Throwback!! Kisah yang berlaku 10 Ogos 2018 yang baru sempat dicoretkan minggu ini. Committee Babybox Malaysia mula-mula menyasarkan untuk menyiapkan Babykit untuk diserahkan kepada NGO yang akan ke Lombok dalam masa terdekat.




Mula-mula risau juga untuk bagi komitmen kemudian tekad. Kalau tak dimulakan pasti tidak akan berjaya.

Terus pilih angka 30 sebagai sasarn. Masa itu wang tunai ke bahan lain tak ada lagi. Hanya ada pakaian preloved sahaja yang disumbangkan oleh rakan sebelum ini.

Jadi pada 9 Ogos 2018, terus buat announcement kepada office mate dan Alhamdulillah mendapat sambutan memberansangkan.

Terus rakan-rakan sepejabat ambil inisiatif buatkan satu kotak cantik-cantik untuk buat kutipan dari meja ke meja. Petang itu juga walaupun belum lagi dapat gaji, masih ada rezeki untuk bayi ini.

Wang yang disumbangkan lantas dibelikan peralatan yang diperlukan di dalam babykit iaitu terdiri daripada:
  • Lampin pakai buang - 6 keping
  • Pakaian bayi - 2 pasang
  • Kain lampin - 1 helai
  • Bedak - 1 botol
  • Minyak telon - 1 bootl kecil
  • Tuala bayi - 1 helai
  • Tisu basah - 1 kotak
  • Tisu kering - 1 pek
  • Plastik (untuk memasukkan barang tersebut)




Ada drama juga semasa pembelian. Pesan dengan kawan, beli bedak JJ. Jenuhlah kawan mencari bedak JJ dan siap tanya kat kaunter cashier lagi. Cashier kata tiada bedak tersebut. 

Aduh rasa lawak pula sebab bedak JJ itu singkatan kami team Babybox untuk bedak Johnson & Johnson. Cari di kedai memang tiadalah jenama JJ. Johnson & Johnson ada. (Penafian: Bedak dibekalkan di dalam Babykit untuk mengurangkan rasa rengsa / gatal pada bayi).

Malam pula, saya siap sorting pakaian preloved bayi yang diterima dan sedikit tips untuk para penyumbang antara jenis pakaian yang tidak perlu disedekahkan ialah:

  • Bertahi lalat
  • Koyak
  • Getah seluar longgar
  • Tompok-tompok kuning atau kotoran
Atau para penyumbang boleh mencuci bersih pakaian tersebut dan menggantikan tali seluar sekiranya sayang untuk dibuang begitu sahaja.

Kira punya kira masih tidak cukup pakaian bayi dan sekali lagi menggunakan media sosial memohon bantuan rakan-rakan berdekatan untuk menyumbangkan pakaian bayi.

Memang saya dikelilingi rakan-rakan yang berhati mulia. Keesokan harinya, ramai kawan menyumbangkan pakaian bayi mereka yang tidak digunakan lagi namun dalam keadaan yang sangat bersih dan wangi dengan bonus ada bau bayi. Bilik saya diharumi dnegan bauan bayi yang amat menyenangkan jiwa.

Ketika waktu rehat panjang itulah digunakan masa bersama rakan-rakan lain untuk membuat pek Babykit.




Dan Alhamdulillah 30 pek babykit berjaya disiapkan dan kemudian dihantar kepada Pengerusi Babybox keesokan harinya.

Ada yang ingin menyumbang? Hubungi nombor telefon tertera!




Throwback!! Kisah yang berlaku 10 Ogos 2018 yang baru sempat dicoretkan minggu ini. Committee Babybox Malaysia mula-mula menyasarkan untuk ...

Umum mengetahui ketika ini, Lombok dilanda gempa bumi. Pda hari ini, 9 Ogos 2018 berlaku sekali gempa bumi pada skala 6.2 richter. Dikatakan gegaran turut dirasai sehingga ke Bali.




Kebanyakan rumah roboh dan penduduk membentangkan apa yang ada untuk duduk di kawasan lapang. Takut untuk berada di dalam rumah. Takut tidak sempat untuk melarikan diri.

Dalam keadaan begitu, kebanyakan penduduk memang tinggal sehelai sepinggang.

Bagi membantu penduduk Lombok, Persatuan Buai Sayang atau lebih dikenali sebagai Babybox Malaysia bekerjasama dengan NGO yang akan ke sana untuk menyampaikan #babykit.

Sebanyak 20 #babykit pertama telah diterbangkan ke Lombok melalui Yayasan Amal seawal pagi 9 Ogos 2018.

Dan batch kedua sebanyak 100 #babykit pula akan diterbangkan Selasa minggu hadapan.


Sukarelawan seluruh Malaysia bertungkus lumus menyiapkan #babykit dengan hasil sumbangan orang ramai.



Namun, ketika ini masih ada lagi barangan yang tidak mencukupi. Dan gotong-royong menyiapkan #babykit juga akan diadakan pada hari Sabtu ini iaitu pada 11 Ogos 2018 di Cheras.


Team Babybox amat mengalu-alukan sekiranya ada di antara rakan yang ingin menghantarkan sumbangan ke alamat tertera di atas.

Antara yang boleh disumbangkan selain wang ringgit ialah:
▶️ Kain lampin atau selimut bayi
▶️ Lampin pakai buang saiz M
▶️ Minyak telon saiz kecil
▶️ Bedak bayi saiz kecil
▶️ Wet tissue saiz kecil
▶️ Tuala kecil bayi
▶️ Pakaian bayi saiz 6-12 bulan yang boleh terus dipakai
▶️ Tisu biasa peket kecil
▶️ Stokin bayi

Bagi sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
1) Sheyliza 0124854711
2) Seri Delima 0134512054

Atau boleh berhubung juga dengan saya di 0192500978.

Semoga sedikit sumbangan kita membantu bayi di sana.



Umum mengetahui ketika ini, Lombok dilanda gempa bumi. Pda hari ini, 9 Ogos 2018 berlaku sekali gempa bumi pada skala 6.2 richter. Dikatakan...

Adakah awak dan awak mengalami masalah jeragat atau lebih dikenali sebagai pigmentasi? Tompok-tompok hitam yang susah sangat untuk hilang dan jika dibiarkan akan memenuhi kulit muka dan kelihatan seakan menebal.

Ketika itu, terasa ingin menggunakan berus dawai bagi menghilangkan jeragat.



Samalah seperti yang dialami oleh Puan Hadhatina. Masalah kulit yang dialaminya ialah:

  • 1. Jeragat atau pigmentasi
  • 2. Kulit kering
  • 3. Mata panda atau lingkaran hitam di bawah mata

Dengan penggunaan Youth yang konsisten selama 40 hari jelas kelihatan perbezaan pada kulit beliau.



Dengan Youth:

  • 1. Jeragat semakin pudar 
  • 2. Kulit nampak lembap
  • 3. Lingkaran bawah mata seakan hilang
  • 4. Kulit muka kelihatan sihat dan berwarna pinkish
Awal-awal penggunaan Youth memang terasa sangat kulit bertambah lembut dan ada juga ketika itu blackhead dan whitehead keluar dengan banyaknya. 

Jangan panik! Kesan ini tidak lama dan berdasarkan kajian klinikal Youth, skin adaptation (proses penyesuaian kulit dengan Youth) tengah berlaku.

Tidak mengira jantina anda, jenis kulit, umur mahupun etnik, YOUTH lah jawapan terbaik yang patut dimiliki pada hari ini.





Ia mengandungi:

LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

PERFECTING SKIN TONER
Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

YOUTH ACTIVATING SERUM
Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

RADIANCE C + E
Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.
Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.


Teruja bukan? Jika anda ingin menjadi antara yang terawal mendapatkan manfaat set YOUTH ini, hubungi saya hari ini.
Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

untuk tempahan YOUTH anda



Adakah awak dan awak mengalami masalah jeragat atau lebih dikenali sebagai pigmentasi? Tompok-tompok hitam yang susah sangat untuk hilang d...

Pernah jumpa atau kita sendiri yang mengalaminya rasa sakit yang tidak dapat dikesan? Sehinggakan ada yang mengatakan kita terlalu memanjakan diri sendiri dan takut untuk memijak lantai dek teringat rasa sakit kaki yang dialami selepas kemalangan.

Hakikatnya memang kita terasa sakit tersebut walaupun selepas di x-ray, kaki sudah bertambah pulih.

Perkara yang sama juga dialami oleh Puan Wan Noor Hidayah sehinggakan terpaksa bergantung dan percayakan supplemen mampu untuk mengatasi masalah rasa sakit kaki yang dialami beliau.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 31 : WAN NOOR HIDAYAH




[TIDAK BOLEH BERJALAN DENGAN SEMPURNA AKIBAT KEMALANGAN PULIH SELEPAS KONSISTEN MENGAMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Nama saya Wan Noor Hidayah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Saya ingin kongsikan bagaimana kaki saya pulih sepenuhnya selepas mengamalkan suplemen Shaklee.
.

Pada tahun 2015 saya mengalami kemalangan kereta yang teruk. Tetapi alhamdulillah, saya masih hidup walaupun tidak dapat berjalan dengan sempurna selama beberapa bulan. Pada mulanya saya mencuba 2 jenama suplemen ternama dipasaran untuk mengurangkan kesakitan di kaki saya.
.

Saya terpaksa mengambil suplemen memandangkan tiada ubat selain ubat tahan sakit sahaja yang diberikan oleh pihak hospital kepada saya. Menurut mereka, keputusan x-ray saya tidak menunjukkan sebarang masalah kecederaan pada tulang walaupun mereka sendiri berasa pelik mengapa saya langsung tidak boleh berjalan.
.

Sejak dari kemalangan tersebut saya tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga setiap kali hendak ke mana-mana. Paling menyedihkan adalah apabila saya terpaksa mengesot perlahan-perlahan ke bilik air apabila hendak berwuduk ketika ahli keluarga tiada di rumah. Sakitnya kaki saya ketika mengesot hanya Allah sahaja yang tahu.
.

Kemudian ibu saya mendapatkan sepasang tongkat dan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan saya. Saya menggunakan tongkat selama hampir 3 bulan untuk ke pejabat setiap hari. Walaupun kesakitan kaki saya telah mengambil masa yang agak lama untuk berkurangan, namun saya masih berasa amat sakit apabila berjalan tanpa tongkat.
.

Pada suatu hari saya telah ditakdirkan oleh Allah SWT dapat kembali bekerja di lokasi yang berhampiran dengan cawangan Shaklee. Peluang ini saya ambil untuk mendaftar sebagai ahli dan membeli beberapa jenis suplemen. Omega Guard menjadi suplemen kegemaran saya apabila kesakitan kaki saya hilang setelah konsisten mengamalkannya.
.

Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur apabila kaki saya tidak lagi sakit. Omega Guard telah membantu saya untuk sembuh. Saya juga turut merasakan Shaklee Effect yang lain iaitu mood saya semakin baik, saya menjadi lebih tenang dan tidak cepat marah. Penglihatan mata saya juga semakin baik dan saya tidak lagi mengalami masalah silau apabila memandu di waktu malam.
.

Selain Omega Guard, saya juga mengambil B-Complex untuk mengurangkan rasa sedih akibat tidak dapat berjalan dengan sempurna. Tetapi selepas istiqamah mengamalkannya, bahagian kaki saya yang kebas kerana banyak saraf mati akibat hentakan kuat semasa kemalangan lalu juga telah pulih dan kulit wajah saya menjadi semakin berseri-seri.
.


Kini saya hanya percayakan suplemen Shaklee sahaja. Selain semakin sihat, bertenaga, cergas dan cantik berseri, saya juga mendapat bonus setiap bulan. Marilah sertai Shaklee bersama saya. Anda juga boleh merasai Shaklee Effect yang tidak disangka-sangka.
.

Selamat tinggal tongkat. Saya cintakan Shaklee sampai bila-bila 😍😍😍.

Terima kasih.




Ingin membuat tempahan produk Shaklee?
www.wasap.my/60192500978

Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Pernah jumpa atau kita sendiri yang mengalaminya rasa sakit yang tidak dapat dikesan? Sehinggakan ada yang mengatakan kita terlalu memanjak...

Hanya pesakit gastrik sahaja yang tahu betapa sengsaranya mengharungi hari yang panjang apabila gastrik menyerang. Lebih-lebih lagi apabila bulan Ramadhan yang mulia hampir menjelang ini.



Namun bagi yang ingin berpuasa penuh dan pada masa yang sama tidak mengalami gastrik, dicadangkan untuk mengamalkan Set Gastrik ini.

Set Gastrik ini telah membantu ramai penghidap gastrik.

Apa yang ada di dalam Set Gastrik ni?



➡ESP SHAKLEE

mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh jus gastrik.. ESP nih bersifat alkali dan bercampur pulak dengan asid perut ianya mengurangkan hakisan pada dinding perut..20 zat asid amino dalam ESP membantu untuk membina sel dan tisu baru untuk dinding perut..

➡OSTEMATRIX SHAKLEE

kaya dengan kalsium dan juga bersifat alkali, sama macam ESP yang mengurangkan tahap keasidan dalam perut..sebab tu kalau gastrik, kita kena minum susu untuk meneutralkan asid dalam perut..

➡PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

membantu proses pencernaan dengan meransang pengaliran cecair semulajadi..kandungan bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberi rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

➡B COMPLEX SHAKLEE

pesakit gastrik selalu bergantung pada ubat tahan sakit untuk redakan kesakitan.. kan ? dan kalau korang nak tau, pengambilan ubat dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kesan sampingan.. B COMPLEX ni  membantu untuk mengawal stress disamping melegakan kesakitan.


Tak larat mengalami Gastrik lagi dan lagi? 
Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Hanya pesakit gastrik sahaja yang tahu betapa sengsaranya mengharungi hari yang panjang apabila gastrik menyerang. Lebih-lebih lagi apabila...