Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir dan Bajet Yang Diperlukan

7:45 am emalin mohd 14 Comments

Ibu hamil anak pertama dan pening kepada memikirkan apa yag patut dibeli dan berapa banyak pula yang perlu disediakan? Lagi-lagi zaman barang harga naik mencanak kan?


Jika peruntukan banyak tak perlu risau boleh beli barang yang disukai.

Ini kira barang asas yang perlu dibeli dan disediakan untuk menyambut kelahiran bayi terutama anak sulung kerana belum ada barangan lain yang boleh diguna semula.

 Jangan pening jangan risau. Jom kita tengok apa barang yang ibu hamil perlu sediakan dan anggaran harganya sekali.

PAKAIAN BAYI
  • 3 pasang baju siang RM7.90 x 3 = RM23.70
  • 3 pasang baju malam (lengan panjang) RM8.90 x 3 = RM26.70
  • 1 pasang baju cantik RM14.90
  • 3 set boooties & mitten RM11.90 x 3 = RM35.70
  • 4 helai barut RM6.00 x 4 = RM24.00
  • 1 pasang topi kepala RM5.00 (anggaran)
  • 1 set napkin (boleh dijadikan tuala dan juga bedung bayi) RM20.00
JUMLAH: RM150.00


BARANGAN BAYI
  • 1 botol sabun mandi bayi RM6.00
  • 1 botol minyak telon RM8.00
  • 1 thermometer (apa ya penjodoh bilangannya ye?) RM25.00
  • 1 bungkus baby wipes RM9.90
  • 1 bungkus diapers RM28.00
JUMLAH: RM76.90

KESELURUHAN: RM226.90

Ini sekadar anggaran sahaja.Mungkin harganya lebih atau kurang dari yang dipaparkan.

Perasan tak dalam senarai tu takda botol susu? Sebabnya utamakan dulu penyusuan susu ibu. Ianya percuma dan menjimatkan malah sangat berkhasiat untuk bayi.

Dan ada termometer. Termometer amat penting sebenarnya untuk memantau suhu badan bayi. Mudah untuk ibubapa bertindak sekiranya tetiba badan bayi terasa panas.

Kita layan dulu gambar barangan bayi beserta harga bagi setiap barang tersebut.

RM8.00 (anggaran)
RM20.00 satu set
RM226.90 untuk set asas barangan bayi. Mungkin sedikit bagi sesetengah orang. Namun bagi yang mempunyai pendapatan RM1,000.00 ke bawah dan ditambah pula duduk di tengah Lembah Kelang amaun ini besar sebenarnya.

Disebabkan itu juga, team #babybox membuat inisiatif menyediakan #babybox yang mengandungi peralatan asas seperti di atas.

Nak tahu latar belakang #babybox ini?
Jom baca kat SINI.

Bagaimana pula dengan set berpantang untuk ibu? Pasti ibu ingin mencari set berpantang yang boleh digunakan jika ibu bersalin normal atau melalui pembedahan dan berniat menyusukan anak sepenuhnya bermula dari hari pertama kelahiran. Jom kita baca di SINI pulak ya.

PN EMALIN MOHD (SMS / WHATSAPP) 0192500978




Ibu hamil anak pertama dan pening kepada memikirkan apa yag patut dibeli dan berapa banyak pula yang perlu disediakan? Lagi-lagi zaman bara...

14 comments:

  1. dulu masa irine, beli baju kat ekspo baby.. banyak baju harga rm5.. memang borong habis laa.. hehehe.. btw baju baby mahal... sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gi ekspo ramai orang..huhu

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Keperluan baby memang perlu di beli awal, kadang ada peralatan baby yang terlepas pandang dan kena beli berasingan. Untuk anda momies yang belum beli keperluan untuk berpantang seperti vitamin..boleh la hubungi saya untuk dapatkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli sikit-sikit kan? Kalau tak memang sakit juga

      Delete
  3. nice sharing,,im blogwalking,,sudi2 singgah blog saya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ..terima kasih singgah :)

      Delete
  4. saya dulu beli yang basic lepas dah lahir baru beli step by step mengikut keperluan

    ReplyDelete
  5. Kena beli sikit sikit kan?

    ReplyDelete
  6. saya hamil 4 bulan tp dh mula beli brg asas secara berperingkat. sikit2 laa beli. p ada yg cuba marah sy sbb beli terlalu awal. katanya kita x tau apa akn jd masa dpn jd masih terlalu awal utk sy beli. seeloknya sy disuruh sipakan brg2 pd usia kandungan 6 bulan keatas .. pendpt anda? slhkan sy membuat persiapan awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala sis....kita ikut saja yg mn baik dn dgr pesanan org..ikut kan sy mmg mau bli dlm 4bln..tp kena lrg..now sy dah 7bln, esok br stat beli ckit2.bli mana yg perlu shj

      Delete
  7. Tak salah...saya pun next month nk bersalin...baru pi shopping tadi...anak no ke.....4

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:50 am

    Kena beli sikit2.... Sbb takut x larat nk shopping brg baby bila dah sarat sgt nt.. Ni pun..baru setengah jam brjalan dah rse pancit..baru 6 bulan..jgn pedulikn org kata apa.. Kita ni tuan badan yg rasa mcm ne keadaan kita ( duit, tenaga,masa, situasi )

    ReplyDelete
  9. skarang sy prggy dah 6 bulan... barang baby 1 pun x beli....inshaallah ujung bulan nie baru start beli.... memikirkn nak bejalan lama2, nak bediri lama2, huhuhu.... menggeleng gak la kepala nie.. tambah lg sy nie badn besa... hermmm...lg becinta rasanya nak bejalan2....

    ReplyDelete