Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan

6:40 pm Emalin Mohd 8 Comments

Kalau zaman universiti dulu, istilah stay up atau belajar hingga larut malam sangat popular. 

Siapa tak pernah stay up zaman-zaman dulu? Lagi-lagilah minggu peperiksaan. Sehinggakan kalau boleh sengkang mata dengan batang mancis memang buat kan?

Kemudian, kalau kena pergi kursus motivasi mesti penceramah kata study hard not study smart. Apa pulak benda alah ini? Kalau masuk universiti sah-sah smart. Betul tak? Tapi kenapa tak semua pelajar tak dapat anugerah dekan? (Termasuklah saya, tak pernah dapat anugerah dekan uols)...

Baru-baru ini dapat satu perkongsian dari rakan-rakan. Apabila dilihat dan difikirkan semula, terfikir ini agaknya tak dapat anugerah dekan dulu. 

Waktu belajar yang salah! Rajin sangat stay up tapi tak rajin atau jarang sangatlah bangun awal pagi untuk belajar.

Jika dilihat dari rajah ini, waktu belajar atau menelaah terbaik ialah dari pukul 4.00 pagi hingga 6.00 pagi bukan dari pukul 10.00 malam hingga 2.00 ke 3.00 pagi. 

Konon-konon dulu belajar lewat malam tiada gangguan tapi kalau pukul 4.00 pagi pun pasti tiada gangguan. Ke risau gangguan lain? Errmmmm...

students tips

Kalau rasa mengantuk bangun awal pagi, ambil tips di dalam video ini dulu.







Lagi 6 Tips untuk berjaya dalam peperiksaan:

1) Tidur secukupnya jangan terlebih. Jika ingin bangun pukul 4.00 pagi, tidur dalam pukul 10.00 malam.

2) Buat senaman untuk kecergasan fizikal dan stamina.

3) Pastikan minum air secukupnya tambahan pula musim panas ini. Performance Drink lebih baik dari minuman isotonik biasa kerana kurang gula dan tidak berkarbonat.

4) Solat...Bangun awal pagi sangat baik jika diamalkan Solat Sunat Tahajud, Taubat dan Hajat. 

5) Makan makanan seimbang untuk nutrisi badan.

6) Amalkan pemakanan untuk otak seperti Omega 3, kalsium, protein, lecithin dan B Complex.

Anda ingin tahu kaitan antara pemakanan di atas dengan kecerdasan otak?

1) Omega 3 merupakan sejenis asid lemak yang membantu perkembangan memori dan DHA adalah nutrien utama untuk otak. Omega Guard Shaklee mengandungi 360mg DHA, 545mg EPA dan 1000mg Omega 3.

2) Kalsium berfungsi untuk melancarkan fungsi otak dan sistem saraf. Kekurangan  kalsium menyebabkan gangguan fungsi otak dan sistem saraf. Ostematrix pula mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kadar penyerapan kalsium secara optimum. 

3) Protein adalah antara bahan utama untuk pembentukan organ dan tisu dalam badan manusia. Protein yang baik seperti Energizing Soy Protein memberikan tenaga dan meningkatkan keupayaan memori.

4) Lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, Menperbaiki daya ingatan dan meringankan stress. 

5) Vitamin B Complex sangat baik untuk mata dan mengurangkan masalah keletihan pada mata, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan meningkatkan fokus.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Kalau zaman universiti dulu, istilah stay up atau belajar hingga larut malam sangat popular.  Siapa tak pernah stay up zaman-zaman dulu? Lag...

8 comments:

  1. Anonymous10:43 pm

    Teringatkan pesanan guru-guru ketika sekolah dahulu iaitu study smart bukan study hard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jujur saya katakan tak faham dulu sebenarnya ..huhu

      Delete
  2. dulu saya suka bangun awal kerana otak masih segar untuk menyerap bahan pembelajaran

    p/s :Happy blogwalking from admin blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah HB ni. Saya Baru tau ni sebab dulu bila bangun awal rasa mengantuk je

      Delete
  3. cara saya la tu malam exam je berjaga malam..ada sampai tak tidur sampai ke subuh..selepas subuh tidur kejap je lepas tu terus gi masuk dewan exam

    ReplyDelete
  4. teringat zaman belajar dulu...bila exam dah dekat..baru berkampung kt library...

    ReplyDelete