Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee

7:52 am Emalin Mohd 2 Comments

Vitamin B Complex Shaklee ini rupanya banyak kelebihan. Setelah lama mengamalkan Vitamin B Complex, pada satu masa tu saya cuba berhenti makan. Saja buat ujikaji pada diri sendiri. 



Dan tanpa disangka migrain kembali melanda apabila pengambilan Vitamin B Complex dihentikan. Pantang mengadap komputer dalam tempoh lama sikit, petang atau malam tu mesti migrain datang. Dalam seminggu sampai 2 hingga 3 kali serangan migrain.

Penat badan pula rasa tak terbawa sedangkan  sebelum ini aktiviti sama juga dilakukan termasuk latihan futsal.

Apa sebenarnya kandungan Vitamin B Complex Shaklee? Bagaimana vitamin B Complex ini boleh mengurangkan serangan migrain dan mengurangkan rasa penat? Ada steroid ke?

Untuk mendapatkan vitamin B Complex ia mesti mengandungi kesemua 8 adik-beradik Vitamin B iaitu:

1) Vitamin B1 - Thiamin
2) Vitamin B2 - Riboflavin
3) Vitamin B3 - Niacin
4) Vitamin B6
5) Asid folik (200mcg)
6) Vitamin B12
7) Biotin
8) Pantothenic Acid

Dan kesemua adik-beradik ini ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee!

Vitamin B1, B2, B3, B6, Biotin & Panthothenic Acid berfungsi untuk membantu badan dalam proses metabolisme protein, karbohidrat & lemak menjadi tenaga. Kerana itulah, badan akan kurang rasa penat. Kita telah dibekalkan tenaga daripada pemakanan. Kiranya ia mengoptimumkan penukaran tenaga daripada pemakanan yang kita ambil seharian. Namun perlu diingatkan akibat proses metabolisme ini, badan akan mengeluarkan haba. Jadi, eloklah mengambil air secukupnya agar tidak terasa terlalu panas atau dahaga.

Badan juga menjadi bertenaga kerana asid folik & B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah sekaligus meransang peredaran darah yang baik.

Peredaran darah yang baik inilah yang dapat membantu merawat atau mencegah migrain atau sakit kepala.

Selain itu, Vitamin B Complex juga mempunyai manfaat seperti:

1) Mengatasi tekanan dengan mengekalkan kesihatan fungsi saraf sekaligus membantu masalah kemurungan peringkat awal dan imsomnia.

2) Membantu tumbesaran dan mengelakkan kecacatan tulang iaitu spina bifida untuk bayi dalam kandungan.

3) Mengekalkan kesihatan kulit kepala seperti masalah uban, kelemumur, rambut gugur & masalah kulit kepala yang lain.

4) Meningkatkan kualiti penglihatan dengan mengurangkan masalah keletihan mata serta mencegah katarak.

5) Mempunyai kesan penenang dan sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah senggugut, penghadaman dan sakit kepala serta lain-lain.

6) Mencegah masalah mulut seperti mouth chilitis, glossitis dan nafas berbau.

Sangat untung kalau mengamalkan Vitamin B Complex terutama wanita yang tidak cukup rehat namun ingin kekal cergas serta cerdas.

Kekurangan vitamin B juga memberikan kesan buruk kepada badan sehingga boleh mengalami masalah psikiatri.

fungsi vitamin B
Sumber: Google

1 botol vitamin B Complex ini boleh tahan sehingga 4 bulan dan harga sebotol vitamin B Complex Shaklee hanya RM53.75 iaitu hanya 0.448 sen sebiji. 





Untuk konsultasi percuma:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Vitamin B Complex Shaklee ini rupanya banyak kelebihan. Setelah lama mengamalkan Vitamin B Complex, pada satu masa tu saya cuba berhenti ma...

2 comments:

  1. ida makan Bcomp ni hari hariiiiiiii..... orang tegur kulit lebih halus.. hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Wah...sangat bagus tu :)

    ReplyDelete