Pengorbanan Seorang Ibu Mengalami Sakit Lutut
Hari ini seorang kakak sepejabat iaitu Kak G mengadu tentang lutut beliau. Beliau mengalami sakit lutut sehingga sukar untuk bangun daripada tidur.
Kak G dah lama mengalami sakit lutut sehingga penghujung tahun lepas, namun Kak G masih boleh bertahan. Sehingga tahun ini iaitu belum lagi habis bulan Januari 2015, peruntukan perubatan Kak G hampir habis kerana mendapatkan rawatan untuk sakit lutut. Setelah mencuba pelbagai pil yang disarankan doktor, sakit Kak G tidak juga berubah. Doktor menyarankan agar Kak G mendapatkan rawatan di hospital. Doktor pakar di hospital memaklumkan Kak G memerlukan suntikan di lutut namun Kak G berkata beliau kurang berkemampuan untuk meneruskan rawatan di hospital swasta.
Saya nasihatkan Kak G agar mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana sebagai kakitangan kerajaan pasti rawatan tersebut percuma dan jika ada bayaran pun dalam kadar minimum. Akhirnya, Kak G memberikan alasan sebenar.
Kak G enggan ke hospital kerana risaukan anak-anak beliau yang masih bersekolah. Kak G risaukan siapa yang akan uruskan makan minum anak-anaknya jika Kak G terpaksa bermalam di hospital.
Mendengar kata-kata Kak G, terdetik di fikiran pastinya anak-anak Kak G tidak mengetahui ibunya sakit. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang menidakkan kesihatan diri demi anak-anak. Bagi Kak G beliau akan mencuba alternatif lain yang tidak memerlukan beliau bermalam di hospital. Beliau amat yakin ada cara dan pilihan lain selain bermalam di hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagi Kak G beliau akan terus mencuba...
Semoga Kak G sembuh dengan alternatif lain untuk mengubati sakit lutut beliau.
Dan saya pasti ramai juga ibu di luar sana yang akan melakukan perkara yang sama. Mendahulukan kepentingan anak daripada kesihatan diri sendiri. Ibu perlu sihat selalu. Jangan abaikan kesihatan ya, Ibu.
(Tetiba rasa sedih teringat Mak).
Dan adakah puisi ini ada kebenarannya?
Sayangi ibu anda!
kan..saya pun selalu sedih teringat kat Mak.Sentiasa lebihkan kita dalam apa jua pun. Semoga Allah saja yg membalasnya kan Emalin.
ReplyDeleteItulah. Masa kakak tu cerita rasa sedih pulak. Teringat kat mak :(
DeleteSedih pula baca nie.
ReplyDeleteMemang bila dah jadi mak akan rasa benda yang sama juga.
Sebagai mak memang kita utamakan anak kan? Pasti mak kita buat benda yang sama kan?
Deletekasih sayang ibu tidak ternilai buat anaknya..terbaik sangat-sangat.
ReplyDeleteSangat betul ..huhu
Deleterakan atau teman boleh dicari..ibu seorang tiada pengganti.. hargailah selagi hayat ibu masih ada..
ReplyDeletekita sebagai ibu pasti melaluinya...anak2 diutamakan dalam segala hal pun..
terima kasih berkongsi emalin...
Betul tu Siti..selagi hayat dikandung badan
Deletesalam cahayacinta..
ReplyDeletebuat apa tuh?
sakit bukan orang tua sahaja ada juga orang muda alamikan uhu...
Haah...sakit lutut ni sekarang golongan muda pun ramai dh...
DeleteSaya setuju.. pengorbanan mak tak akan menampakkan dia sakit ka, penat ka.. yang penting demi anaknya..
ReplyDeleteMy blog :
http://segalaceritera.com/
Ibu sanggup buat apa saja untuk anaknya...huhu
Deletememang tabah insan yang bergelar ibu, sanggup menahan sakit dan lebih mengutamakan anak anak...semoga kak G cepat sembuh :)
ReplyDeleteInsyaallah . Semoga Kak G sembuh dari sakit lutut
DeleteTerharu baca catatan ni lin..
ReplyDeleteU too, be brave n strong dear
InsyaAllah Safiya..Thank you
DeleteTerharu baca catatan ni lin..
ReplyDeleteU too, be brave n strong dear
cahayacinta..
ReplyDeletepayah kalau tak jumpa penawar kalau ada bagus untuk ubatkan ya tak...
Tu lah suri..saya try bagi Advance Joint Health Tablet. Harapnya serasi kat Kak G.
Deletebesar pengorbanan seorang ibu demi ank...
ReplyDeletemoga kak g cept sembuh..
Amin..
DeleteSemoga doa dari rakan blogger dimakbulkan
besar pengorbanan mak kita...i love u mak...
ReplyDeletebesar pengorbanan mak kita...i love u mak...
ReplyDelete