9 Makanan Menghilangkan Stress atau Tekanan

8:43 am Emalin Mohd 0 Comments

Stress? Ramai yang menjadikan makanan sebagai terapi menghilangkan stress.  



Tetapi salah pilih makanan masalah lain pula timbul seperti terlebih berat badan.

Namun, jika anda memilih 9 makanan di bawah, bukan saja ia berkhasiat. Malah mengurangkan stress yang dialami. 

Antara makanan tersebut ialah:


1) Pisang
Mengandungi potassium yang boleh mengurangkan tekanan. Juga mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang menggalakan penghasilan hormon serotonin (hormon gembira) dan melatonin (hormon tidur).

2) Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi magnesium. Magnesium berfungsi untuk mengekalkan tekanan darah ke paras yang normal. Jadinya, kita berasa lebih tenang. Ia juga mengandungi asid folik atau vitamin B9 yang banyak membantu dalam meredakan tekanan, panik, depresi dan juga anxiety.

3) Susu 
Juga mengandungi kalsium dan vitamin B serta asid amino yang dipanggil tryptophan. Kalsium membantu dalam mengurangkan tegang otot yang lazim ada pada orang yang sedang mengalami tekanan. Minum susu suam sebelum tidur amat membantu mendapatkan tidur yang lebih lena dan mengurangkan tekanan.

4) Ikan
Ikan seperti sardin, salmon dan tuna mengandungi Omega 3. Pentingnya Omega 3 ini dalam mengawal adrenaline. Adrenaline luar kawalan menyebabkan kita rasa terlebih 'excited'. Omega 3 juga melindungi penyakit jantung yang selalu dikaitkan dengan stress. Ikan mengandungi banyak jenis vitamin B seperti vitamin B6 dan B12 yang membantu menghasilkan serotonin yang membuatkan kita rasa gembira. Di dalam ikan juga terdapat kolin, sejenis lagi vitamin B yang menguatkan ingatan.

5) Kekacang
Badam, gajus antara jenis kacang yang boleh meredakan stress. Mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti Vitamin B, Vitamin E, magnesium dan zinc. Ia juga sumber serotonin iaitu hormon gembira. Vitamin B dan magnesium mengawal emosi dan mengurangkan stress dengan penghasilan serotonin. Zinc pula mengatasi masalah yang dikaitkan dengan stress manakala vitamin E berperanan sebagai antioksidan. Stress akan mewujudkan banyak radikal di dalam badan yang boleh memusnahkan sel.

6) Ayam
Sumber terbaik trytophan yang meredakan emosi untuk kelihatan tenang. Ayam juga sumber protein yang menggalakan kandungan gula dalam darah yang normal sekaligus mengurangkan stress.

7) Oren
Oren dan buah citrus lain mengandungi vitamin C. Vitamin C akan hilang di dalam badan akibat stress. Kekurangan vitamin C menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Kerana itu orang stress mudah mendapat penyakit.

8) Aprikot 
Aprikot kaya dengan magnesium. Magnesium berfungsi dalam memastikan kesihatan saraf dan menghilangkan ketegangan otot. Badan yang stress lazimnya mengalami ketegangan otot.

9) Bijirin penuh
Juga mengandungi vitamin B Complex dan mineral seperti magnesium, potassium dan kalsium juga terdapat protein dan serat. Semua kandungan ini dapat mengurangkan stress sekaligus meningkatkan tumpuan.

(Sumber

Jika dilihat kembali makanan di atas , ia mempunyai persamaan. Vitamin dan mineral makanan tersebut yang membantu mengurangkan stress!! 

- Vitamin B Complex
- Kalsium
- Magnesium
- Omega 3

Dan berita baiknya, Shaklee juga mengeluarkan vitamin dan mineral di atas. Ia boleh dijadikan pilihan terbaik untuk anda mengurangkan stress.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Stress? Ramai yang menjadikan makanan sebagai terapi menghilangkan stress.   Tetapi salah pilih makanan masalah lain pula timbul seperti ter...

0 comments: