Ibu Susuan
Berdasarkan World Health Organization, hierarki susu bagi bayi adalah seperti berikut:
1) Penyusuan susu ibu secara langsung
2) Susu ibu yang diperah dan diberikan kepada bayi melalui bantuan peralatan penyusuan
3) Susu ibu yang diperolehi daripada ibu lain (Ibu Susuan)
4) Susu formula
Jelas menunjukkan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan susu formula jatuh di tangga ke bawah dan dijadikan alternatif terakhir.
Jadi, wajar kita untuk berusaha memberi yang terbaik untuk bayi iaitu Susu Ibu dan mencari Ibu Susuan sekiranya tidak mampu memberikan Susu Ibu sendiri disebabkan ada masalah lain.
Namun, ada pelbagai pertanyaan dan lazimnya antara reaksi spontan adalah bagaimana dengan salasilah keluarga nanti.
Jom, kita dengar dan lihat sendiri sedutan dari TV Alhijrah yang membicarakan tentang Ibu Susuan.
Di dalam sedutan ini, ia membicarakan tentang:
1) Ibu Susuan
2) Khasiat Susu Ibu
3) Bank susu - Hukum dan Perlaksanaan
4) Kriteria Ibu Susuan
5) Hukum Penyusuan Anak Angkat / Anak Susuan
6) Had Umur Penyusuan dan Pemakanan Keluarga
7) Hukum Penyusuan dengan Ibu berlainan agama
8) Hikmah Menyusu Secara Terus Berbanding Susu Perahan
Bual bicara ini dihadiri oleh Dato' Mohd Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor dan Pn Nor Kamariah bt Mohamad Alwi, Perunding Laktasi @ SusuIbu.Com.
0 comments: