Pengalaman Mengeluarkan Implanon Yang Mengerikan

6:55 pm emalin mohd 10 Comments

Setelah hampir 3 tahun menggunakan implanon, akhirnya tiba masa untuk mengeluarkan implanon. Perasaan nak membuka implanon tersebut sebenarnya lebih ngeri dan menakutkan daripada memasang implanon. Kesannya? Baca kat sini...



Kalau buat survey pasang implanon, ramai kata tak sampai 5 minit dah siap.

Kalau nak buang pulak? Dengar kaedahnya dah menakutkan.

Secara umumnya ada 3 langkah nak membuang implanon:

1. Lengan dibius setempat
2. Tempat implanon ditoreh 
3. Dijahit semua tempat ditoreh

Menakutkan tak?

Boleh je tak buang dulu dan pasang implanon lagi kalau nak merancang lagi. Tapi, yang nak mengandung kenalah buka implanon tu.

Dulu masa pasang, buat dekat LPPKN. Sebab nak murah masa nak buang tak sempat nak pergi LPPKN sebab waktu pejabat. Jenuh mencari Klinik sekitar Ampang yang boleh buka. Bila dah call banyak klinik, 2 klinik yang disenarai-pendek. Klinik Fauziah di Bandar Baru Ampang dan Klinik Dr Azizah di Pandan Prima. Klinik Dr Azizah di Taman Dagang tak boleh buat sebab hanya Dr Azizah saja yang boleh buat. Sama juga di Klinik Fauziah. Hanya Dr Sajidah je yang boleh buat.

Survey harga katanya RM50.00. Dalam hati, eh murah juga. Oklah kan.

Nak buka implanon kena buat temujanji dulu. Tak boleh walk-in. Nampak tak? Tak boleh walk-in. Sebab apa? Nanti ye..

Dah sampai turn jumpa doktor dengan hati yang berdebar-debar bila doktor panggil masuk.





Terus doktor tanya, nak pasang ke nak buka? Bagitau la nak buka. Doktor terus suruh baring atas katil kat klinik tu dan tengok lengan. Nasib baik doktor kata, implanon ni nampak macam senang. Wah..ada senang ada susah pulak ye. Dan terus doktor terang prosedur. Memang sebenarnya tak nak dengar sebab bertambah ngeri kan...

Gambar Sekadar Hiasan

Mula-mula, doktor sapu antiseptik kat lengan yang dipasang implanon. Kemudian, doktor bius setempat. Lepas bius tu, doktor dah mula tekan-tekan implanon nak toreh kat mana kan. Memang dah rasa ngeri. Pastu, doktor toreh. Memang tak tengok pun. Dan masa ni tak rasalah doktor toreh sebab bius tu dah jalan kan. Lepas toreh, part yang kena sabar untuk patient dan doktor. Nak keluarkan implanon. Implanon tu dah la licin sebab macam getah pastu disaluti pulak dengan lemak kita kan. Macam menangkap belut. Hahaha...Tu yang doktor kata kena sabar. Sebab ada yang secepat 15 minit dan paling lama doktor pernah buat 50 minit. 

Sakit tak masa ni? Tak sakit cuma doktor tekan-tekan lengan tu nak keluarkan implanon. Ngeri juga sebenarnya takut kesan bius habis tapi implanon tak nak keluar. Darah mestilah ada kan. Yelah, lengan dah kena toreh tapi darah tak banyak mana pun. Jangan risau. Takkan pitam dengan darah yang keluar tu.  

Doktor pun tunjuklah implanon yang dikeluarkan tu. Part ni lupa nak ambil gambar. Macam gula-gula jeli tu. 


Sampailah part ngeri terakhir iaitu kena jahit. Ada yang kata tak perlu jahit tapi doktor kata perlu jahit 1 jahitan je. Kira ok lah kan. Dah jahit, doktor balut. Doktor pesan tak boleh kena air dalam masa 24 jam.

Balik tu doktor dah siap bekalkan antibiotik dan painkiller. Tapi, tak makan pun. Jumlah bil RM120 tapi sebab dah lama sangat duduk Klinik malas nak tanya kenapa lebih RM70.

Pastu doktor suruh datang Klinik 3 hari lepas tu nak tengok luka dan buka jahitan seminggu lepas tu.

Tadaa...setel part buka implanon...Sebenarnya tak da ngeri dan menakutkan pun cuma prosedur tu bunyinya macam boombastic sangat. Tapi, biasa je nak buka implanon ni. Cuma memang lenguh sikitlah lengan tapi boleh lagi dukung anak esoknya.

Sedikit tips, memang kena cari doktor yang gentle dan Dr Azizah tak mengecewakan saya. Alhamdulillah.


I'm Shaklee Independent Distributor #968112

Setelah hampir 3 tahun menggunakan implanon, akhirnya tiba masa untuk mengeluarkan implanon. Perasaan nak membuka implanon tersebut sebenar...

10 comments:

  1. Anonymous2:48 pm

    Saya recommend (utk area kedah laa) pi klinik dr ganga... memang terbaik , dr yg sgt berpengalaman ... dah 2 kali psg n remove dgn dia tanpa parut besar.lubang mana dia masukkan implan tu..lubang tu jgklaa dia keluarkan ..tak toreh tak jahit sikit pun..mmg highly recommended

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nk tnya... Dr ganga cas brape ye pasang implan...?

      Delete
  2. Kedah kat mana ye dr ganga tu

    ReplyDelete
  3. Kedah kat mana ye dr ganga tu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Lamborian808:49 pm

    Area mn n apa nama kliniknye?

    ReplyDelete
  6. Sy dok batu pahat johor .. xtau nk buka implanon kat mane ..

    ReplyDelete
  7. Sy dok batu pahat johor .. xtau nk buka implanon kat mane ..

    ReplyDelete
  8. Bukak kt munirah n iskandar pmtg pauh free ja...xkisah dlu pasg kat mana pon..

    ReplyDelete