9 Jenis Makanan Untuk Kurus
Kurus vs Makan! Bagi yang ingin mengurangkan berat badan atau ingin kurus, antara pertama yang difikirkan menjadi punca ialah banyak makan. Tak hairanlah ada yang sanggup berlapar untuk kurus. Ada juga yang menjadi bingung kerana makan sikit namun berat badan masih naik. Ada yang membandingkan dulu semasa umur 20an badan cantik macam model namun sekarang apabila sudah menginjak 30an badan sudah kurang lekuknya. Tetapi pola makanan masih sama!
Pasti sakit hati melihat kawan yang kurus boleh menikmati makanan yang banyak |
Tahukah anda semakin umur kita meningkat kemampuan tubuh untuk membakar kalori semakin kurang. Metabolisme menjadi perlahan sehingga 30% sepanjang usia dewasa. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat.
Namun 9 makanan berikut dikatakan mampu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenaga untuk pembakaran lemak.
1) Yogurt rendah lemak
Yogurt adalah sumber yang mengandungi kalsium dan juga protein. Dan yang baiknya bagi yang ingin mengurangkan berat badan, ia boleh membantu dengan mempercepatkan pada kadar dua kali ganda.
Bagi yang sukar mengawal nafsu makan, asid lemak Omega 3 boleh mengurangkan nafsu makan. Omega 3 akan berinteraksi dengan hormon Leptin yang mana hormon ini akan memberi isyarat kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Omega 3 juga membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Antara makanan yang mengandugi kandungan Omega 3 yang tinggi ialah ikan salmon dan sardin.
3) Makanan berasaskan soya
Soya membantu meningkatkan metabolisme badan dan menurunkan peratusan lemak badan. Soya juga adalah sumber protein bagi yang ingin mengamalkan diet berasaskan tumbuhan seperti vegetarian.
4) Daging yang tidak berlemak
Bagi yang gemar makan daging, pastikan daging tersebut telah dibuang lemaknya. Bagi mencerna daging, badan memerlukan lebih kalori untuk tujuan pembakaran.
5) Telur
Telur juga adalah sumber protein yang baik dan dapat mengelakkan badan menjadi menggeleber semasa proses mengurangkan berat badan.
6) Cuka
Ia membantu memecahkan lemak yang terdapat di dalam badan.
7) Buah-buahan citrus
Buah-buahan citrus membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk mengurangkan rasa lapar. Buah-buahan ini juga boleh menjadi agen detoks yang menyahkan lemak di dalam badan.
8) Cili
Bagi penggemar makanan pedas, ia berita baik untuk anda. Cili merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak.
9) Bijirin
Bijirin penuh seperti oat memelihara kadar insulin untuk meningkatkan metabolisme badan.
Sumber: Majalah RAPI
kena amlkan mknan tu semua dari skrng ni..
ReplyDeletelau x nti tlmbat..ssh nak jaga bdn..bila umo smkin mningkat..heeee
thanks share info. ^_^
Semakin umur meningkat semakin metabolisme badan menjadi kurang
Deletecahayacinta.com
ReplyDeletekalau dapat kurus cepat bagus dan bahagianya hidup ini hee..
Jangan cepat sangat. Nanti badan terkejut
Deletekurus tak bagus..tapi slim itu lebih menawan
ReplyDeletep/s:Dapatkan Info Best Mobile Prepaid Di SINI
BMI yang normal tu yang bagus nya HB
Deleteterima kasih atas info emalin...bila masa nk kurus nya klu makan nk sedap jer hehehe
ReplyDeleteSama-sama noe. Makanan sedap susah ditolak tapi kalau kenyang kita makan sikit je
DeleteBab cili yang payah skit...hihihi....maklumlla perut manja.....
ReplyDeleteAda 8 petua lain ... :)
Delete