Susu Ibu Ubat Bayi Jaundis atau Demam Kuning

9:14 am Emalin Mohd 7 Comments

Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah ubat paling mujarab bagi menurunkan kadar Jaundis atau demam kuning.

Namun ada juga yang memperlekehkan susu ibu sebagai ubat mujarab untuk jaundis. Alasannya, bayi tidak kencing atau berak apabila minum susu ibu. Natijahnya, kadar bacaan jaundis semakin tinggi. 

Sebenarnya apa maksud jaundis?


Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.

Bilirubin pula ialah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian sel darah merah. Bayi yang baru lahir mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi disebabkan sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan hati tidak berupaya memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Disebabkan itulah jaundis selalu berlaku pada bayi yang baru lahir.

Bagi membantu menyahkan bilirubin daripada badan bayi, bayi perlu kencing dan berak dengan lebih kerap.  Struktur susu ibu pula amat ringkas untuk dihadam oleh bayi. Ia akan memudahkan lagi bayi untuk hadam susu ibu dan akhirnya lebih banyak kencing dan berak.

Tapi kenapa ada yang berkata susu ibu tiada? Apabila dipicit atau dipam hanya titisan sahaja keluar? Ibu kena faham bahawa bayi baru lahir berumur 1 hari hanya memerlukan 1 sudu teh susu ibu sahaja. 1 sudu teh ya! Sebab itulah hanya titisan susu sahaja yang keluar pada hari pertama kelahiran dan hanya 60ml atau 2 auns susu ibu diperlukan bayi ketika bayi berumur 7 hari..


Cara pelekapan susu ibu juga penting. Pelekapan yang salah menyebabkan susu ibu tidak keluar. Bayi perlu menghisap di kawasan aerola dan bukannya pada puting payudara ibu. 

Namun, jika ibubapa masih yakin bahawa susuibu tidak cukup untuk bayi memadailah memberikan susu formula biasa untuk bayi dan bukannya air glukosa atau air buah kundur. Jika ingin mencuba juga petua tersebut, lebih baik ibu yang minum dan kemudian susukan bayi tersebut. 

Sistem pencernaan bayi masih tidak matang dan dikhuatiri pelbagai makanan dan minuman akan membebankan lagi bayi tersebut.

Jika ibu rasa stress dan terlalu penat pun boleh menjadi faktor tidak berupaya untuk menyusukan bayi. Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu mengatasi masalah ini dan pada masa yang sama meningkatkan penghasilan susu ibu.

Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah ubat paling mujarab bagi menurunkan kadar Jaundis atau demam kuning. Namun ada juga yang memp...

7 comments:

  1. salam cahayacinta..
    demam kuning satu perkara rata2 ibu muda risaukan nak pertama kali berpantangkan uhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau tak pe Suri tapi pelbagai petua tu Kadang-Kadang kita yang dengar naik risau..

      Delete
  2. Saiz perut bayi ni penting juga untuk kita sebagai parent ketahui. Kadang, setengah parent main sumbat je susu kat baby sampai terjeluak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul tu. Sebab ada yang kata selagi baby nak menghisap susu selagi tu tak cukup. Konsep ini sesuai untuk breastfeeding sahaja bukan formula milk

      Delete
  3. sy xkawin lgi..hihi
    btw, info menarik..
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
  4. anak kena kuning. Tapi ok la, sikit-sikit dah turun dahh..

    ReplyDelete