Cara Penjagaan Kulit Muka Yang Betul
Konsep asas dalam penjagaan kulit sebenarnya amat mudah. Dan yang paling penting kenali jenis kulit muka agar tidak tersalah memilih produk.
Dan entry kali ini bercerita tentang penjagaan luaran kulit tidak termasuk penjagaan dalaman seperti masalah hormon.
Penjagaan kulit sebenarnya melibatkan 3 langkah iaitu:
1) Mencuci muka
2) Menyapu toner
3) Menggunakan pelembap muka
Disebabkan itu jika kita ke farmasi kebanyakan set percubaan penjagaan kulit merangkumi 3 produk di atas.
Sebelum memilih produk penjagaan kulit, kenal pasti terlebih dahulu jenis kulit sama ada normal, berminyak atau kering.
Antara tips untuk mengenalpasti jenis kulit ialah:
➡️ Kulit anda jenis berminyak sekiranya setelah beberapa jam kelihatan kulit berkilat atau setelah terjaga dari tidur terasa minyak di muka apabila memegang kulit muka.
➡️ Kulit anda jenis kering apabila setelah mencuci muka, kulit terasa tegang dan ketat.
➡️ Kulit anda jenis normal jika tiada rasa minyak selepas beberapa jam dan tidak rasa tegang selepas mencuci muka.
Namun jika ada peluang untuk membuat ujian jenis kulit muka itu adalah lebih baik seperti yang selalu dilihat ketika pengeluar produk melakukan demo produk masing-masing.
LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KULIT MUKA:
MENCUCI MUKA
1) Bagaimana mencuci muka bagi kulit jenis berminyak?
Kulit berminyak terjadi apabila kulit mengeluarkan minyak berlebihan kerana permukaan atas kulit kering. Kulit berminyak lazimnya kurang air atau kering membuatkan lapisan kulit atas memberi signal lapisan kulit bawah bahawa kulit atas kering. Kulit lapisan bawah akan mengeluarkan minyak bagi mengatasi masalah kulit yang kering. Ini menyebabkan kulit menjadi berminyak dan kadangkala berlebihan.
Kulit sebenarnya memerlukan keseimbangan antara minyak dan air. Kekurangan atau kelebihan minyak dan air pada kulit menjadi punca kepada masalah kulit.
3 langkah mencuci kulit berminyak
1.1 Deep Cleanse
Mencuci secara mendalam. Lihat produk yang ada tertera perkataan deep cleanse. Deep cleanse membantu mengeluarkan kekotoran keluarkan secara mendalam. Ia juga turut mencarik air dan minyak atas kulit dan ini menjadikan kehilangan air dan Minyak di atas permukaan kulit.
Baik atau tidak? Ingat yang atas tadi. Keseimbangan antara minyak dan air menyelesaikan masalah kulit.
Jadi jika telah mencuci muka secara deep cleanse sahaja, ia akan memberikan kesan tidak baik pada kulit. Kulit atas akan meransang kulit bawah untuk mengeluarkan lebih banyak minyak.
1.2 Pencuci mengandungi susu (Milk based Cleanser)
Setelah melakukan deep cleanse dan mencarik semua minyak dan air, langkah kedua ialah dengan mencuci muka menggunakan pencuci muka mengandungi susu. Cucian kali ini akan mengembalikan semula keseimbangan antara minyak dan air pada kulit.
Selalu kita dengar dalam iklan, susu baik untuk kulit kerana ia melembapkan. Inilah fungsi susu tadi mengembalikan semula kelembapan pada kulit dengan memastikan amaun minyak bersesuaian pada kulit luaran dan menghalang sebum menghasilkan minyak berlebihan.
1.3 Pencuci gel base atau Foaming base
Kali ketiga mencuci pula menggunakan pencuci muka jenis gel atau foam base. Ia berfungsi dengan meninggalkan air yang perlu sahaja pada kulit. Ini akan menjadikan kulit terhidrat.
2) Bagaimana mencuci muka bagi kulit kering?
Kulit kering ini terjadi akibat kurang minyak walaupun lapisan atas kulit telah memberi signal pada kulit bawah. Kulit bawah masih tidak memberikan minyak secukupnya.
Macam sama pula dengan kulit berminyak? Punca kering. Tetapi istilah lebih tepat kulit berminyak mempunyai kulit yang terhidrat manakala kulit kering mempunyai kulit yang kurang menghasilkan minyak.
Disebabkan itu kulit kering memerlukan pencuci yang cream base atau milk cleanse. Untuk memberikan minyak pada kulit. Namun sebelum itu, perlu juga mencuci muka menggunakan deep cleanse namun tidak perlu peringkat ketiga iaitu menggunakan Foaming base /gel base.
3) Bagaimana mencuci muka bagi kulit normal?
1 langkah mencuci kulit normal
Kulit normal telah mempunyai keseimbangan air dan minyak yang bersesuaian. Cukup sekadar deep cleanse sahaja bagi kulit normal.
PELEMBAP MUKA
Tips untuk memilih pelembap muka pula ialah:
➡️ Kulit berminyak pilih asas gel kerana ia memberikan lebih air untuk penghidratan. Elakkan memilih pelembap muka tertera krim atau losyen. Atau jika keliru, pilih yang berbentuk gel bukan krim.
➡️ Kulit kering pilih asas losyen atau krim. Bagi yang kering biasa memadai bentuk krim tetapi yang terlalu kering perlu memilih losyen.
➡️ Kulit normal memadai memilih yang tertera moisturizer
Bagaimana jika mempunyai jenis kulit kombinasi?
Pilih produk yang bersesuaian samaada kombinasi normal kering atau normal berminyak.
Namun jika kawasan zon T berminyak dan kawasan lain kering, elok memilih jenis produk kombinasi normal berminyak.
Untuk masker pula?
➡️ Kulit berminyak: Clay base
➡️ Kulit kering dan normal: Gel base
➡️ Kulit sensitif kering atau berminyak: hydrating masker (seperti kertas basah)
Entry DI SINI akan menunjukkan produk penjagaan kulit muka dan berkesan serta testimoni pengguna.
Entry DI SINI akan menunjukkan produk penjagaan kulit muka dan berkesan serta testimoni pengguna.
Jika kulit anda mempunyai jerawat yang teruk, jangan berputus asa. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
Mesti kulit diana tak ada masalah ni. Untung tu...
ReplyDeletesangat beruntung kalau mempunyai kulit yang normal..
ReplyDeleteKalau kulit muka normal tapi salah pakai produk pun boleh rosak juga muka
Deleteyalah kan..mesti betul produknya dengan jenis kulit yang kita miliki
DeleteHaah. Ramai yang kulit muka rosak sebab salah pakai produk terutama produk yang ada bahan berbahaya
Deletecahayacinta.com
ReplyDeletemuka saya jenis bermiyak kot..sb selalu gak berpeluh terkadang jer ..tp selalu pakai pencuci biasa sahaja
Kalau tak ada masalah jerawat ke jeragat ke maksudnya suri jaga muka elok dah tu
Deletewahh tq share...bru tau psl deep cleanser utk klt bmnyk tu..ok.pasi kena bli..huhu
ReplyDeletesesuaikan produk dengan kulit muka ye..
DeleteKalau blackhead macam mana ea?
ReplyDeleteKalau produk yang sesuai lama-lama blackhead pun takda + amik vitamin yang bersesuaian
DeleteBukan senang nak jaga kulit, kan? Perkara ni x diajar d sklh, kena rajin baca sana sini & bljr dr pengalaman sendiri dan pengalaman org lain. Basically, kulit saya combination-oily tapi pernah jg kering & mengelupas. Lps tukar pencuci & pelembap, Alhamdulillah, dah ok semula.
ReplyDeleteOnce dah jumpa rentaknya Insyaallah bertambah mudah
DeleteMacam mana kalau combination ek nak pilih cleanser n pelembap jenis ape yee...sy still kurang faham dgn skin combination niii hehehehhe
ReplyDeleteKombinasi jenis apa? Normal dan berminyak atau normal dan kering?
ReplyDeleteNormal berminyak kot ..hehehe 😊
DeleteKalau tak sure better check kulit jenis apa. Masa promo produk kan selalu ada yang buat check kulit tu..
DeleteCan u suggest me any powerful or face cleanser yg really effective? Thankss
ReplyDeleteBoleh cuba Enfuselle untuk kulit muka bermasalah (kering atau berminyak) atau jika tiada masalah, set muka Nutriwhite
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAkak..maksudnya setiap kali cuci muka, kena guna 3 jenis..mcm tu?
ReplyDeleteKena buat 3 langkah tersebut.
ReplyDeleteSis, sy pki milky toner, cuci muka pastu bru pelembap. Bole ke?
ReplyDeleteKenapa toner dulu ya?
Deletesaya guna produk NutriWhite memang sangat berpuas hati dengan produk nih..
ReplyDeleteKan? Memang terbaik
DeleteSaya selalu buat langkah 1 dan 3 ja. Jarang pakai toner hehe
ReplyDeleteToner sangat penting sebenarnya. Mengelakkan jeragat
DeleteTerima kasih SHARE
ReplyDeletebanyak maklumat dalam ni ;-)
sempoi
Sama-sama
Deletetutorial perawatan wajah yang lengkap dan informatif,namun kadang - kadang karena kesibukan di luar rumah, perawatan wajah menjadi terlewatkan . inilah yang menjadi penyebab timbulnya permasalahan pada kulit wajah seperti jerawat dan lainnya.
ReplyDelete