10 Tips Untuk Ibu Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

8:07 am Emalin Mohd 18 Comments

Hari ini ada orang kongsikan keratan akhbar bertajuk bebelan isteri punca suami pendek umur. Isteri atau menjadi seorang ibu suka membebel ke? Atau sebenarnya memberikan nasihat? 


Leteran atau bebelan kadangkala berlaku kerana ibu/isteri sukar mengawal emosi kerana penat.

Tambahan pula jika ada anak-anak kecil. Mana mungkin dapat rehat secukupnya. Jadi bagaimana ibu dapat kekalkan bertenaga sepanjang hari?

1) Bangun awal pagi
Bangun awal pagi sebenarnya sangat baik untuk seorang ibu. Dapatkan "Me time" ketika ini tanpa gangguan sesiapa pun. Semasa "Me time" ini lakukanlah aktiviti yang disukai dan diidamkan antaranya:
- Bersenam
- Membaca buku
- Refleksi diri dengan menulis impian atau   Pencapaian yang dilakukan semalam

2) Mandi air sejuk
Mandi air sejuk sebenarnya dapat menyegarkan diri dan menjadikan badan lebih tenang. Tetapi dengan water heater zaman ini jarang yang mandi air sejuk kerana telah ada kemudahan ini. Cubalah dulu dan rasai perbezaannya.

3) Sarapan
Sarapan adalah waktu makan terpenting untuk seseorang individu. Bangun pagi setelah tidur 6 jam dan makan malam adalah pukul 8 malam menjadikan perut kosong. Tanpa bersarapan, ibu akan mudah menjadi penat. Pastikan ibu juga bersarapan seperti anak-anak. Ada banyak cara untuk membuat sarapan mudah dan berkhasiat. Antaranya dengan makan telur dan minum air protein tinggi dicampur dengan buah-buahan.

4) Minum air banyak
Yang ini rasanya memang rata-rata akan memberikan nasihat yang sama. 25kg berat badan perlukan lebih kurang 1 liter air. Jadinya jika berat ibu 75kg, ibu memerlukan 3 liter air. Dan jumlah air ini perlu ditambah sekiranya ibu menjalani aktiviti di bawah panas terik matahari atau bersukan yang mengeluarkan peluh yang banyak.

5) Berehat seketika 
Tidur sebelum waktu Zuhur sekejap adalah sangat baik untuk recas badan seketika. Jika ibu bekerja di pejabat lebih mudah untuk tidur seketika berbanding jika ibu menjaga anak di rumah. Namun boleh juga untuk mengambil masa semasa menyusukan anak untuk berehat sebentar bersama anak.

6) Bersenam
Bagi ibu yang selalu merasakan badan 'berangin', cubalah bersenam. Mudah sangat untuk angin keluar ketika bersenam. Tak percaya? Cubalah. Tak perlu pergi ke gimnasium kerana semua faham kekangan seorang ibu. Boleh bersenam di rumah di dalam bilik tidur pun. Contoh senaman dalam bilik tidur seperti skipping atau yang ingin mendapatkan perut yang kempis boleh membuat cycling udara atau baring dan mengangkat kaki lurus ke atas menjadikan seperti dalam keadaan L. Masa bersenam pula boleh di awal pagi ketika semua anak tidur atau bersenam dengan anak-anak.

cycling udara
Cara melakukan cycling udara.

Senaman mengangkat kaki yang boleh dilakukan di dalam bilik tidur.

Mulakan 100 kali dan kemudian bilangan boleh bertambah dari hari ke hari. Cabar diri. Ketika rasa tak mampu untuk meneruskan senaman kuatkan diri untuk tambah bilangan.

7) Buat jadual anak-anak
Bukan ibu sahaja yang perlukan jadual namun anak-anak pun sama. Jadualkan masa bermain, belajar dan membaca AlQuran atau Iqra' secara konsisten. Jadual rutin dan konsisten dilakukan boleh mengurangkan leteran ibu untuk meminta anak-anak membuat itu ini begitu begini. Anak tak stress ibu tak berleter.

8) Dapatkan makanan berkhasiat
Dari mana datangnya tenaga? Pastinya dari sumber makanan berkhasiat. Pastikan makanan untuk sekeluarga adalah makanan berkhasiat. Tetapkan juga jenis makanan ringan atau kudapan yang berkhasiat untuk keluarga seperti buah-buahan dan kekacang. Pisang adalah antara makanan yang dapat memberikan tenaga dengan cepat.

9) Tukar pakaian
Ibu yang duduk di rumah tidak perlu memakai baju tidur sepanjang hari. Pakai pakaian yang cantik dan tukar pakaian yang boleh menjadikan diri kita lebih bersemangat. Jika ibu sendiri tidak kelihatan bersemangat apatah lagi orang lain.

10) Bertahajud
Tahajud sebenarnya dapat memberikan kekuatan dalaman kepada seseorang. Apabila ibu stabil dari segi emosi Insyaallah ibu dapat menangani tugas seharian dengan baik.

Ibu sebenarnya sangat kuat. Masakan tidak, tangan yang menghayun buai itulah yang pasti boleh menggoncang dunia.

Hari ini ada orang kongsikan keratan akhbar bertajuk bebelan isteri punca suami pendek umur. Isteri atau menjadi seorang ibu suka membebel ...

18 comments:

  1. thanks share info.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Yaya. Semoga bermanfaat :)

      Delete
  2. bab bersenam yg jarang buat tu...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersenam dalam bilik tidur je alin

      Delete
  3. best entri ni..boleh CC: kat my wife ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part mana yang nak ditekankan tu? Keratan paper tu ke? Hihi

      Delete
  4. dengan ada tips macam ni harap para ibu akan sentiasa kekal bertenaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Puteri..ibu tonggak keluarga

      Delete
  5. Kita membebel untuk kebaikan dan kemaslahatan keluarga hehehe. Lau tak ada aje penyesalan "ala kenapa tak dengar cakap mama tadi". Jadi mak ni kena banyak relax kan Lin, lau tak stress manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Relaks..nak dapatkan ketenangan tu mencabar sikit la kan ;)

      Delete
  6. kadang2 leteran itu sebab isteri dah penat dan emosi sedikit terganggu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah BL. Kerja non stop 24/7 mana tak penat ye tak?

      Delete
  7. thanks Ema, bnyk info menarik yg boleh di amalkan misalnya bersenam, bertahajud yang jarang sngt kita buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pelan-pelan. Kalau buat semua serentak memang penat juga rasanya. Jadikan rutin baru boleh dijadikan amalan...

      Delete
  8. terima kasih atas info emalin...

    ReplyDelete