Penawar Denggi - Daun Betik

1:28 pm Emalin Mohd 2 Comments

-Daun betik telah disahkan boleh menjadi penawar demam denggi-

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuat kajian klinikal dan mengesahkan ekstrak daun betik dapat meningkatkan kiraan platelet dan membantu dalam penyembuhan pesakit demam denggi.

Kajian ini juga telah diterbitkan di dalam Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine Volume 2013, Article ID 61673 pada bulan April 2013. Hasil kajian mendapati pertambahan kiraan platelet pada pesakit demam denggi tahap 1 dan 2 serta yang mengalami demam denggi berdarah.



Cara menyediakan jus daripada ekstrak daun betik:

1) Sediakan tempat untuk menyediakan jus daun betik yang bersih.
2) Pilih 2 helai daun betik yang matang dan dibasuh dengan bersih.
3) Rendam daun betik dalam air bersih selama 15minit.
4) Bilas sekali lagi dengan air bersih.
5) Toskan daun betik tadi.
6) Potong daun betik sehingga menjadi halus.
7) Kisar atau tumbuk daun betik tanpa air sehingga halus.
8) Tapis daun betik yang telah dikisar / ditumbuk untuk mendapatkan jus.
9) Minum jus daun betik 2 sudu makan sekali sehari sahaja selama 3 hari berturut-turut.

Untuk yang berumur 13 tahun ke bawah nasihat doktor diperlukan sebelum memberi jus daun betik.


Jemput baca PENGALAMAN PERIBADI saya kala anak mengalami demam denggi.



-Daun betik telah disahkan boleh menjadi penawar demam denggi- Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuat kajian klinikal dan menge...

2 comments:

  1. Oo baru tau ilmu ni hari ni..selalu kongsi makan sup ketam ja..bahaya la denggi ni..saya kena dulu sampai kena tambah platelet..

    ReplyDelete