Tips Berpuasa Dan Menyusukan Anak

5:33 am Emalin Mohd 0 Comments

Salam Sayang Semua Ibu-ibu..

Selamat menjalani ibadah Ramadhan semua. Ibu masih mengepam dan menyusukan anak seperti biasa dan pada masa yang sama berpuasa?

tips menyusu bulan ramadhan


Mengimbau kenangan tandem nursing 6 tahun lepas untuk F Akmal dan A Akmal. Dua-dua anak lelaki. Dan pada ketika itu belum mengenali Shaklee lagi.

Apa yang saya alami? Memang berjaya menyusukan anak secara tandem nursing dan juga mengepam semasa kerja. Masih mengekalkan sesi dengan 3-4 kali sehari mengepam di pejabat. Tapi, ada tapi nya memang badan sangat penat. Masa tu selalu sangat kena sakit kepala. Tak tau punca. Ingatkan migrain yang selalu menyerang. 

Apa yang dibuat? Tahan sajalah hingga waktu berbuka puasa. Bila badan dah penat, memang tunggu nak tidur sajalah. Makan dan minum macam biasa cuma memang amalkan air longan kering.

Berjaya tak mengharunginya tanpa Shaklee? Memang berjaya tapi penat dan  lelah sukar diungkapkan. Memamg melepek selepas Iftar. Bayangkan, anak-anak akan menyusu dari balik kerja sampai dah nak Iftar.

Masak? Memang selalu beli lah kan? Tak larat nak masak. Kemas lepas masak pun suami buatkan. Penatnya tak terkata.

Alangkah indah jika ketika itu saya dah mengenali Shaklee. 

Nak tahu kenapa? Saya dah rasa perbezaannya apabila mengamalkan Shaklee sekarang walaupun tak lagi tandem nursing tapi masih menyusukan anak berumur 3.6 tahun. Badan kurang penat, sakit kepala dah tak ada. Sakit kepala tu puncanya sebab dehidrasi. Balik kerja boleh masak, kemas rumah sikit-sikit, kemas barang anak nak ke sekolah, tengokkan kerja sekolah anak. 

Jadi, jika ibu mengalami masalah berikut semasa menyusukan anak terutama di bulan puasa ini:

▶️ Badan terlalu penat dan letih 
▶️ Sakit kepala terutama menjelang petang
▶️ Sukar tidur
▶️ Gusi berdarah semasa menggosok gigi
▶️ Rasa lapar melampau sampai rasa menggigil
▶️ Sakit belakang 
▶️ Sembelit

Ini tandanya badan kita kurang nutrisi walau dah makan 2 pinggan nasi semasa berbuka siap lauk pauk dan 1 pinggan nasi semasa bersahur siap dengan minum air susu selepas tarawikh.

Tak salah malah sangat bagus ambil dan amalkan supplement. Tapi jangan yang yok. Hari ni makan vitamin, esok tak lepas tu makan semula. Tak konsisten. Kesannya pun janganlah harapkan kalau tak konsisten.





Bagaimana sebenarnya vitamin ini boleh membantu ibu menyusu di bulan Ramadhan?

❤️ Vitalea@ Multivitamin mengandungi nutrisi lengkap pelbagai vitamin dengan formula zat besi yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Ia juga pemberi tenaga.

❤️ B complex 
dilengkapi dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.

❤️ Vitamin C 
sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kulit lebih cantik serta mengelakkan gusi berdarah.

❤️ Alfalfa 
adalah penggalak susu yang kuat yang membantu perkembangan kelenjar tisu payudara Dan meningkatkan fungsi kelenjar pituitari iaitu kelenjar utama dalam penghasilan hormon berkaitan  penyusuan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga boleh menambah kandungan lemak dalam susuibu agar bayi cepat kenyang. Alfalfa berfungsi sebagai pelawas juga.

❤️ Kalsium@ Ostematrix 
Membekalkan kalsium untuk mengurangkan rasa sengal, kebas dan juga membantu melawaskan sistem pembuangan. Pemgambilan Ostematrix membantu untuk tidur lebih lena. 

❤️ ESP @ Energizing Soy Protien
Mempunyai IG rendah dan ibu akan kekal kenyang untuk tempoh yang lama serta membekalkan protein kepada ibu.

❤️ Performance Drink
Ibu juga digalakkan mengambil Performance Drink ketika berpuasa untuk mengekalkan badan terhidrat sekaligus mengurangkan risiko kena sakit kepala.

❤️ Meal Shakes
Multivitamin dalam bentuk minuman yang boleh dikongsi bersama anak-anak dengan Indeks Glisemik rendah. Ibu akan  kekal kenyang dalam tempoh lama.


💜 Jika ibu mengalami sakit kepala, pengambilan Ostematrix dan Vitamin B boleh mengurangkan rasa sakit kepala dan ibu tidak perlu mengambil ubat tahan sakit serta minum Performance Drink untuk hidrasi dengan cepat 💜

Banyaknya....
Perlu beli semua ke? Lebih elok kalau dapat ambil semua tapi untuk customized boleh dapatkan Konsultasi daripada saya dulu ya 😊.

Bagaimana pula jadual pengambilan vitamin ketika berpuasa?

▶️ Sahur:
ESP
Meal Shakes
Performance Drink
Vita-lea
Vitamin B Complex

▶️ Iftar:
Performance Drink

▶️ Sebelum tidur / Moreh:
ESP
Meal Shakes
Performance Drink
Vitamin C
Ostematrix 
Alfalfa



Untuk tempahan vitamin anda:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978



Boleh klik link di bawah ini ye ibu 😊:

Salam Sayang Semua Ibu-ibu.. Selamat menjalani ibadah Ramadhan semua. Ibu masih mengepam dan menyusukan anak seperti biasa dan pada ...

0 comments: