Suamiku Pemalas Sekadar Mitos Atau?
Suamiku Ustaz
Suami Yang Aku Benci
Segalanya berkaitan dengan SUAMI. Drama adaptasi novel berkenaan SUAMI ini pula semakin hangat ditayangkan di televisyen.
SUAMI adalah satu topik yang sukar diperkatakan hatta sesama rakan sendiri dan ahli keluarga. Jadi, tidak hairanlah ramai yang suka menonton cerita sebegini kerana kadang-kala ia berkaitan dengan kehidupan yang dialami oleh seorang isteri.
Tetapi nama pun cerita. Pengakhirannya membahagiakan.
Bagaimana pula jika tajuknya SUAMIKU PEMALAS?
SUAMI adalah satu topik yang sukar diperkatakan hatta sesama rakan sendiri dan ahli keluarga. Jadi, tidak hairanlah ramai yang suka menonton cerita sebegini kerana kadang-kala ia berkaitan dengan kehidupan yang dialami oleh seorang isteri.
Tetapi nama pun cerita. Pengakhirannya membahagiakan.
Bagaimana pula jika tajuknya SUAMIKU PEMALAS?
Siapa yang akan mengaku suami sendiri pemalas tetapi hakikatnya suami tidak serajin mana.
Jika seorang isteri yang sama-sama keluar bekerja dari pagi dan sama-sama pulang ke rumah, agaknya apa yang suami akan lakukan?
Isteri pula terutama yang tiada pembantu rumah sebaik sahaja balik ke rumah akan menyinsing lengan baju terus ke dapur untuk memasak. Pada masa yang sama boleh masukkan pakaian ke dalam mesin basuh untuk dicuci. Ketika masa yang sama sempat lagi melayan kehendak anak yang inginkan susu atau yang ingin bercerita tentang sekolah pagi tadi.
Sehinggakan seorang isteri ini terpaksa membuat pengakuan apa yang terjadi apabila beliau terpaksa keluar rumah sebentar dan meninggalkan suami bersama-sama anak. Mungkinkah ini preview cerita seterusnya yang bakal hangat di pasaran sebaris dengan cerita Suamiku En Perfect 10?
Kenapa Suamiku Malas. from iReach HD on Vimeo.
Bagaimana kaum isteri? Adakah suami memang pemalas atau sebaliknya? Sebaik-baiknya kita perlu belajar memahami fitrah masing-masing.
Apabila fitrah tersebut difahami barulah kehidupan rumahtangga menjadi lebih harmoni.
Namun, suami juga janganlah mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada pada isteri sehingga menjadikan isteri lembik lunyai menjalankan tugas rumahtangga.
Isteri pun begitu juga. Walaupun sememangnya boleh melakukan pelbagai tugas kadangkala mulut pun sama berleter sehinggakan suami rimas.
Nampakkan suami isteri ini sebenarnya saling melengkapi? Bak kata cerita kartun anak-anak, "Apa yang penting? Kerjasama".
No No No tak buleh malas malas ye suami. isteri pon penat jugak tau =p
ReplyDeleteSuami tak malas sebenarnya ;)
DeleteDulu kan Lin, saya selalu amarah juga. Actually kena beritahu diaorang ni dengan spesifik. Mula-mula kahwin selalulah sentap, senyap aje. Lama-lama rupanya kena bagitahu aje. Ia ambil masa juga. Lama-lama mesti ok. Kena banyak sabarlah dalam perkahwinan ni kan.Dia pun mungkin bersabar dengan karenah kita juga kan :)
ReplyDeleteSedangkan lidah lagi tergigit diana...Kena faham fitrah mereka dan vice versa juga.. Kita expect mereka faham tapi sebenarnya tidak Tu yang kita yang makan hati tapi suami tak tau pun kita tengah makan hati..hihihi..rugi aje makan hati sorang-sorang..
Deletecahayacinta.com
ReplyDeletesama-sama membantu alhamdulillah syukur dengan adanya dia kalau taka da kena buat sendiri ya dak heeee..
Apa yang penting?
DeleteKerjasama...
Standard la gitu para suami..hihi..ada yang memang terlebih sangat rajinnya, ada pula yang sampai kena minta tolong baru nak buat..isteri pun gitu juga..yg penting KERJASAMA...
ReplyDeleteKalau sama-sama memahami tak mengapa. :)
Delete