Panduan Asas Jumlah Makanan

3:00 pm emalin mohd 0 Comments

Tahu tak nak kira berapa jumlah makanan yang patut kita ambil setiap kali sajian? Jika disebut piramid makanan, semua orang tahu. Memang itu yang lazim diwar-warkan sedari sekolah lagi. Tapi apa maksud bila dalam piramid makanan tu kata sajian?

Jika melalui bacaan pula, siap ada kira kalori dan berat makanan. Takkan makanan sudah terhidang atas meja kita ni nak membuat sukatan pula.

Jadi, sedikit panduan untuk kita semua dalam merancang jumlah makanan yang perlu diambil dengan mudah dan menggunakan tool yang sentiasa ada dengan kita. Tapak tangan!

2 genggam penuh = sayur-sayuran mentah seperti ulam.

Sayur sudah dimasak?
1 genggam penuh = sayur yang sudah dimasak

1 genggam penuh = karbohidrat seperti nasi dan roti. Lebih baik lagi jika menggunakan beras perang dan roti wholemeal.

1 saiz tapak tangan = protein seperti ayam, daging & ikan

1 genggam penuh = buah-buahan

1 ibu jari = minyak yang digunakan dalam masakan. Untuk lebih sihat, pilih makan yang dikukus, grill atau panggang.

panduan asas mengira jumlah makanan


Jom amalkan pemakanan yang sihat !

Pesanan ikhlas daripada:
Marlinny Mohamad SID #968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Tahu tak nak kira berapa jumlah makanan yang patut kita ambil setiap kali sajian? Jika disebut piramid makanan, semua orang tahu. Memang it...

0 comments: