Kenapa Anak Kurang Fokus?
Berapa umur anak anda? Kadangkala ibubapa terlalu meletak harapan tinggi untuk anak tanpa menyedari mereka masih anak-anak.
Kita inginkan anak-anak memberi tumpuan dan fokus semasa mereka belajar Iqra', mengenali huruf ABC dan mengira 123.
Anak-anak pula tidak duduk diam. Baru satu muka surat, sudah tak senang duduk. Nak ke bilik air, nak makan manakala tangan sudah tercuit sana sini.
Ibubapa pula tak tahan sabar, naikkan suara malah mungkin sudah mencubit dan marah pada anak.
Kemudian, kita tertanya kenapa kita sebagai ibubapa susah mengajar anak tetapi Cikgu di sekolah atau tadika boleh mengajar anak kita?
Ya, Cikgu tersebut telah diajar ilmu pedagogi. Ilmu untuk mengajar anak-anak.
Dan ini sedikit tips untuk ibubapa. Anak-anak tidak boleh memberi tumpuan selamanya untuk sesuatu aktiviti. Ada hadnya!
Apa yang perlu ibubapa buat? Kreatif!
Jangan hadkan satu aktiviti sahaja. Jika anak berumur 4 tahun dan ibubapa inginkan anak mengenali huruf, cara belajar pun kena pelbagai.
Pelbagaikan cara seperti:
1) Membaca buku "Pantas Membaca" - yang ini cara biasa
2) Bermain dengan 'flash card' - tayang laju-laju.
3) Mengenali huruf menggunakan gadget. Yang ini pasti anak suka tapi jangan terlebih, sudah.
4) Mewarna huruf. Tidak semestinya menggunakan pensel warna, boleh juga menggunakan 'water colour', krayon dan sebagainya.
Yang penting, terapkan suasana seronok semasa belajar. Jangan marah-marah dan jangan stress, baru 2-3 hari mengajar anak jangan terlalu menyimpan impian anak sudah mengenali semua huruf.
Ketika inilah ibubapa boleh mengenali anak sendiri. Berapa lama anak boleh fokus untuk sesuatu aktiviti. Apakah personaliti anak kita dalam pembelajaran?
Jika kita sudah mengenali gaya pembelajaran anak, ibubapa boleh sesuaikan lagi dengan pelbagai aktiviti. Ada jenis anak suka membaca atau suka mendengar atau jenis yang suka bergerak-gerak semasa belajar. Tak boleh diam, orang kata. Tapi sebenarnya anak-anak ini belajar juga.
Pada masa yang sama, jangan lupa pastikan nutrisi terbaik diberikan kepada anak-anak termasuk nutrisi badan dan juga nutrisi untuk otak.
Pasti pernah dengar iklan, sel-sel otak berhubung, bukan? Suasana gembira akan meningkatkan lagi fokus anak dalam pembelajaran.
Have fun with your kids, parents..
oh..ok..kalau cm ank buah yaya perlu lbh kurng 25min la..huhu
ReplyDelete5 tahun ke Yaya? Lama tu boleh fokus kalau 25 minit yaya
ReplyDeletenoe mmg tak boleh nk ajar anak...kurang sabar...hehehe...
ReplyDeleteIbu selalu macam tu. Huhu. Termasuk saya juga. Sama-sama kita perbaiki
Delete