5 Tips Jadi Ibubapa Terbaik

6:22 pm Emalin Mohd 7 Comments

Selepas berkahwin, pastinya suami isteri ternanti-nanti kehadiran anak sulung dan tidak kurang juga yang inginkan bunting pelamin. Semestinya, anak-anak adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Anak-anak adalah permata hati ibu bapa sehingga ada ibu atau bapa yan sanggup berhenti kerja demi anak-anak.

Namun tidak kurang juga yang risau sama ada mampu atau tidak untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak.

Sedikit tips yang sederhana untuk ibu bapa yang tidak melibatkan bajet yang banyak. Ya, sesungguhnya untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak tidak semestinya perlu menjadi orang kaya dan banyak wang.



1) Luangkan masa dengan anak-anak

Lakukan aktiviti bersama anak-anak. Kadangkala ibu bapa berasa rimas kerana anak-anak asyik mengekori ke sana ke mari. Lantas, diberikan gadget untuk diumpankan anak-anak agar ibu bapa mempunyai masa "me time". Ibu bapa dengan handphone masing-masing dan anak-anak dengan gadget masing-masing. Lama-kelamaan kemesraan akan kurang dan kemahiran motor anak mungkin juga kurang. Sekarang mungkin tidak nampak kesannya tetapi jangankecewa jika anak meningkat dewasa akan lebih banyak bercerita dengan rakan berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Jadi, buat aktiviti ringkas bersama anak-anak. Bermain bersama anak-anak. Jika anak sedang mewarna, ibu bapa pun turut sama mewarna. Jika anak sedang main masak-masak, ibu bapa boleh jadi model yang merasa masakan anak. 

Banyak sebenarnya aktiviti percuma yang boleh dibuat bersama anak-anak. Yang penting ibu dan bapa ada berada di sebelah anak-anak tanpa ada gadget di tangan masing-masing.

2) Jangan sentiasa menjerit

Perhatikan jika anak suka menjerit adakah ibu bapa (kita sendiri) suka cakap menjerit-jerit? 

Bagaimana ketam dapat mengajar anak berjalan betul jika ketam sendiri berjalan senget? 

Jika ingin  menegur anak yang sudah bersekolah rendah sebaiknya bercakap dengan nada yang tegas bukan menjerit dengan ada 'eye contact' serta badan direndahkan sama paras dengan anak.

Bagi anak yang sedang mengalami 'tantrum' terutama yang berumur 6 tahun ke bawah, cuba peluk, cium dan usap kepala anak. Walaupun anak meronta namun kekalkan pelukan. Ia untuk meredakan 'tantrum' anak dan setelah anak reda baru ibu bapa berkomunikasi dengan anak.

Bayangkan jika ada 2 orang dewasa yang sedang sama-sama marah? Suara semakin meninggi dan jika tiada yang mengalah pasti tiada kesudahan sehingga boleh mendatangkan kecederaan pula.

3) Buat dan laksana jadual anak

Untuk mengelak daripada ibu bapa sentiasa berleter, buatkan jadual untuk anak-anak. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah buatu jadual bersama-sama dan bincang bersama sekiranya terdapat jadual yang dibuat anak tadi perlu ditambah baik. Nyatakan sebab agar apabila dilaksanakan anak-anak tidak memberontak dan mengikut jadual dengan baik.

Bagi anak yang belum memahami maksud jadual pula, berikan 'time frame' pada anak untuk mereka menjalankan aktiviti.

Sebagai contoh jika anak sedang asyik bermain jangan terus 'cut' masa mereka dan arahkan mereka terus pergi mandi atau makan. Sebaiknya, berikan masa. Agar anak-anak dapat menyudahkan aktiviti mereka dengan rela hati dan mengelakk dari insiden paksa-memaksa.

4) Jadi idola kepada anak-anak

Anak sentiasa mengikut contoh orang yang di sekeliling. Pernah tertanya bagaimana anak kecil semuda 1 tahun boleh menggayakan penggunaan handphone? Tak lain tak bukan melalui pemerhatian anak-anak terhadap persekitaran mereka.

Jadi, sediakan persekitaran yang sesuai dengan anak.  

5) Lakukan aktiviti sihat bersama-sama

Apa beza dengan yang aktiviti nombor 1? Ini adalah lebih kepada aktiviti khas dengan lebih masa seperti pergi bercuti atau bersenam bersama-sama anak.

Anak yang tidak pandai berjalan pun boleh dibawa bersenam. Letakkan saja anak ke dalam stroller dan ibu boleh berjoging sambil menolak stroller.


Aktiviti yang sihat seperti ini boleh meransang pengeluaran hormon endorphin iaitu hormon berkaitan rasa gembira dan tenang.

Selepas berkahwin, pastinya suami isteri ternanti-nanti kehadiran anak sulung dan tidak kurang juga yang inginkan bunting pelamin. Semestin...

7 comments:

  1. Setuju sangat2.. terutama part luangkan masa tu.. sal tu bnyk anak2 kecil nampak "nakal" walhal minta perhatian sebenarnya..

    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Nak ibubapa Ada kat sebelah je sebenarnya

      Delete
  2. Ya bagus sekali tips yang dikongsi ini

    ReplyDelete
  3. no 1 penting sekali..luangkan masa bersama anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling mudah dan no cost incurred...

      Delete
  4. Setujuuu!! Tips yg menarik. Sama sama lah kita mnjadi ibubapa yg baik kpd anak anak

    ReplyDelete