Bagaimana Cara Denggi Merebak?

3/02/2015 emalin mohd 8 Comments


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini membantu... from iReach HD on Vimeo.


Sebelum ini, anak saya pun pernah terkena DENGGI.  JUS BETIK dikatakan boleh merawat denggi. Tetapi kala itu cerita jus betik belum keluar lagi. Saya terfikir apakah rasa jus betik tersebut dan bagaimana cara untuk diberikan kepada anak-anak. Errmmmm...

Apa sebenarnya denggi ini? Adakah semua nyamuk pembawa kepada penyakit ini? Kenapa Ada semburan wasap?

Denggi adalah jangkitan virus yang mempunyai 4 jenis iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3  dan DEN 4 yang dibawa oleh nyamuk aedes. Jangkitan virus ini akan menyebabkan bacaan platelet menurunkan sehingga boleh menjadi 150 ,000/mikroliter.

Terdapat 2 jenis denggi iaitu demam denggi klasikal dan juga yang ditakuti iaitu demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.



Simptom demam denggi hanya dirasai selepas hari ke tiga hingga lima belas gigitan nyamuk. Antara simptomnya ialah demam dengan suhu yang tinggi antara 40-41 darjah selsius serta menggigil kesejukan.

Fogging yang selalu dilakukan di kawasan yang mempunyai kes demam denggi hanya boleh membunuh nyamuk dewasa dan tidak boleh membunuh jentik-jentik.

Untuk membunuh jentik-jentik adalah menjadi tanggung jawab bersama penduduk sekitar.


Antara kawasan yang mudah menjadi tempat pembiakan nyamuk di rumah ialah tempat tadahan air malah bekas meletak pinggan yang tidak dikeringkan.

Bagi yang mempunyai hobi menanam bunga di dalam Pasu sama Ada di dalam atau di luar rumah, pastikan Pasu sentiasa bersih dan tiada takungan air.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. 














Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini membantu... from iReach HD on Vimeo . Sebelum ini, anak saya pun pernah terkena DENGGI .   JUS B...

8 comments:

  1. noe pernah kena denggi awal tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kan kena denggi ni. Dulu anak yang pernah kena. Alhamdulillah mild sahaja

      Delete
  2. demam denggi amat bahaya jika tidak mendapat rawaran awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bahaya dan juga menyakitkan...huhu

      Delete
  3. seksa kena denggi...sakit satu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak kena lagi Kesian tengok...huhu

      Delete
  4. kawasan rumah saya baru kena fogging ptg td. sbb jiran belakang rumah suspek denggi..

    ReplyDelete