Persediaan Kembali Bekerja Untuk Ibu Menyusukan Anak
Setelah 2 atau 3 bulan mengambil cuti bersalin, akhirnya tiba masa untuk ibu kembali bekerja. Pastinya perasaan ketika ini bercampur-baur kerana perlu berpisah sekurang-kurangnya 8 jam dengan bayi dan meninggalkan bayi kita dalam jagaan orang lain. Selain itu, terfikir bagaimana ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Ketika mengandung lagi, azam untuk menyusukan anak secara eksklusif perlu diterapkan agar ia menjadi motivasi diri dan mempelajari kaedah dan teknik yang bersesuaian.
Bagi ibu yang mula bekerja 2 atau 3 bulan setelah bersalin, mulakan menyimpan stok secara konsisten seawal bayi berumur 1 bulan. Ibu boleh mula mengepam lebih awal sebagai latihan dan juga persediaan sekiranya ibu perlu berpisah sementara dengan bayi seperti bayi membuat pemeriksaan jaundis tidak ditemani ibu.
Disebabkan itu juga, pam susu perlu dibeli sebelum bersalin.
Ibu boleh mengepam semasa bayi sedang menyusu, sebelum bayi menyusu atau selepas bayi menyusu. Jangan panik atau risau apabila hasil susu yang dipam tidak mencurah-curah. Ketika di hari-hari awal mengepam, badan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan pam dan kuantiti yang perlu dihasilkan. Jangan risau juga jika dipam susunya, tiada lagi susu untuk bayi. Ingat konsep 'supply' vs 'demand'. Semakin cepat ibu mengosongkan payudara semakin banyak susu akan dihasilkan.
Jangan bandingkan jumlah susu yang dipam dengan rakan ibu yang lain. Setiap ibu berbeza mengikut keperluan bayi. Jika bayi menyusu dengan sukatan 2 auns mungkin hasil pam juga dalam 2-4 auns (kedua-dua belah payudara). Yang penting, susu ibu cukup untuk bayi ibu.
Ibu juga perlu berbincang dengan penjaga bayi cara mengendalikan susu ibu. Disebabkan susu ibu adalah protein, maka ia tidak boleh dipanaskan dengan suhu yang tinggi dan secara langsung. Memadai direndam dalam air suam sahaja.
Ibu boleh mula untuk melatih bayi menggunakan alat bantuan penyusuan seperti botol 2 minggu sebelum mula bekerja.
Hari 1 - 3: Susu botol jam 7.30 pagi (anggaran kali terakhir bayi menyusu jam 6.oo pagi dan ibu telah bertolak ke tempat kerja) dan sesi lain secara 'direct feeding'
Hari 4-6: Susu botol jam 7.30 pagi & 10.30 pagi dan sesi lain secara 'direct feeding'
Hari 7-9: Susu botol jam 7.30 pagi, 10.30 pagi & 12.30 tengah hari dan sesi lain secara 'direct feeding'
Hari 10-12: Susu botol jam 7.30 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari & 2.30 petang dan sesi lain secara 'direct feeding'
Hari 12-14: Susu botol jam 7.30 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari, 2.30 petang & 4.30 dan sesi lain secara 'direct feeding' - ketika ini mungkin bayi juga boleh mula dilatih untuk dihantar bersama penjaga bayi
Tips: Jangan mulakan latihan menggunakan susu botol terlalu awal (seawal 1 minggu atau terlalu lewat iaitu lagi seminggu untuk mulakan kerja). Ini bagi mengelakkan keliru putting (bayi akan menolak terus 'direct feeding') atau panik dan stress kerana bayi enggan menyusu menggunakan botol.
Jangan risau sekiranya bayi menolak pada percubaan pertama. Jika ibu tidak berjaya melatih sendiri mungkin perlu bantuan orang lain kerana bayi kenal bau ibunya.
Perlukan bantuan untuk menambah susu ibu? Hubungi saya untuk konsultasi.
Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
0 comments: