Vitamin Untuk Kulit Cantik
Assalammualaikum
dan Salam Sejahtera.
Semakin ramai yang menyedari kebaikan vitamin untuk kulit
dan Set D Shaklee merupakan antara set yang paling mendapat sambutan. Ini disebabkan
ianya bukan sahaja untuk penjagaan kulit malah
menjadikan pengamalnya mempunyai tubuh badan sihat. Hasilnya, tubuh badan yang sihat memancarkan keserian
kulit dari dalam.
Kulit adalah organ terbesar badan kita dan merupakan perisai utama daripada serangan benda asing, bakteria dan virus. Ia adalah "First Line Defense".
Kulit juga berfungsi untuk mengekalkan bendalir dalam badan supaya suhu badan stabil, dan tempat penyimpanan dan penghasilan Vitamin D iaitu vitamin yang penting
untuk penyerapan kalsium yang penting untuk tulang.
Tahukah anda bahawa kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah hidup selama 3 minggu dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Kulit kusam mempunyai kaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Dan tanpa pengambilan makanan yang berzat, bagaimana sel kulit wajah yang baru boleh terbentuk?
SET VITAMIN KULIT CANTIK (SET D)
Vitamin C
Vitamin C membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit
sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh mudah lebam dan
calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik
membuatkan kulit kelihatan bersinar dan gebu. Vitamin C juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan bertindak meningkatkan imuniti badan dalam menangani flu. Ia juga bersifat anti oksidan.
Vitamin B Complex (B for Beauty) menjaga
kesihatan kulit daripada dalam. Vitamin B menukarkan makanan menjadi tenaga dan dapat menstabilkan urat saraf & pemikiran. Ia juga dikatakan sebagai 'happy vitamin'. Vitamin B juga dapat mengurangkan garis-garis halus pada kulit.
Vitamin E
Vitamin E ialah vitamin anti-oksidan dan dikenali sebagai vitamin kecantikan. Ia membantu melambatkan proses penuaan menjadikan muka nampak lebih muda, mengurangkan kedut dan garis halus serta menghilangkan parut dan akne. Ia juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan boleh diletakkan terus pada luka atau parut.
ESP adalah sumber protein daripada soya bukan GMO. Sel terbentuk daripada protein. Mana datangnya sumber protein? Sumber protein diperolehi dari ikan, ayam, telur dan kekacang. Namun begitu protein yang kita perolehi sering termusnah akibat daripada cara masakan yang tidak betul. Ini disebabkan protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. Dengan mengambil supplement protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri.
Selain daripada itu, ia meransang pembentukan semula kulit & otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka & mengurangkan kesan parut serta membaiki pigmentasi.
Sumber terbaik Omega-6 digabungan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk
meningkatkan keberkesanan dan kestabilan, ia juga anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. GLA Complex menstabilkan hormon di dalam badan dan lazimnya kulit bermasalah sering dikaitkan dengan ketidakstabilan hormon.
Kolagen
merupakan komponen utama dalam
kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara
keremajaan kulit, melembut dan
membuatkan kulit lebih bercahaya serta mengekalkan kelembapan sekaligus
mencegah kedutan. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
Kolagen
sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan
garis- garis halus.
Selain
itu, ia dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi dengan merapatkan
sel-sel dan mempercepatkan
pembentukan sel-sel baru.
- Produk premium dan super power untuk awet muda & kesihatan
- Melindungi & membaiki DNA sel (mencegah tumor, mutasi gen serta penyakit kronik)
- Mengawal DNA dan melanjutkan nyawa sel
- Meningkatkan kebolehan sel membaiki sendiri serta tahap tenaga sel (meningkat daya imun & daya pemulihan serta meningkatkan kualiti tidur)
- Memperlahankan pembentukan protein AGE (memperlahankan penuaan serta memperbaiki tahap stamina)
- Mengandungi khasiat anti-oksidan & penemuan hebat anti penuaan selular.
Jom tengok testimoni dari rakan-rakan:
Pengguna ESP, B Complex, Vitamin E & GLA |
Pengguna ESP, B Complex, Alfalfa, Lecithin, GLA & Zinc |
Pengguna ESP, Vitamin E & Alfalfa |
Pengguna Vivix |
Tak tahu pilih yang mana satu?
Hubungi saya untuk konsultasi dan pemilihan vitamin bersesuaian dengan anda.
Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
0 comments: