Kaedah Penyusuan Bayi

1:11 am Emalin Mohd 0 Comments

Posisi penyusuan bayi adalah satu perkara yang perlu dipelajari. Ini bagi memudahkan ibu dalam memastikan sasaran untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tercapai.

Antara posisi yang perlu dipelajari adalah posisi menyusukan bayi semasa baring. Umum mengetahui susu lebih banyak dihasilkan pada waktu malam kerana kadar prolaktin yang tinggi. Tidak menyusukan bayi semasa tidur hanya akan menyebabkn bengkak susu terjadi dan lama kelamaan susu berkurangan. 

Namun, setelah seharian bekerja untuk bangun (perlu duduk) demi menyusukan bayi akan menyebabkan ibu berasa tertekan kerana kurang tidur. Ada ibu yang khuatir untuk menyusukan bayi dalam posisi baring kerana takut jika bayi dihempap atau tersedak disebabkan posisi bayi yang flat.

Namun percayalah.

Practice make perfect. ..


Mulakan latihan menyusukan bayi dalam keadaan baring sewaktu siang untuk mendapatkan kedudukan selesa.


Sedikit tips, letak bantal di belakang badan dan dicelah kaki untuk mengelakkan rasa letih.

Insyaallah lama kelamaan ibu dan bayi akan mendapat posisi terbaik yang selesa. Ketika itu, ibu boleh tidur sambil menyusukan anak walau dalam keadaan baring.

Pelekapan atau latching amat penting dalam memastikan bayi mendapat susu secukupnya dan ibu tidak merasa sakit. Bayi perlu melekap pada aerola dan bukannya puting. Sekiranya bayi melekap pada puting, ibu akan merasa tidak selesa dan sakit serta lama-kelamaan mungkin boleh berdarah. Untuk itu, semasa bayi ingin menyusu pastikan mulut bayi terbuka luas sebelum menyuakan payudara.

Selamat Menyusukan Bayi Anda...

Posisi penyusuan bayi adalah satu perkara yang perlu dipelajari. Ini bagi memudahkan ibu dalam memastikan sasaran untuk menyusukan bayi seh...

0 comments: