Cara Mudah Masukkan Video YouTube Ke Dalam Blog

1:02 pm emalin mohd 16 Comments

Hari ini nak kongsikan cara mudah yang saya pelajari dari group Supermom iaitu cara mudah masukkan video YouTube ke dalam blog.

Mula-mula kena buka YouTube dulu dan pilih video yang ingin dimasukkan ke dalam blog. Apabila video yang telah dipilih dipaparkan, di bawah tajuk video tersebut akan ada 3 perkataan iaitu +Add To, Share dan More

Klik pada perkataan Share tersebut. 


Apabila perkataan Share diklik akan keluar pula 3 perkataan lain iaitu Share, Embed dan Email. Untuk meletakkan video tersebut ke dalam blog, klik Embed. 

Apabila Embed diklik, akan keluar koding di dalam kotak. Copy koding tersebut.


Buka pula blog kita. Klik NEW POST dan lazimnya akan set kepada Compose iaitu kita boleh taip entry terus. Tapi, untuk letak koding ini, klik perkataan HTML sebelah Compose.

Setelah HTML diklik, boleh paste koding tersebut di ruangan biasa di bawah tersebut. Ruangan sama masa kita taip entry.

Kemudian, klik SAVE. Setelah simpan, boleh VIEW terus atau untuk menulis entry, klik semula COMPOSE dan boleh taip entry kita di situ. Semasa menaip entry tersebut, video telah ada dalam entry kita.


Mudahkan? Saya pelajari cara ini secara PERCUMA dan hands-on bersama group Shaklee saya iaitu Supermom.

Semoga bermanfaat!!




Hari ini nak kongsikan cara mudah yang saya pelajari dari group Supermom iaitu cara mudah masukkan video YouTube ke dalam blog. Mula-mul...

16 comments:

  1. ya..senangkan..terima kasih kerana sudi sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..baru tau juga ilmu ni en hanafi :)

      Delete
    2. ilmu macam nie boleh dipelajari jika rajin search kat internet

      Delete
    3. Dulu Ada baca gak tapi macam tembikai sangat bunyinya sekali buat takda la susah sangat
      :)

      Delete
  2. macam senang je ye.. memang kena cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mudah je safiya..selamat mencuba

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian emalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga bermanfaat..

      Delete
  4. suka tengok muka emalin, manis aje. mesti lemah-lembut orangnya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Diana..macam tak je part lemah lembut tu..hihi

      Delete
  5. as'salam...
    dulu yaya pernh wat..tp skrng da lupa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang yaya dah boleh buat dah :)

      Delete
  6. Memang boleh pelbagaikan dengan letak video kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah azeni..lagi versatile Gitu :)

      Delete
  7. ohh..mcm tu.
    saya ade video kat youtube tapi reti nak masukkan..tq kak =)
    singgah kat sini..
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh letak video dah kat blog saljiah

      Delete