Cara Betul Makan Sustained Release Vitamin C Shaklee

5:52 pm Emalin Mohd 7 Comments

Sebelum ini semasa mula-mula makan Sustained Release Vitamin C Shaklee, saya dinasihatkan untuk mematah dua Vitamin C tersebut untuk meningkatkan kadar serapan.


Nasihat yang sama saya turunkan kepada pelanggan saya yang membeli Shaklee.
Rupa-rupanya cara itu perlu diperbetulkan! Dan di bawah ini cara yang betul yang dinasihatkan oleh Nutritionist Shaklee.

Ada sebab kenapa Vitamin C Shaklee diberikan nama Sustained Release Vitamin C. Ia tidak seperti vitamin C yang lain.



Shaklee adalah pengeluar pertama menggunakan teknologi Sustained Release iaitu vitamin C tersebut diselaputi secara lapisan agar  kandungan vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan jam demi jam. Setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam menjadikan 1 tablet vitamin C Shaklee akan membekalkan vitamin C selama 5 jam di dalam badan.

Vitamin C adalah vitamin larut air dan badan hanya dapat menyerap 100-200mg Vitamin C setiap jam. Lebihan vitamin C akan dikumuhkan dari badan melalui air kencing.

Dengan pelepasan berperingkat seperti yang dilakukan oleh Sustained Release Vitamin C, badan akan dapat menyerap vitamin C secara lebih efektif.

Jadi apabila Sustained Release Vitamin C dipatah dua atau dihancurkan menjadi serbuk, vitamin C tersebut tidak lagi dapat dilepaskan secara perlahan-lahan. Makanya, lebihan vitamin C yang tidak dapat diserap tadi hanya dibuang.

Walaupun selama ini saya rasa cara itu berkesan namun lebih baik kita mengikut saranan pakar dalam memastikan kita dapat vitamin C secara optimum.

1 tablet Vitamin C Shaklee sebenarnya mencukupi untuk bekalan vitamin C harian. Namun apabila badan tidak seperti selsema, batuk atau ingin menghilangkan jerawat pengambilan vitamin C boleh ditingkatkan. Caranya ialah dengan mengambil 1 tablet Vitamin C setiap 5 jam. Vitamin C Shaklee tersebut hendaklah diambil tanpa perlu mematahkan tablet menjadi dua. Hanya terus telan.


Ini pula antara testimoni Vitamin C Shaklee.



Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Sebelum ini semasa mula-mula makan Sustained Release Vitamin C Shaklee, saya dinasihatkan untuk mematah dua Vitamin C tersebut untuk menin...

7 comments:

  1. Owh.. rupanya ada teknik2 ninja nak makan ni.. hehe..

    My Blog :

    http://segalaceritera.com/atik/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dengan cara yang betul baru dapat khasiat optimum :)

      Delete
  2. hai..cahayacinta.com

    buat seperti yang sarankan pakar kata orang baru namoak hasil ya tak hii.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Suri. Kita berusaha ...

      Delete
  3. vitamin C Shaklee ni sedap dan sangat..sangat ..sangat mudah ditelan... saya suka makan. kalau dah terkena jangkitan selsema...insyaAllah sekejap je boleh sembuh.. pengalaman sendiri ni..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ct kan..alhamdulillah vitamin c boleh Bantu up imun badan jadi boleh lawan selsema tu balik. Tak perlu ubat selsema. Hihi

      Delete
  4. Waktu bila seelok2nya makan kapsul ni

    ReplyDelete