C tersebut tidak lagi dapat dilepaskan secara perlahan-lahan. Makanya, lebihan vitamin C yang tidak dapat diserap tadi hanya dibuang.

Walaupun selama ini saya rasa cara itu berkesan namun lebih baik kita mengikut saranan pakar dalam memastikan kita dapat vitamin C secara optimum.

1 tablet Vitamin C Shaklee sebenarnya mencukupi untuk bekalan vitamin C harian. Namun apabila badan tidak seperti selsema, batuk atau ingin menghilangkan jerawat pengambilan vitamin C boleh ditingkatkan. Caranya ialah dengan mengambil 1 tablet Vitamin C setiap 5 jam. Vitamin C Shaklee tersebut hendaklah diambil tanpa perlu mematahkan tablet menjadi dua. Hanya terus telan.


Ini pula antara testimoni Vitamin C Shaklee.



Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Sebelum ini semasa mula-mula makan Sustained Release Vitamin C Shaklee, saya dinasihatkan untuk mematah dua Vitamin C tersebut untuk menin...

Hari ini hari terakhir sebelum menjejak tahun 2015. Dan saya ingin berkongsi promo terakhir iaitu triple promo dengan harga yang sangat murah untuk dimiliki. Dan promo ini akan berakhir sebelum tengah malam ini iaitu sebelum menjelang tahun 2015.


Vitamin C 
Beli 6 Percuma 1 pada harga RM555.00
Beli 2 dapatkan diskaun 5% pada harga RM175.75
(Harga normal: RM92.50)


Vitamin E 
Beli 6 Percuma 1 pada harga RM894.00 (keahlian percuma dengan set ini)
Beli 2 dapatkan diskaun 5% pada harga RM283.10
(Harga normal: RM149.00)


Collagen powder 
Beli 3 percuma 1 pada harga RM894.00 (keahlian percuma dengan set ini)
(Harga normal RM298.00)
Dan collagen powder ini hanya akan ada semula pada hujung tahun hadapan.


Dapatkan sekarang jangan berlengah untuk harga murah!!
Sebelum tengah malam ini ya....


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978



H ari ini hari terakhir sebelum menjejak tahun 2015. Dan saya ingin berkongsi promo terakhir iaitu triple promo dengan harga yang sangat m...