Power mata semain meningkat setiap bulan sampai asyik kena tukar spek mata? 




Kalau tak tukar, nanti sakit kepala pula dek kerana power tidak sama. Ada tak yang teringin nak jadi seperti mereka ini yang berjaya kurangkan power mata mereka?

1) POWER MATA 900++ DAN TIADA LAGI SAKIT KEPALA


2) TIADA LAGI RABUN SILAU 

3) POWER SPEK TURUN DARI 1.50 KE 1.25

4) TIADA LAGI GATAL MATA DAN BERTAHI MATA 

Apa yang mereka amalkan?

Inilah dia, si comel lote CAROTOMAX!! Carotomax ini mengandungi karotenoid yang membantu dalam masalah penglihatan.



Karotenoid terbaik pulak pastinya Carotomax


Kenapa?

Sebab ia terdiri daripada Enam Karotenoid TerbaikCAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

 

Apa benda alah karotenoid tu? Sebut pun berbelit lidah...

Karotenoid adalah pigmen organik yang terdapat di dalam kloroplas dan kromoplas tumbuhan dan kelompok organisme lainnya seperti algabakteria  dan beberapa fungal. Karotenoid dihasilkan oleh semua organisme tersebut dari lipid dan molekul-molekul penyusun metabolit organik dasar.  
Pigmen pada karotenoid pada umumnya menyerap cahaya biru dan memantulkan warna-warna merah hingga kuning kehijauan. 
Disebabkan itu, tumbuhan yang mengandungi karotenoid berwarna oren kemerahan seperti buah sawit dan tomato.
Kenapa Carotomax Shaklee istimewa?

1 cap Carotomax bersamaan dengan
89 hidangan raspberi (alph-carotene)
102 hidangan pisang (carotene)
714 hidangan apricot ( lycopene)
113g ikan salmon (astaxanthin)
285 hidangan grapefruit (lutein & zeaxanthin)

Jadinya SIAPA yang sesuai mengambil CAROTOMAX?


  • Yang ingin memperbaiki masalah penglihatan seperti rabun dan yang ingin menghalang kemerosotan penglihatan
  • Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka
  • Mempertingkatkan system imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat
  • Bersifat anti oksidan dan menghalang penuaan organ
  • Melindungi kerosakan iksidasi kolestrol LDL
  • Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing dan membantu dalam merawat ulser usus
  • Menghalang infeksi dengan meransang enzim untuk membunuh kuman dan mempertingkatkan keadaan penyakit system respirotari 
  • Menggalakkan perkembangan kanak-kanak dan remaja, melindungi rambut, kulit, membrane mukosa, gigi, gusi dan system reproduksi yang sihat serta penghasilan sperma yang sihat.

Jadi Carotomax bukan sekadar untuk rabun......






Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978 
untuk tempahan CAROTOMAX anda



Power mata semain meningkat setiap bulan sampai asyik kena tukar spek mata?  Kalau tak tukar, nanti sakit kepala pula dek kerana pow...

Alkisah minggu lepas mencari money changer atau pengurup wang untuk buat tukaran RM kepada Yen.




Kalau sebelum ini ramai yang kata money changer di Mid Valley Megamall amat berbaloi namun masa yang terhad sukar pula untuk ke sana.

Memandangkan sebelum ini pernah tukar mata wang di dalam Supermarket Lulu, saya dan suami terus ke sana dan bolehlah serampang dua mata untuk window shopping dulu.

Money changer di Supermarket Lulu terletak di Ground Floor dan bersebelahan kedai emas. Jadi, tukaran mata wang hari tersebut di money changer di Supermarket Lulu bernilai 37.7.

We sell
We buy

Apa maksudnya?

Sebab sudah lama tak menukar mata wang, nak digest info pun lambat berapakah yang akan dapat kalau tukar RM sebanyak ini. Jadi untuk mudah, terus tanya kaunter.



Kalau nak buat tukaran RM1,000 akan dapat berapa Yen?

Haaa. Lagi mudah kan? Nanti mereka akan quote kan pada kita. Kalau cukup boleh teruskan.

Tapi malangnya, money changer tersebut tidak cukup Yen untuk ditukar. Terpaksa tukar plan dan terus Google money changer lain berdekatan Ampang.

Terjumpa beberapa web seperti di bawah yang menyenaraikan money changer siap dengan kadar tukaran.




Jangan terus excited!! Hubungi dulu nombor tertera dan sahkan dulu kadar tukaran sebelum ke money changer tersebut.

Sebab ada yang saya hubungi kadar tukaran tidak sama dengan yang tertera. Lagi satu tanya juga ada stok atau tidak. Kalau kadar tukaran sudah baik namun stok tiada di money changer tersebut pun tidak ada gunanya juga.

Bagi saya, saya memang fokus mencari money changer di Ampang iaitu sekitar Ampang Point dan Bandar Baru Ampang sebab berhampiran. Tak berapa rajin nak pergi money changer jauh-jauh. Lainlah nak tukar sampai Rm10,000 kot. Itu baru berbaloi pergi yang jauh-jauh. hihihihi

Akhirnya money changer di dalam Spectrum Ampang yang sebelah dengan kedai emas Poh Kong bagi nilai Yen paling tinggi, berhampiran dengan lokasi dan yang lebih penting boleh dapatkan stok dalam masa sejam.



So berakhirlah misi mencari money changer kami pada hari tersebut.

Korang selalu tukar mata wang kat mana?

Alkisah minggu lepas mencari money changer atau pengurup wang untuk buat tukaran RM kepada Yen. Kalau sebelum ini ramai yang ka...

Skin care! Ada banyak pilihan di pasaran. Dari harga yang termurah hingga termahal. Kalau anda, pilih skin care bagaimana?



Adakah dari segi populariti?
Adakah ikut kawan-kawan?
Adakah sebab harganya?
Adakah sebab artis yang menjadi modelnya?

Antara skin care yang berada di pasaran.

Biore. Tapi entah bagi saya lebih sinonim dengan lelaki?


Olay ada pelbagai jenis produk. Jika zaman remaja dulu mungkin hanya menggunakan pencuci muka sahaja. Betul bukan?



Ada dalam bentuk trial kit atau travel pack. Jadi yang tidak berani melaburkan wang terus beli botol besar, Simple memberikan pilihan.


Clinique? Harganya juga lebih mahal daripada Biore, Simple.


Dan ini antara jenama dengan harga premium dan mahsyur dipromosikan di media sosial.
SK-II yang sinonim dengan Pitera! Pitera di dalam Miracle Water dikatakan mampu untuk membantu mengatasi masalah kulit. Dan ramai artis popular juga menjadi jurucakap kepada SK II.

Jadi, adakah semua produk yang keluar di kaca televisyen itu betul-betul berkesan?

Tahukah anda bahawa terdapat juga skin care yang berkualiti dan berkesan untuk mengatasi masalah kulit yang tidak pernah dipromosikan di dalam televisyen dan tidak mempunyai artis sebagai jurucakap?

Inilah yang ingin saya ceritakan kali ini!



YOUTH skin care. Namanya juga sudah melambangkan apa yang bakal anda perolehi sekiranya menggunakan Youth iaitu anda akan menjadi MUDA. Haaa muda? Muda berapa tahun dengan penggunaan Youth ini?



Ini antara fakta berkaitan Youth yang patut anda ketahui:

1. 100% wanita yang terlibat dengan ujikaji terbukti secara klinikal mempunyai kulit kelihatan muda.

2. 2/3 daripada wanita tadi kelihatan SEDEKAD atau 10 TAHUN lebih MUDA dari usia sebenar.

3. 1,500 bahan terlarang tiada di dalam YOUTH. Sekiranya anda alergik terhadap paraben, SLS, pewarna sintetik, pewangi sintetik memang anda patut beralih kepada YOUTH. Bahan berbahaya seperti merkuri juga sudah pasti tiada di dalam YOUTH. 

4. 8 paten dan masih dalam proses dipatenkan berkaitan dengan produk YOUTH.

5. 10 kali ganda concentration terdapat di dalam serum YOUTH

6. 7 hari dan anda akan mula melihat kesan YOUTH pada kulit anda.

Jika anda sedang mencari-cari lagi skin care terbaik, pilih sahaja YOUTH. Lagi-lagi kalau dalam masa seminggu ini anda akan ada majlis istimewa.

Ini antara kesan yang telah mereka alami:


Kesan penggunaan selama 11 bulan. Beliau mengalami masalah warna tona kulit tidak sekata, kulit yang terlalu kering, mata panda dan juga jeragat.


Kesan penggunaan selama 60 hari bagi masalah kulit tona warna tidak sekata.

Penggunaan selama 10 hari bagi pori kulit yang besar.


Penggunaan selama 8 hari bagi menghilangkan parut jerawat.


Macammmana nak order?

Hubungi nombor tertera ini ya:


Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Skin care! Ada banyak pilihan di pasaran. Dari harga yang termurah hingga termahal. Kalau anda, pilih skin care bagaimana? Adakah dar...

Throwback!! Kisah yang berlaku 10 Ogos 2018 yang baru sempat dicoretkan minggu ini. Committee Babybox Malaysia mula-mula menyasarkan untuk menyiapkan Babykit untuk diserahkan kepada NGO yang akan ke Lombok dalam masa terdekat.




Mula-mula risau juga untuk bagi komitmen kemudian tekad. Kalau tak dimulakan pasti tidak akan berjaya.

Terus pilih angka 30 sebagai sasarn. Masa itu wang tunai ke bahan lain tak ada lagi. Hanya ada pakaian preloved sahaja yang disumbangkan oleh rakan sebelum ini.

Jadi pada 9 Ogos 2018, terus buat announcement kepada office mate dan Alhamdulillah mendapat sambutan memberansangkan.

Terus rakan-rakan sepejabat ambil inisiatif buatkan satu kotak cantik-cantik untuk buat kutipan dari meja ke meja. Petang itu juga walaupun belum lagi dapat gaji, masih ada rezeki untuk bayi ini.

Wang yang disumbangkan lantas dibelikan peralatan yang diperlukan di dalam babykit iaitu terdiri daripada:
  • Lampin pakai buang - 6 keping
  • Pakaian bayi - 2 pasang
  • Kain lampin - 1 helai
  • Bedak - 1 botol
  • Minyak telon - 1 bootl kecil
  • Tuala bayi - 1 helai
  • Tisu basah - 1 kotak
  • Tisu kering - 1 pek
  • Plastik (untuk memasukkan barang tersebut)




Ada drama juga semasa pembelian. Pesan dengan kawan, beli bedak JJ. Jenuhlah kawan mencari bedak JJ dan siap tanya kat kaunter cashier lagi. Cashier kata tiada bedak tersebut. 

Aduh rasa lawak pula sebab bedak JJ itu singkatan kami team Babybox untuk bedak Johnson & Johnson. Cari di kedai memang tiadalah jenama JJ. Johnson & Johnson ada. (Penafian: Bedak dibekalkan di dalam Babykit untuk mengurangkan rasa rengsa / gatal pada bayi).

Malam pula, saya siap sorting pakaian preloved bayi yang diterima dan sedikit tips untuk para penyumbang antara jenis pakaian yang tidak perlu disedekahkan ialah:

  • Bertahi lalat
  • Koyak
  • Getah seluar longgar
  • Tompok-tompok kuning atau kotoran
Atau para penyumbang boleh mencuci bersih pakaian tersebut dan menggantikan tali seluar sekiranya sayang untuk dibuang begitu sahaja.

Kira punya kira masih tidak cukup pakaian bayi dan sekali lagi menggunakan media sosial memohon bantuan rakan-rakan berdekatan untuk menyumbangkan pakaian bayi.

Memang saya dikelilingi rakan-rakan yang berhati mulia. Keesokan harinya, ramai kawan menyumbangkan pakaian bayi mereka yang tidak digunakan lagi namun dalam keadaan yang sangat bersih dan wangi dengan bonus ada bau bayi. Bilik saya diharumi dnegan bauan bayi yang amat menyenangkan jiwa.

Ketika waktu rehat panjang itulah digunakan masa bersama rakan-rakan lain untuk membuat pek Babykit.




Dan Alhamdulillah 30 pek babykit berjaya disiapkan dan kemudian dihantar kepada Pengerusi Babybox keesokan harinya.

Ada yang ingin menyumbang? Hubungi nombor telefon tertera!




Throwback!! Kisah yang berlaku 10 Ogos 2018 yang baru sempat dicoretkan minggu ini. Committee Babybox Malaysia mula-mula menyasarkan untuk ...

Umum mengetahui ketika ini, Lombok dilanda gempa bumi. Pda hari ini, 9 Ogos 2018 berlaku sekali gempa bumi pada skala 6.2 richter. Dikatakan gegaran turut dirasai sehingga ke Bali.




Kebanyakan rumah roboh dan penduduk membentangkan apa yang ada untuk duduk di kawasan lapang. Takut untuk berada di dalam rumah. Takut tidak sempat untuk melarikan diri.

Dalam keadaan begitu, kebanyakan penduduk memang tinggal sehelai sepinggang.

Bagi membantu penduduk Lombok, Persatuan Buai Sayang atau lebih dikenali sebagai Babybox Malaysia bekerjasama dengan NGO yang akan ke sana untuk menyampaikan #babykit.

Sebanyak 20 #babykit pertama telah diterbangkan ke Lombok melalui Yayasan Amal seawal pagi 9 Ogos 2018.

Dan batch kedua sebanyak 100 #babykit pula akan diterbangkan Selasa minggu hadapan.


Sukarelawan seluruh Malaysia bertungkus lumus menyiapkan #babykit dengan hasil sumbangan orang ramai.



Namun, ketika ini masih ada lagi barangan yang tidak mencukupi. Dan gotong-royong menyiapkan #babykit juga akan diadakan pada hari Sabtu ini iaitu pada 11 Ogos 2018 di Cheras.


Team Babybox amat mengalu-alukan sekiranya ada di antara rakan yang ingin menghantarkan sumbangan ke alamat tertera di atas.

Antara yang boleh disumbangkan selain wang ringgit ialah:
▶️ Kain lampin atau selimut bayi
▶️ Lampin pakai buang saiz M
▶️ Minyak telon saiz kecil
▶️ Bedak bayi saiz kecil
▶️ Wet tissue saiz kecil
▶️ Tuala kecil bayi
▶️ Pakaian bayi saiz 6-12 bulan yang boleh terus dipakai
▶️ Tisu biasa peket kecil
▶️ Stokin bayi

Bagi sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
1) Sheyliza 0124854711
2) Seri Delima 0134512054

Atau boleh berhubung juga dengan saya di 0192500978.

Semoga sedikit sumbangan kita membantu bayi di sana.



Umum mengetahui ketika ini, Lombok dilanda gempa bumi. Pda hari ini, 9 Ogos 2018 berlaku sekali gempa bumi pada skala 6.2 richter. Dikatakan...