8 Tips Untuk Berjaya Masak Sarapan Anak
Bagaimana nak buat sarapan untuk anak? Perlu ke bangun lebih awal sejam dari biasa? Pukul berapa pula nak tidur? Cukup ke rehat kalau bangun awal buat sarapan?
Kalau entry sebelum ini tentang pentingnya sarapan Pagi untuk anak, kali ini tentang tips buat sarapan Pagi anak.
Pertama:
Kenali selera sarapan pagi anak. Pasti ibu lebih mengenali anak masing-masing.
Tak perlu nak tiru sarapan pagi yang rakan-rakan buat jika anak kita tak suka makan sarapan sebegitu.
Ada anak yang suka sekadar susu bersama bijirin seperti Coco Crunch.
Ada anak yang suka roti bersalut telur setiap hari.
Ada anak yang suka buah-buahan seperti pisang dan epal.
Kedua:
Rancang jadual sarapan untuk seminggu.
Ramai ibu bekerjaya yang sukar untuk singgah ke Kedai setiap hari. Jadi, rancang sarapan hari bersekolah di hujung minggu.
Berbincang dengan anak makanan untuk sarapan. Tulis dan tampal di pintu peti ais agar tidak lupa membeli bahan di hujung minggu dan tidak lupa untuk masak apa pada hari tersebut.
Ketiga:
Sediakan bahan masakan sarapan semasa masak untuk makan malam. Sebagai contoh, jika ingin menggoreng nugget pastikan nugget telah dikeluarkan dari tempat sejuk beku semasa menyediakan makan malam dengan meletakkan di bahagian sejuk biasa.
Jika Ada anak yang suka makan mee goreng atau Nasi goreng sediakan bahan menggoreng di waktu malam dan esok Pagi hanya perlu menggoreng sahaja.
Kadangkala masa menyediakan sarapan menjadi lama kerana menyahbeku bahan masakan.
Keempat:
Sediakan pelan kecemasan makanan yang tidak perlu dimasak seperti biskut kegemaran atau roti bersama peanut butter jika berlaku gas kehabisan di waktu Pagi atau ibu memang terlambat bangun pada hari tersebut. Jangan pula hari-hari ibu terlewat bangun.
Kelima:
Beritahu anak menu sarapan keesokan hari. Ia perlu dilakukan walaupun kita telah merancang seminggu jadual sarapan.
Ini bagi memastikan anak bersedia dengan makanan tersebut dan tidak berlaku episod menu tersebut bukan selera anak pada hari tersebut.
Keenam:
Kemas barang sekolah anak di sebelah malam. Pastikan anak-anak menyediakan keperluan sekolah di waktu malam sebelum tidur. Ia juga mengelak kelam kabut, haru biru di waktu pagi.
Ketujuh:
Bangun lebih awal. Tidak perlu sehingga 1 jam lebih awal daripada biasa tetapi memadai 30 minit lebih awal. Jika memasak dengan cepat, mungkin hanya perlu 15 minit lebih awal.
Menu di dalam gambar ini hanya memerlukan masa penyediaan 15 minit sahaja. Mudah bukan?
Kelapan:
Menu sarapan yang boleh dibuat bento/ bekal anak ke sekolah akan lebih menjimatkan masa ibu.
Pastikan masakan tersebut boleh bertahan sekiranya anak bersekolah pada sesi petang.
Antara menu yang tidak basi sehingga ke petang:
➡️ Roti telur
➡️ Spagetti bolognaise
➡️ Crab fingers yang digoreng
➡️ Roti hotdog ( Beli roti bun, goreng hotdog dan letak hotdog di tengah bun. Boleh tambah keju & sos)
➡️ Buah-buahan (tak perlu potong tapi telah dibasuh bersih)
Makanan tersebut mungkin nampak ringkas tetapi yang paling penting dimasak dengan penuh kasih sayang.
Sebagai minuman pula, tambah Meal Shakes di dalam minuman kegemaran anak di waktu pagi. Ia multivitamin berperisa vanilla yang enak sekali.
Sekali-sekala boleh buatkan smoothies Meal Shakes.
Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978
Sebenarnya senang je nak sediakan sarapan.
ReplyDeleteBukan lama pun.
Tapi sy belum ada anak masuk sekolah.
Selamat lagi la.
Hehehe.
Tak susah tapi kalau anak request macam-macam memang kena bangun awal Pagi :)
DeleteWah saya suka. Memang puas hati kan sediakan sendiri. Kesian jugak nak tunggu rehat budak2 tak concentrate belajar nanti. Saya pun standby malam-malam, mihun dah siap rendam. Tapi kalau waktu moody hehe, saya beli gardenia waffle standby. Waffle vanilla dia paling suka. Tapi buah tu saya sukaaaa. Tak terfikir pun. Thnxxxx
ReplyDeleteHaah. memang puas hati sangat. walaupun simple tapi yang penting kita tahu anak makan apa..Buah tu yang paling mudah sebenarnya.. hihi
Deletehampir setiap pagi saya masak untuk sarapan bekal untuk anak ke sekolah..
ReplyDeleteBagusnya..Boleh jadi ayah contoh ni..Sharelah resepi sarapan anak ...
Deleteresepi biasa je..malu pulak nak share.he..he.
DeleteYang biasa kalau dimasak dengan kasih sayang jadi luar biasa
DeleteWell, that is exactly what I did..dari pertama hingga keenam.. :) Cuma yang ketujuh saya memang bangun awal sejam dari biasa. better safe than sorry gitu..maklumlah, kena menguruskan si kecik Hani sekali..
ReplyDeleteHari kedua saya bekalkan kimi buah ke sekolah. rupanya kimi tak makan sebab dah kenyang makan sosej kegemaran dia yang saya bekalkan.. :D
Sebenarnya mudah kan ct? Cuma nak biasakan diri je dulu
Deletecak,,,
ReplyDeletehai..cahayacinra....punya stok bihun mesti ada tak pun stok tepung gamdum heee.itu menu mereka suka paling cepat. lain selalu nasi jelah nasi goreng tapi jarang masak menu pagi sesekali boleh heee..selalu yng bergoreng oklah...tak menu saya buat siap2 jadis ejuk beku tu esok terus goreng
Apa contoh tu untuk sejuk beku tu? Boleh share? Mana tau anak saya pun suka :)
Delete