Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan Seawal 20 Hari

10:00 am Emalin Mohd 0 Comments

Jika dilihat di sekeliling kita, ramai yang mengalami masalah jerawat. Dan apabila ada masalah jerawat, akan ada pula masalah parut jerawat. Boleh dikatakan 6 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah parut jerawat.

Kadangkala rawatan untuk jerawat menyelesaikan masalah jerawat. Tiada lagi jerawat yang muncul namun parut jerawat tetap ada.

Gambar di atas semasa jerawat menyerang muka kulit wanita ini dan setelah mengamalkan produk Shaklee, jerawat tersebut semakin berkurangan seperti gambar di bawah. 


Parut jerawat terjadi apabila kulit yang mengalami masalah jerawat tadi mempunyai ruang / lubang akibat radang atau jangkitan bakteria dan badan akan bertindak balas untuk menutupi ruang tersebut.

Lapisan kulit yang mulus dan tegang adalah dihasilkan oleh kolagen Type 1 yang memakan masa bertahun untuk dihasilkan. Namun apabila ada ruang / lubang terjadi akibat jerawat tadi, badan akan bertindak balas menghasilkan kolagen Type 2. Kolagen Type 2 ini dihasilkan dengan lebih cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Namun hasilnya ia tidak setegang kolagen Type 1. Akhirnya akan kelihatan parut di tempat tersebut atau lebih dikenali dengan nama jolokan seperti kawah bulan.

Pengambilan Vitamin E boleh meransang pemulihan sel secara normal manakala vitamin C pula bertindak sebagai antioksidan untuk menentang radikal bebas pada kulit. Pengambilan protein yang bermutu tinggi seperti ESP pula menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat untuk kulit yang lebih cantik dan mulus.

Selain daripada merawat jerawat yang telah muncul, ada baiknya mengetahui punca jerawat agar punca masalah dapat diselesaikan.

Antara punca jerawat ialah:

Bagi remaja yang mengalami masalah jerawat, ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi punca. Ini disebabkan semasa usia remaja, terdapat hormon yang melonjak naik menyebabkan kulit menjadi terlebih berminyak. Terlebih minyak yang dihasilkan pada kulit menyebabkan sel kulit mati berkumpul dan terperangkap pada kulit dan akhirnya menjadi punca kepada jerawat.

2. Faktor genetik
Sekiranya ibu bapa atau ada adik-beradik yang mengalami masalah jerawat tidak mustahil adik yang lebih muda juga akan mengalami masalah yang sama. Bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah jerawat ini.

Jerawat juga boleh terjadi sekiranya pemakanan seharian banyak mengandungi gula. Pernah dengar bukan jika makan coklat boleh menjadi penyebab jerawat? Bukan sebab coklat tersebut namun disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam coklat tersebut.

4. Tekanan
Sekiranya tekanan tidak diuruskan dengan baik, jerawat akan muncul di wajah. Elakkan stress atau uruskan stress dengan lebih baik. Disebabkan itu ramai remaja di tahun peperiksaan penting seperti pada umur 15 tahun untuk mengambil PT3 dan dan pada umur 17 tahun yang akan mengambil SPM mempunyai masalah jerawat.

Tidak ketinggalan juga ibu bekerjaya yang terlalu stress menguruskan rumahtangga di samping kerjaya masing-masing.

5. Ubat-ubatan
Sesetengah ubat juga boleh menjadi punca kepada jerawat.

6. Cuaca
Jerawat juga boleh terjadi akibat cuaca yang terlalu panas dan berhabuk.

Penggunaan produk penjagaan kulit yang salah atau mengandungi bahan yang berbahaya juga boleh menjadi penyebab kepada jerawat.

Sekiranya seseorang mempunyai masalah blackhead dan whitehead, berkemungkinan tinggi juga akan mengalami masalah jerawat. Pori tersumbat akibat pengumpulan sebum pada kulit inilah menjadikan blackhead dan whitehead. 

Whitehead terjadi apabila terdapat kulit di atas pori yang menjadikannya berwarna putih.


Sumber gambar: Google

Blackhead pula ketiadaan kulit yang melindungi pori maka sebum yang tersumbat dalam pori tadi akan terdedah dengan persekitaran. Apabila terkena denga udara, sebum akan teroksida dab bertukar menjadi coklat pekat dan akhirnya berwarna hitam.


Sumber: Google

Yang sebenarnya menjadi punca jerawat ini adalah kehadiran sejenis bakteria yang terdapat pada kulit dikenali sebagai Propionibacterium Acnes. Bakteria ini sememangnya terdapat pada kulit namun berada dalam keadaan dorman. Namun apabila pori kulit tersumbat, bakteria ini akan 'terjaga' dan akhirnya menjadi aktif dan punca kepada jerawat.

Rawat punca jerawat untuk kulit bebas jerawat! Dan bagi wanita ini, beliau berjaya memudarkan parut jerawat dalam masa 20 hari sahaja.




Sekiranya anda ingin mendapat vitamin E, vitamin C atau ESP pada harga istimewa, hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978.


Jika dilihat di sekeliling kita, ramai yang mengalami masalah jerawat. Dan apabila ada masalah jerawat, akan ada pula masalah parut jerawat...

0 comments: