Membeli-Belah Di Ho Chi Minh, Vietnam
Melancong di Ho Chi Minh, Vietnam tidak sah kalau beg tidak bertambah semasa balik.
Pergi satu beg, balik membawa beg semaksimum mungkin yang dibenarkan syarikat penerbangan.
Apa yang murah di Vietnam? Berbaloi ke membeli-belah di sana?
Pasar Benh Thant.
Sepasang blazer ini termasuk kain, RM200.00 dan siap dalam masa 1 hari. Hari ini tempah, esok petang sudah sedia ada di hotel tempat penginapan. Penghantaran percuma. Kedai di dalam Pasar Benh Thanh.
Tudung Naelofar. Salah satu tudung dibeli di Malaysia dan yang lain di HCM. Harga? RM20.00 sehelai. Ada perbezaan ke?
Cuba teka yang mana satu Naelofar dibeli di Malaysia dengan harga RM50.00. Beli di Kedai Rohani di kawasan Benh Thant.
Tudung ala Naelofar tetapi ada 2 lubang. Lebih mudah dipakai. Jenis kain yang tidak renyuk dan dalam dwi warna. Boleh dipakai depan belakang. Harga RM20.00 sehelai di Kedai Aysa.
Baju kurung siap dengan julat harga RM25.00 sehingga RM60.00 mengikut jenis kain. Terdapat di dalam Pasar Benh Thanh dan juga kedai di sekitarnya.
Baju kurung merah jambu dibeli di Kedai Saigon Mai tetapi kedai ini jauh dari Pasar Benh Thanh dan memerlukan kenderaan jika ke sini. Di dalam kedai ini juga terdapat tudung Naelofar. Jangan lupa tawar-menawar untuk harga yang menarik.
T-shirt kanak-kanak yang paling murah dibeli di jeti Sungai Mekong berharga RM10.00. Jika ke Sungai Mekong, beli setelah kembali dari menyusuri sungai. Tawar-menawar di sini lebih "sopan" keadaannya. T-shirt berwarna hijau sudah dibeli terlebih dahulu dengan harga RM17.00 di Pasar Benh Thanh. Rugi RM7.00 sehelai di situ.
Kemeja lelaki dewasa RM25.00 ke RM30.00? Lupa pulak. Dibeli di Pasar Benh Thanh.
Telekung sulam mata lalat RM58.00 dibeli di kedai berhampiran Kedai Aysa.
Seluar jeans di pasar malam sekitar Pasar Benh Thanh pada harga RM30.00 sehelai. Harga "buka mulut" rasanya lebih seratus. Tawar sehabis boleh.
Beg Kipling RM45.00 dan beg tangan RM70.00. Beg tangan di Pasar Benh Tanh rata-rata berharga RM250.00. Cubalah tawar sehingga RM70.00. Ada sejenis beg boleh dapat RM60.00 di jeti Sungai Mekong. Cantik! Beg tersebut siap ada "anak" lagi. Beli satu dapat 2.
Pasar Binh Tay atau Chinatown. Jauh dari Pasar Benh Thant dan perlukan kenderaan untuk ke sini. Suasana lebih 'havoc' dan orang tempatan lebih ramai membeli di sini berbanding Pasar Benh Thant. Harga? Rasa lebih murah di sini tapi kata kuncinya kena pandai tawar-menawar. Kain Prada Lace di sini beza harga dengan Pasar Benh Thant dalam RM10.00 semeter.
Prada lace dan kain kosong dibeli di Chinatown atau Binh Tay. Lebih murah dari Pasar Benth Thanh. Berapa harga semeter? Nanti diumumkan sebab..Ada sebabnya...hihi
Yang mana cantik? erm...
Kain lycra di sini pun baru RM9.00 semeter. Jika tempah baju di sini pun boleh siap dalam masa sehari. Ada yang menempah blouse kain jeans bercorak hanya RM55.00 sekali dengan kain. Kain kosong ada yang berharga RM8.00 semeter belum ditawar.
Ini alamat kedai yang dipergi. Kad pertama untuk kain prada lace dan kain kosong. Nak tempah baju kurung dan blouse pun ok. Ada yang menempah baju blouse dengan kain jeans RM50.00 ke RM55.00 sepasang. Juga siap dalam masa sehari.
Kad kedua untuk tempahan blazer.
Pemilik kedai tersebut yang juga akan mengukur blazer.
Kad ketiga dan keempat untuk tudung.
Ada yang bertanya jual beli dalam ringgit, dong atau dollar lagi untung?
Penjual lazimnya menjual dengan harga genap. Contoh 100,000 VND dan jika ditanya di dalam ringgit, ia akan jadi RM20.00 bukan RM17.00 atau RM18.00. Jadi perlu bijak kira-mengira ketika itu. Ada kalanya lebih murah dalam Dong dan adakalanya lebih murah dalam ringgit. Tetapi saya banyak berurus niaga dalam ringgit. Dollar memang tak tukar pun sebab rasa susah untuk kira-mengira kadar tukaran.
Perlu tukar mata wang Dong?
Perlu juga tetapi tidak perlu banyak sebab kebanyakan kedai menerima ringgit.
Untuk berkomunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh sedikit berbahasa Melayu. Namun jika tidak faham pun hanya tunjuk apa yang kita inginkan dan tawar-menawar menggunakan kalkulator yang memang ada pada peniaga.
Cuaca memang panas di Vietnam dan di dalam Pasar Benh Thant dan Binh Thay lebih panas kerana terkepung dengan kedai yang banyak. Bawa air mineral bersama dan jangan lupa vitamin B Complex dan Ostematrix untuk hilangkan migrain / sakit kepala dan juga penat.
NOTA:
Ada lagi kain Vietnam Silk yang tak dapat dibeli? Saya boleh belikan untuk anda.

Ada banyak lagi pilihan warna yang lain.
Kain Italian Cotton pun ada. Exclusive Design pun ada.
Untuk tempahan kain cotton dan Vietnam Silk, hubungi:
Pn Emalin Mohd (Whatsapp) 0192500978
Wah lin seronoknya. Neelofa paling best, murah. Baju kurung dgn telekung pun best gak tuh. Semua bestlah haha
ReplyDeleteSemua best la Diana..memang borong habis :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteKính gởi Tòa soạn
DeleteSaigon Mai shop chúng tôi rất cảm ơn Báo đã dưa tên chúng tôi vào danh sách mua sắm tại TP. HCM.
Thưa Tòa soạn, kể từ tháng 03 / 2017 Saigon Mai shop đã dời về địa chỉ mới là số 83 đường số 9 Phường Tân Kiểng Quận 7.
Thời gian qua, có một số khách đọc thông tin từ Qúy Báo nên tìm đến địa chỉ cũ gây phiền phức cho họ. Kính mong Qúy Báo cập nhập địa chỉ mới của chúng tôi
Trân trọng kính chào và cảm ơn
Saigon Mai
http://dainabajukurung.com
Dear authors of articles and magazines. Saigon Mai shop extremely thank you for putting our shop name on the shopping site of the Malaysian friends.
Dear author, since March 2017, Saigon Mai shop has moved to its new business address: No. 83, 9 street, TanKieng ward, District 7, Ho Chi Minh city.
If we have been adjusted by the author and the editorial office of our new address, we are extremely grateful.
Newest regards
Saigon Mai
Http://dainabajukurung.com
Bestnyaa dpat melancong ke sana.
ReplyDeletegood info..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBest kan jln2 sambil shopping2 ni^^
Just nak share, boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..
No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com
wsalam...kalau saya nak oder naelofar boleh tak dari vietnam pos ke malaysia
DeleteTudung naelofa tu bli ada tag naelofa x?
ReplyDeleteAda. Sama macam beli kat sini tapi harga lagi murah
Deletemaksudnya,, tudung neelofa kat vietnam tu sebijik la sama dgn Malaysia. dari segi jahitan , kain mmg sama yerp?
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deletemaksudnya,, tudung neelofa kat vietnam tu sebijik la sama dgn Malaysia. dari segi jahitan , kain mmg sama yerp?
Deletedari apa yg sy nampak..tag tu mmg sama.. bab material kain style design tu tak sure lah pulak.. sori tuan tanah tolong jwb aje..huhu
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWah! tk sbr nk pegi...December cepat la dtg!!
ReplyDeleteIf kte nk buat tempah utk buat long dress kene bwk baju contoh or dorg bole measure kn sane?
thks for the info...
Boleh measure kat situ je
Deleteade yg bgtau kedai rokiah lagi murah jual telekung.. nnt tanya² aje org tempatan sekitar Malaysian street yg ade kedai makan halal tu.. diorg tau kat mana boleh dpt lagi murah dari sekitar Cho Ben Than tu.. jgn lupa minta alamat senang nk cari nnt.. klau pergi Daina's Collection Saigon Mai tu.. kim salam kat Ben.. jurujual yg pandai ckp Melayu padahal baru je keje 4 bln kt situ..
ReplyDeleteKat mane murah jual bag kipling tuu ? Nak pegi nnti
ReplyDeleteKat mane murah jual bag kipling tuu ? Nak pegi nnti
ReplyDeleteEmmm... pasar malam mula jam8 mlm... bole pusing satu pasar d benthant cari harga paling best.. hati2 diorg suka paksa beli..hahhaa
DeleteDalam pasar benh thant bukan pasar malam. Bagi saya pasar malam lagi mahal
DeleteBetul ke kedai rohani tu kilang tudung neelofa
ReplyDeleteTak tau le plak. Tapi tudungnya bagi saya sama je dengan tudung beli kat sini
DeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam
murahnya
ReplyDeleteBerapa harga semeter prada lace tu ye? Saya scroll post lain pun tak jumpa :)
ReplyDeleteTeringin sangat nak ke Vietnam untuk belajar memborong sambil bercuti ?
ReplyDeleteDah lama mengidam nak rileks dengan kawan-kawan di Vietnam ?
Asyik dengar orang cakap je kat sini barang murah-murah, betul ke ?
Jom sertai Trip Bisnes kami ke Vietnam, Trip santai dan paling cool !
Kami sediakan Pakej paling best dan murah untuk anda. Tulis minat ke Inbox mesej kami sekarang juga.
Sekarang Malindo Air tengah promo tiket ke Ho chi minh..
'Beyond your travel imagination'
Salam Travel
Ruslaini Jamaludin
Business Assiociate
Travellution
013 225 9573
as salam, in shaa allah saya akan ke HCM buat kesekian kalinya awal oct 2016.. pada sesiapa yang berminat nk order lace etc.. do pm me ok 01133445624 (HANIM), thank you
ReplyDeleteAssalamualaikum..just for sharing.my friend ada beli byk tudung naelofar dr Vietnam.mmg ada tag but jahit kurg kemas.jahit tepi x rata.sometimes berbelit..and material cpt berbulu kalau cuci selalu.fabrik too strectable menyebabkn ia cpt menurun..but it worth it la utk harga 20..and material chiffon pula batu dia x tulin.bkn Swarovski..itu yg kitorang satu ofice perasan la.just for sharing.bleh beli bg yg x kurg mampu atau bdak sekolah but ofcourse x sama.tu ja
ReplyDeletebrapa harga dapat shawl neelofa chiffon sehelai kat vietnam?
ReplyDeleteDah lama saya pergi tu cik. Saya pun tak tau harga sekarang
Delete