Pengalaman Anak Kena Demam Denggi
Hari Khamis 26.6.2014 F Akmal dah mula demam malam tu. Bagi ubat demam, tidur dengan nyenyak dan esok bangun dah kebah.27.6.2014 hari Jumaat pergi sekolah seperti biasa. Tiba-tiba, petang tu dapat panggilan telefon dari sekolah kebangsaan bagitau F Akmal demam panas sangat dan minta ambil dia dari sekolah. Ibu bergegas ambil kat sekolah. Memang nampak tak bermaya. Sampai rumah ibu suruh F Akmal mandi supaya lebih segar dan hilangkan panas. Terus bagi makan ubat. Kemudian, F Akmal tidur. Bangun untuk makan sikit je pastu tidur balik.
28.6.2014 hari Sabtu F Akmal sihat dan suhu badan normal.
29.6.2914 hari pertama Ramadhan dan F Akmal cuba untuk berpuasa dan bersahur. Tapi dalam pukul 10pagi badan F Akmal mula panas dan muntah. Ubat demam diberi dan kemudian suhu badan menjadi normal.
30.6.2014 F Akmal pergi sekolah seperti biasa, berpuasa sebab dah nampak sihat dan badan pun tak panas. Tapi, petang tu juga dapat panggilan telefon dari sekolah. Cikgu maklum badan F Akmal panas. Dan pada hari yang sama bawa F Akmal ke hospital.
1.7.2014 Doktor maklum F Akmal kena demam denggi tapi platelet masih atas 100. Doktor nasihat minum air banyak. Kencing dan minum disukai untuk memastikan berapa banyak output & input cecair.
2.7.2014 F Akmal dah tak demam. Makan minum dah selera cuma batuk teruk. Tu cerita lain ya. Ni cerita pasal denggi je.
3.7.2014 Ujian darah dibuat semula dan platelet dah normal. Alhamdulillah. F Akmal cuma kena mild dengue fever.
Namun, doktor nasihatkan:
1) Kali pertama kena denggi lazim seperti demam biasa dan pesakit tak tahu ada denggi melainkan ujian darah dilakukan. Mild dengue fever.
2) Namun perlu berhati-hati kerana serangan kedua denggi menjadi lebih bahaya. Mungkin severe dengue fever. Yang ini lazimnya, platelet turun mendadak, denggi berdarah hingga membawa maut.
Pejabat Kesihatan Daerah akan telefon ya untuk tanya butiran lanjut tentang kes denggi ni tau...
Masa ni dah tak masuk air dah. Alhamdulillah bertambah baik...
0 comments: