Kenapa Tak Kurus Walau Menyusukan Anak?

7:52 am Emalin Mohd 0 Comments



Ramai yang kata apabila menyusukan anak secara ekskusif atau sepenuhnya boleh slim dan badan ramping kembali seperti dahulu kala sewaktu anak dara tetapi kenyataannya TIDAK. Ramai juga yang menyusukan anak tetapi badan seperti dipam-pam. Kecewa bukan?

Tetapi sebelum kecewa sebelum kata menyusukan anak tidak membantu dalam mengurangkan berat badan jawab soalan ini dengan ikhlas.

Adakah kita makan dan sentiasa makan dengan kuantiti yang banyak? 
Dengan alasan makan untuk 2 orang? 

Biasa dengar kan? Makan untuk 2 orang? Jika YA, memang sukar berat badan kembali seperti dahulu kala.


Kenapa rasa lapar sedangkan baru lepas makan? 

Nak tahu kenapa kita sentiasa lapar? Sebab kita lazim makan tanpa mengetahui jenis makanan tersebut berada dalam golongan indeks glisemik tinggi atau rendah. Dan cepat lapar disebabkan makan makanan Indeks Glisemik tinggi.

Indeks Glisemik...apa tu? Ada kaitan ke dengan berat badan dan breastfeed? 

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Apabila kita makan makanan yang mempunyai GI tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah naik mendadak. Ini akan menyebabkan insulin dirembeskan untuk menurunkan paras glukosa dengan segera. Badan pula hanya menggunakan sedikit sahaja tenaga dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Disebabkan insulin dirembeskan mendadak, paras glukosa pun turun mendadak dan kita akan lapar semula dengan cepat. Jadi ia akan berulang semula dan lemak semakin banyak terkumpul.

Makanan berindeks glisemik yang rendah pula akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur. Makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.





Jadi, kalau rasa nak kenyang lama kenalah makan makanan yang Indeks Glisemik rendah. Tapi lazimnya nasi putih yang jadi pilihan, bukan? Kalau ikut nasihat Kevin Zahri, kita hanya perlu makan hanya satu penumbuk (ukuran nasi) tapi kita makan saiz nasi tu sebanyak-banyak mungkin penuh dalam pinggan. Betul tak? Itu yang buat cepat lapar. Tapi, nak cari nasi merah terutama makan tengah hari waktu kerja. Senang ke?


Dessert pula antara yogurt dan aiskrim. Mana satu pilihan kita? Ramai pilih aiskrim bukan?

Susah nak cari makanan yang Indeks Glisemik rendah atau hanya hari-hari tertentu sahaja dapat makan? 

Ini antara pilihan yang ada. Tak hairanlah ramai yang kata kekal bertenaga, kekal slim dan menyusukan anak secara eksklusif dan sepenuhnya...




Boleh juga hubungi melalui PM di www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Ramai yang kata apabila menyusukan anak secara ekskusif atau sepenuhnya boleh slim dan badan ramping kembali seperti dahulu kala sewa...

0 comments: