Cara Hilangkan Rasa Terbakar Di Dada Akibat Pedih Ulu Hati

Pernah tak rasa dada seperti terbakar dan panas kemudian rasa sakit dada selepas tunduk, baring atau selepas makan?



Lagilah semasa perayaan apabila banyak sangat makan makanan berat bermacam-macam jenis. Ianya adalah petanda PEDIH ULU HATI atau HEARTBURN atau jika kerap sangat GERD (GASTRO ESOPHAGEAL REFLUX DISEASE).

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Asid perut inilah yang membuat rasa tidak selesa iaitu pedih ulu hati.




Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Mencegah lebaih baik daripada mengubati. Betul tak? Memandangkan pedih ulu hati ini berpunca daripada pemakanan kita, semak semula apa yang kita makan. Antara makanan yang lazim menyebabkan pedih ulu hati ialah makanan pedas, berempah, makanan diawet atau jeruk dan juga minuman bikarbonat. Ada juga yang alah pada teh. Kita perlu buat senarai semak sendiri yang mana satu makanan yang menyebabkan pedih ulu hati.

Selain itu, makanan bergoreng dan berlemak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati. Ini disebabkan proses pencernaan mengambil masa dan menambahkan rasa perut yang penuh atau sebu.

Sumber: Sini 

Macam tak serius kan pedih ulu hati ini tapi ia memberi kesan kepada yang selalu menghidap pedih ulu hati.


Memang masa ini memang mencari ubat. Antara yang popular ialah antasid macam iklan Gaviscon tu. Ada yang serasi namun tak kurang juga yang tak serasi.


Jika lihat daripada WebMd, vitamin dan supplement juga membantu dalam pedih ulu hati dan kalsium serta magnesium didapati berkesan untuk merawat pedih ulu hati.  


Shaklee membantu dalam membantu mengurangkan Pedih Ulu Hati seperti:

Peppermint Ginger Plus mengandungi Peppermint
Ostematrix mengandungi Kalsium dan Magnesium
Alfalfa Complex



Boleh juga PM di facebook: 
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

2 comments:


  1. Info yang menarik dan berguna mengenai rawatan pedih ulu hati. Selain itu, pengambilan makanan daripada produk tenusu juga harus dielakkan kerana ia juga boleh mengundang masalah pedih ulu hati atau gastrik.

    ReplyDelete
  2. kami dari Wong Medical Centre adalah satu pusat rawatan yang sangat unik dan istemewa kerana kami boleh merawat pelbagai jenis dengan menggabungkan tradisi dan moden untuk rawatan . kami mempunyai ubat yang baik untuk pedih ulu hati/gastricini . untuk maklumat lanjut sila hubungi
    +60124520077
    Email : wongmedicalcentreipoh@gmail.com
    website : newhopemedic.com

    ReplyDelete