6 Tips Untuk Menukar Kedudukan Bayi Songsang

3:00 pm Emalin Mohd 5 Comments

Songsang bermaksud punggung bayi berada di bahagian pelvis manakala kepalanya berada di bahagian atas. Kedudukan bayi songsang semasa awal kehamilan adalah normal dan biasanya akan berubah ketika kehamilan berumur 28 minggu hingga 32 minggu. 



Kelahiran bayi songsang mempunyai risiko dan ibu juga boleh berusaha untuk menukar kedudukan bayi dengan 6 tips ini:

1) Sujud lebih lama ketika solat


Ibu boleh melakukan kaedah seperti sujud ini selama 20 minit sehari dan lebih baik lagi jika ibu menambah solat sunat selain solat wajib dan bermohon pada Yang Esa semasa sujud agar bayi dalam kandungan berpusing dan tidak lagi songsang. 

Kedudukan semasa sujud membantu agar kepala bayi turun ke tempat yang sepatutnya.

2) Merangkak
Berada dalam posisi merangkak agar tarikan graviti membantu untuk kepala bayi berpusing ke bawah. Ibu boleh cuba posisi merangkak sambil membaca majalah dan berada dalam keadaan santai.

3) Suam vs Sejuk
Letakkan tuala suam di bahagian bawah rahim dan tuala atau pek ais di atas perut (pastikan perut dialas dengan tuala jika meletak pek ais). Dikatakan bayi cenderung untuk bergerak ke arah haba. Rasa sejuk di atas perut pula menyebabkan bayi berada tidak selesa dan mungkin bayi akan bertukar posisi.

4) Bercakap dengan bayi
Ibu boleh meletakkan headphone pada bawah rahim serta bercakap dengan bayi. Bayi dikatakan sudah boleh berinteraksi dengan bunyi dan mungkin akan memusingkan kedudukan untuk berada lebih dekat dengan bunyi tersebut.

5) Memujuk bayi
Ini antara nasihat yang selalu diberikan kepada ibu yang sedag hamil bayi berada dalam keadaan songsang. Pujuk bayi dengan sentiasa berkomunikasi dengan bayi agar menukar kedudukan supaya tidak lagi songsang.

6) Berdoa 
Kuasa Doa tiada batasnya dan doa seorang Ibu amat mujarab. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan dan supaya bayi tidak berada dalam keadaan posisi songsang.

Selain tips di atas yang boleh dilakukan sendiri di rumah, terdapat hospital dengan kepakaran doktor yang mencadangkan melakukan ECV iaitu External Cephalic Version. 

Doktor akan menekan abdomen dan cuba memusingkan posisi bayi dengan bantuan alat kelengkapan lengkap di hospital. Namun ia masih juga berisiko untuk dilakukan. 

Antara sebab-sebab bayi berada dalam keadaan songsang ialah air ketuban sikit, saiz bayi besar berbanding tulang pinggul, pernah melahirkan bayi pra matang dahulu dan juga rahim sudah bersifat anjal akibat melahirkan ramai anak.

Sebenarnya ada beberapa jenis songsang ini. Antaranya ialah:

Jenis kedudukan bayi songsang (Imej: Google)

Walaupun bayi berada dalam keadaan songsang, dengan kemajuan di negara ini InsyaAllah bayi dapat dilahirkan dengan selamat cuma mungkin ibu perlu bersedia untuk menghadapi pembedahan. Pastikan ibu mendapat nutrisi dengan secukupnya agar cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menghadapi tempoh berpantang samaada melalui kelahiran normal atau pembedahan.

Songsang bermaksud punggung bayi berada di bahagian pelvis manakala kepalanya berada di bahagian atas. Kedudukan bayi songsang semasa awal ...

5 comments:

Cara Mengira Pergerakan Bayi Dengan Betul

1:00 am Emalin Mohd 1 Comments

Dulu masa mula-mula hamil anak pertama, bila nurse di Klinik Kesihatan suruh kira pergerakan bayi dalam perut tu main kira saja. 



Maksudnya, apabila teringat waktu itu kira dan dalam masa kadangkala kurang 5 minit sudah tamat kiraan. Kemudian, masa isi buku pink tu ubah suai sikit masa pengiraan untuk kelihatan realistik.

Entah siapa yang ingin ditipukan? Sebenarnya waktu tersebut tak pandai nak kira pergerakan bayi pun. Asalkan ada pergerakan terus kira. 

Lazimnya nurse atau doktor akan menasihatkan ibu hamil untuk mula mengiran pergerakan bayi bermula minggu ke 28 kehamilan untuk tempoh 12 jam. 

Selalunya carta untuk mengira pergerakan bayi bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 9.00 malam. Walau bagaimanapun terpulang pada ibu hamil tersebut untuk memulakan pengiraan kerana apabila ibu terlalu sibuk bekerja tidak perasan akan pergerakan bayi.

Untuk itu, bagi memudahkan ibu mengira pergerakan bayi dalam kandungan ibu boleh:

1) Baring secara mengiring dan berada dalam keadaan tenang
2) Sekiranya di pejabat pula boleh duduk menyandar pada kerusi dan pastikan juga berada dalam keadan tenang

Cara kiraan yang betul ialah satu pergerakan sebenarnya ialah satu pusingan pergerakan bayi samaada bergerak ke atas, ke bawah atau ke kiri dan ke kanan. Sekiranya pergerakan tersebut berhenti beberapa saat dan bermula semula ia masih dikira sebagai satu pergerakan.

Pergerakan kedua boleh dikira setelah pergerakan pertama berhenti beberapa minit. Pastikan bayi bergerak sehingga 10 kali atau lebih daripada itu dalam tempoh 12 jam.

Sekiranya bayi kurang bergerak dalam tempoh tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor. Doktor boleh memeriksa degupan jantung bayi.

Disebabkan itulah ibu dinasihatkan agar mengira pergerakan bayi dengan betul pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari agar ibu dapat melihat sendiri pola pergerakan bayi.

Selalunya bayi akan lebih aktif selepas ibu makan dan pergerakan kurang dirasai sekiranya ibu terlalu sibuk, penat atau tertidur.

Walaupun carta pergerakan bayi ini adalah panduan, ia adalah sangat penting dalam memantau keselamatan bayi dalam kandungan. Segera bertindak dengan berjumpa doktor sekiranya ibu mendapati bahawa pergerakan bayi kurang dari 10 kali sehari.

Ibu yang obese atau mengalami berat badan yang lebih serta kulit perut yang banyak lemak juga sukar untuk merasai pergerakan bayi. Disebabkan itu ibu yang hamil dinasihatkan menjaga kesihatan bagi memudahkan pengiraan pergerakan bayi serta mengurangkan risiko daripada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.



Dulu masa mula-mula hamil anak pertama, bila nurse di Klinik Kesihatan suruh kira pergerakan bayi dalam perut tu main kira saja.  ...

1 comments:

Tips Mudah Menyusukan Anak Dan Berpuasa di Bulan Ramadhan

3:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Berjaya berpuasa sepenuhnya sama ada hamil, menyusukan anak atau kedua-duanya selama 7 tahun? Bagaimana beliau melakukannya? Apa rahsianya?



Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

3 tips yang dikongsikan Pn Salwa Salleh amat mudah dan boleh diamalkan oleh semua ibu hamil atau menyusukan anak atau yang sedang hamil dan masih menyusukan anak. 

Tidak dinafikan pastinya tips keempat Pn Salwa Salleh yang seterusnya iaitu mengamalkan vitamin dan supplement Shaklee membantu dalam menjayakan penyusuan bayi beliau.




Beliau juga sebenarnya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 20kg juga dengan menyusukan bayi sepenuhnya dan mengamalkan supplement Shaklee.

Bagi bulan Ramadhan, selain set asas penyusuan iaitu Vita-lea, vitamin B Complex dan alfalfa, beliau juga memastikan pengambilan ESP dan Performance Drink.

5 vitamin dan supplement ini mempunyai fungsi tersendiri agar membantu badan sihat dan cergas untuk memastikan penyusuan susu ibu tidak terganggu.


Bagaimana sebenarnya vitamin ini boleh membantu ibu menyusu di bulan Ramadhan?

❤️ Vitalea@ Multivitamin 
Ia mengandungi nutrisi lengkap pelbagai vitamin dengan formula zat besi yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Ia juga dapat memberikan tenaga. Almaklum di bulan Ramadhan kadangkala badan terlalu penat dan makan pula mungkin nutrisi tidak mencukupi terutama di waktu sahur. 


VITALEA
RM88.75


❤️ Vitamin B complex 
Vitamin B Complex dilengkapi dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Vitamin B Complex juga berfungsi untuk menukar makanan menjadi tenaga.

RM53.75


❤️ Alfalfa 
Alfalfa adalah penggalak susu yang kuat yang membantu perkembangan kelenjar tisu payudara dan meningkatkan fungsi kelenjar pituitari iaitu kelenjar utama dalam penghasilan hormon berkaitan  penyusuan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga boleh menambah kandungan lemak dalam susuibu agar bayi cepat kenyang. Alfalfa juga berfungsi sebagai pelawas dan efektif dalam membuang angin badan.

RM53.75 (KECIL) & RM97.50 (BESAR)


❤️ ESP @ Energizing Soy Protien
Mempunyai indeks glisemik rendah bermaksud ibu akan kekal kenyang untuk tempoh yang lama. Ia juga membekalkan protein kepada ibu.


PROTEIN
RM150.00



❤️ Performance Drink
Ibu juga digalakkan mengambil Performance Drink ketika berpuasa untuk mengekalkan badan terhidrat sekaligus mengurangkan risiko kena sakit kepala. Performance Drink adalah minuman tenaga berperisa oren yang tidak mengandungi karbonat atau gas dengan kandungan gula yang rendah. 


RM82.50


Untuk menempah vitamin / supplement Shaklee, hubungi:
Pn Emalin Mohd +60192500978 (SMS / WHATSAPP)

Berjaya berpuasa sepenuhnya sama ada hamil, menyusukan anak atau kedua-duanya selama 7 tahun? Bagaimana beliau melakukannya? Apa rahsianya?...

0 comments:

Perlu Risau Ke Anak Tak Pandai Membaca Umur 4 Tahun?

8:08 pm Emalin Mohd 8 Comments

Ibubapa menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran yang mahal namun setelah 6 bulan berlalu, anak yang berumur 4 tahun di tadika tersebut masih belum pandai membaca. Perlu ke ibubapa risau?



Berapa umur anak patut pandai membaca sebenarnya?

Menghantar anak ke tadika swasta mahal mana sekalipun sebenarnya bukan jaminan sebenar untuk anak pandai membaca seawal umur 4 tahun. Namun, tidak dinafikan promosi yang dilakukan tadika swasta berkenaan semasa mendaftar menyebabkan ibubapa mengharapkan anak sudah pandai membaca seawal umur 4 tahun.

Jadi ibubapa tak perlu risau ke anak tak boleh membaca ketika umur 4 tahun? 

Eh, boleh risau dan bagus ibubapa risau. Itu bermaksud ibubapa mengambil tahu perkembangan anak. Namun, bukan setakat risau sahaja. Ada peranan besar lain yang ibubapa boleh mainkan peranan untuk membantu anak pandai membaca.

Ini yang patut ibubapa lakukan dalam merangsang anak untuk membaca. 


TIPS UNTUK MEMBANTU ANAK PANDAI MEMBACA

1) Kenali sifat dan sikap anak sendiri
Walaupun jumlah pelajar di tadika hanya 10 -15 untuk sekelas, namun mengharapkan guru tadika semata-mata tidak memadai. Setiap anak malah kita sendiri mempunyai cara belajar yang berbeza. Ada yang boleh fokus duduk membaca (visual), ada yang suka mendengar (audio) dan ada juga yang suka ada pergerakan (kinesthetic). Dan kebanyakan cara pembelajaran adalah banyak menggunakan audio visual. Bayangkan jika anak kita adalah jenis kinesthetic? Bukankah sukar untuk anak tersebut duduk mendengar dan fokus apa yang diajar oleh guru?

Jadi apabila ibubapa sendiri tahu gaya pembelajaran anak, lebih mudah untuk membuat berbincang dengan guru dan ibubapa membuat inisiatif sendiri mengajar anak di rumah.

Cuba ajar anak di rumah.. Lihat fokusnya. Ada kah boleh duduk diam selama 10 minit untuk sama-sama belajar dengan ibubapa? Atau tak sapai satu minit membaca dah mula untuk bangun atau kepala melilau ke sana ke mari?

2) Belajar di rumah
Ini sebenarnya faktor yang amat penting. 10-15 minit sehari Insyaallah mencukupi. Tambahan pula fokus anak tak berapa lama. Jadi, tak perlu peruntuk masa sampai 1 jam untuk mengajar anak. Nanti anak gelisah. 

Kalau pun cuba untuk peruntukkan 1 jam pada satu-satu masa, kena pelbagaikan aktiviti. Jangan buat aktiviti menulis huruf A - Z dalam masa 30 minit. Pelbagaikan aktiviti. Ringkas pun tak apa seperti mewarna, menyanyi dan menulis. 

Untuk ibu yang tiada masa, ambil masa sebelum tidur untuk bercerita (story telling) dengan anak. Pilih buku berwarna-warni dengan huruf yang besar. Sambil bercerita boleh ajar anak mengenal huruf. Jika ada gadget, boleh pilih apps yang sesuai untuk sesi pembelajaran ringkas.

3) Waktu belajar di mana-mana


Tidak semestinya duduk bersama untuk mengajar anak. Semasa menghantar dan mengambil anak pun boleh jadikan sesi belajar bersama-sama. Boleh meghafal surah lazim, boleh menyanyi lagu ringkas yang mendatangkan faedah seperti lagu A-Z, lagu vokal AEIOU dan boleh mengenal warna sepanjang perjalanan. 

Atau jadikan sesi bercerita. 

Dan ada baiknya sepanjang perjalanan radio ditutup agar menjadi sesi interaktif dan ibu tak syok sendiri mendengar radio.

4) Bahan bacaan di mana-mana
Sekarang ada banyak bahan bacaan anak yang murah yang boleh digunakan untuk mengajar anak. Tidak semestinya menghadkan satu bilik untuk dijadikan bilik belajar. 

Letakkan bahan bacaan di sudut-sudut rumah tertentu agar pada bila-bila masa anak boleh melihatnya dan ibubapa boleh mencari masa mengajar anak. 

5) Ambil tahu dan selesaikan masalah anak di tadika
Kenal pasti guru dan kawan anak di tadika. Ada kalanya anak susah untuk belajar di rumah kerana tidak serasi dengan sesetengah guru atau kawan tertentu.

Sama seperti kita orang dewasa. Prestasi kerja pun boleh menurun jika bos tak 'best' atau ada rakan-rakan yang tak berapa ngam.

Ambil tahu dan cuba selesaikan dengan cara berbincang dengan guru sekiranya anak mengadu berulang kali tak nak ke sekolah. 

Selalunya anak takkan terus memberitahu ibubapa punca tak nak ke sekolah. Jadi, ibubapa kenalah pandai mengorek cerita.

6) Jadikan masa pembelajaran masa yang menggembirakan
Sesi belajar bersama anak sebaiknya ketika ibu tidak stress dan tenang. Ini kalau mengajar dengan suara bak halilintar dan tangan ibubapa cepat sahaja memukul anak atas ketidakupayaan anak memahami apa yang diajar, agak-agak lagi anak nak belajar atau sebaliknya?

Belajar bukan bermaksud hanya duduk bersama-sama mengadap antara satu sama lain secara one-to-one. Mungkin keadaan ini agak membosankan bagi anak tersebut. Menyanyi dan bermain dengan warna serta melukis atau menconteng boleh menceriakan suasana. Atau boleh membuat origami bersama-sama. Lakukan pelbagai aktiviti agar tidak membosankan.



Perlu atau tidak untuk ibubapa risau jika anak tidak pandai membaca semasa umur 4 tahun lebih kepada harapan (expectation) ibubapa sendiri. 

Apa objektif ibubapa yang sebenar semasa menghantar ke tadika?

Adakah perkembangan anak selama ini mengikut garis panduan yang diberikan?

Hanya ibubapa sendiri yang mengetahui jawapannya. Pada masa yang sama, berikan DHA  dan nutrisi lain yang mencukupi untuk perkembangan sihat anak.


Ibubapa menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran yang mahal namun setelah 6 bulan berlalu, anak yang berumur 4 tahun di tadika tersebu...

8 comments:

Kenapa Anak Perlu Makan DHA?

4:52 am Emalin Mohd 0 Comments

Anak cerdas, bijak dan pintar sememangnya menjadi idaman ibu bapa. Walaupun banyak cara pengukuran tahap kecerdasan anak, namun antara aspek yang sering dilihat ialah keupayaan anak menguasai tahap pembelajaran di sekolah atau tadika. 



Sekarang, darjah 1 bukan zaman macam 1980an dulu. Dulu, masa darjah 1 baru nak mengenali nombor 1-10, baru belajar melukis zig zag dan baru belajar mengenali huruf A-Z.

Tetapi zaman sekarang dengan zaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) katanya..Kadangkala ibu pun pening kepala untuk membantu anak-anak menjawab soalan. Soalan yang dikemukakan untuk darjah 1 rasanya setaraf dengan soalan Darjah 6 tahun 1980an. Soalan yang memerlukan berfikir secara kritis dan kreatif. Soalan yang banyak bertanyakan Kenapa dan Mengapa. Bukan soalan berbentuk Apa dan Bagaimana.

Sebagai ibubapa pastinya  akan melakukan yang terbaik untuk anak agar anak seiring dengan perkembangan pembelajaran zaman kini. 

Jadi, ibubapa perlu memastikan keperluan DHA mencukupi untuk anak. DHA? Apa itu DHA? Jika di dalam iklan susu formula di kaca tv selalu menayangkan kepentingan DHA untuk sel-sel otak berhubung.

DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak Omega-3 yang penting perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Mesti pernah dengar ayat ini bukan? Sel-sel otak berhubung..Di sinilah peranan DHA dalam perkembangan otak anak-anak terutamanya.

DHA memastikan sel-sel di dalam otak, retina (untuk mata), jantung dan saraf membangun dan berfungsi dengan baik dari kecil sehingga dewasa. 



Antara makanan yang kaya dengan Omega 3 selain ikan salmon ialah ikan tuna, sardin dan yang selalu orang Melayu makan iaitu ikan bilis. Bagi yang tidak boleh menikmati makanan laut, Omega 3 juga ada di dalam telur, ayam, kekacang dan brokoli. Namun, Omega 3 di dalam ikan mengandungi kandungan DHA yang tinggi.

Panduan untuk jumlah keperluan DHA anak mengikut umur adalah seperti berikut:


Umur 1 - 2 tahun
100 - 120 mg DHA setiap hari

Umur 2 - 4 tahun
100 - 150 mg DHA setiap hari

Umur 4 - 6 tahun
150 - 200 mg DHA setiap hari

Hubungi Pn Emalin Mohd di 0192500978 (SMS/Whatsapp) jikaberminat dengan produk Shaklee.


Anak cerdas, bijak dan pintar sememangnya menjadi idaman ibu bapa. Walaupun banyak cara pengukuran tahap kecerdasan anak, namun antara aspe...

0 comments:

Makanan Sahur Mudah Disediakan Untuk Ibu Hamil

5:03 pm Emalin Mohd 4 Comments

Sebelum ini ada bersembang dengan seorang rakan yang sedan hamil 7 bulan. Sedang bersembang keluar pertanyaan rakan tersebut untuk mendapatkan tips agar tidak rasa lembik, lesu dan penat sangat sewaktu berpuasa.




Yalah, sedang hamil 7 bulan kemudian ada pula anak-anak kecil lain yang menuntut perhatian. Memang mudah sangat rasa lemah, lesu dan penat sewaktu hamil.

Rehat pula pasti sebenarnya kurang untuk ibu hamil yang berkerjaya dengan anak-anak kecil. Jadi, nak bangun masak sahur mungkin tidak larat dan jika ya pun mungkin tidak selera.

Sembang punya sembang, rupanya rakan saya hanya sahur dengan sebuku roti dan minum air sahaja. Mana tak rasa letihnya. Betul tak? Kalau tak hamil mungkin gagah lagi sahur hanya minum air kosong tapi apabila berbadan dua ditambah dengan kerja harian lagi, memang rasa penat.

Dalam web ini dikongsikan 27 jenis resepi yang nampak menyelerakan dan mudah untuk disediakan semasa sahur. Boleh pilih yang mana suka dan sesuaikan dengan selera tekak Melayu.

Antara makanan yang perlu dipertimbangkan semasa sahur ialah makanan yang mengandungi protein dan serat agar dapat memberikan tenaga yang berpanjangan dan mudah untuk disediakan.

Sebagai contoh sekiranya ingin sahur dengan roti sebagai sumber tenaga, tukar roti putih kepada roti wholemeal dan tambah kepingan telur dan sayur seperti salad dan tomato.





Bagi yang ingin mencuba oat, makan oat dicampur dengan susu begitu sahaja mungkin tidak serasi dengan tekak Melayu. Cubalah overnight oat. 

Apa maksud overnight oat ini? Oat tersebut direndam didalam susu atau air masak sebelum masuk tidur. Setelah bangun sahur, hanya campur oat tersebut dengan air susu atau ESP. Tambah yougurt dan kismis atau kekacang lain agar rasanya lebih menyelerakan. Cubalah! Berbaloi. 

Bagi yang sudah rasa serasi, boleh disediakan peket-peket kecil hujung minggu yang mengandungi oat, kismis dan buah-buahan kering lain seperti kurma yang dipotong halus-halus, buah kiwi, plum dan aprikot. Ada pelbagai jenis buah-buahan kering yang berkhasiat. Masukkan dalam plastik atau bekas kecil agar mudah untuk dijadikan overnight oat. Jangan lupa, sebelum tidur malam tersebut rendam oat tersebut dengan susu atau air masak.




Untuk lebih mudah lagi, boleh campurkan oat tersebut dengan makanan bayi. Ada rasa masam-masam manis. Lagi mudah kan? Makanan bayi yang mana? Ala..yang begini..



Ada banyak perisa bukan? Boleh pilih ikut selera masing-masing.

Apa lagi makanan yang mudah sangat dibuat untuk sahur?


Ikan salmon panggang sebenarnya sangat mudah untuk dimasak. Hanya perlu perap dengan lada hitam dan sedikit garam kemudian dipanggang atau grill dalam pemanggang ajaib. Tadaa..siap..



Ikan salmon masak sup atau rebus pun sedap juga. Tambah sayur-sayuran di dalamnya untuk lebih berkhasiat.



Nak lagi mudah sebab tidak lalu untuk makan? Minum Energizing Soy Protein atau ESP. Ada pelbagai resepi ESP untuk menambahkan kesedapan. 

Antaranya ESP dicampur dengan susu rendah lemak..


 Smoothies ESP dan strawberi

ESP dicampur dengan air susu Dutch Lady Strawberry ditambah dengan potongan buah strawberi dan sedikit aiskrim.



Yang pentingnya perlu sahur. Bukan hanya untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung malah pada sahur juga ada keberkatan bagi kita umat Islam.

Apa kata kita dengar pengalaman ibu hamil ini yang berjaya mengatasi masalah beliau dalam mengatasi rasa penat dan letih semasa hamil.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Bagi yang ingin berminat dengan produk Shaklee seperti ESP, boleh hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Sebelum ini ada bersembang dengan seorang rakan yang sedan hamil 7 bulan. Sedang bersembang keluar pertanyaan rakan tersebut untuk mendapat...

4 comments:

Vitamin Asas Semasa Berpantang: Ibu Sihat, Elak Meroyan

4:45 pm Emalin Mohd 0 Comments

Hamil anak pertama selalu ibu pening kepala untuk membuat persediaan semasa berpantang. Tambahan lagi jika anak tersebut cucu sulung dalam keluarga atau jarak bersalin yang jauh antara adik-beradik yang lain.



Mana nak difkirkan bajet tentang peralatan bayi lagi. Namun, jangan sesekali dipinggirkan keperluan ibu semasa berpantang. Tradisional atau moden, yang penting ibu perlu berpantang!

Bagi ibu yang mempunyai bajet terhad dan memerlukan hanya vitamin dan supplement asas sahaja semasa berpantang, Set Asas Berpantang Shaklee ini amat sesuai.

Ia memberikan cukup bekalan semasa tempoh berpantang 44 hari malah ada yang boleh diamalkan sehingga 6 bulan ekoran mencukupi.

1) Vitamin B Complex ini mengandungi semua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan termasuk Asid Folik. Fungsi vitamin B Complex semasa ibu berpantang ialah:

Harga Retail: RM53.75


- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang. 
- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. 
- Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty atau Happy vitamin.

2) Vitalea / Multivitamin yang mengandungi Zat Besi 

multivitamin
Harga Retail: RM88.75


- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang. 
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran 
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya. 

3) Vitamin C 

Harga Retail: RM92.50

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. 
- Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren. 
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit. 

4) Zink 

Harga Retail: 33.75

- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
- Alternatif lain yang sangat baik selain ikan haruan segar (bukan pati ikan haruan).
- Juga dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 
- Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

Untuk para suami atau rakan-rakan yang buat mjalis 'baby shower', apa kata hadiahkan set berpantang ini untuk isteri kesayangan / rakan kesayangan anda. 

Jika ada harga retail, pasti ada harga istimewa untuk anda...

Hubungi Pn Emalin Mohd di 0192500978 (SMS/ WHATSAPP)


Hamil anak pertama selalu ibu pening kepala untuk membuat persediaan semasa berpantang. Tambahan lagi jika anak tersebut cucu sulung dalam...

0 comments:

Berpuasa Semasa Mengandung Tanpa Letih, Lesu dan Lunyai

3:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Beberapa hari sahaja lagi akan memasuki bulan Ramadhan. Bagi ibu yang sedang mengandung mungkin ada yang tertanya-tanya bolehkah bulan Ramadhan dilalui sepenuhnya tanpa meninggalkan puasa?



Bukan sahaja boleh berpuasa tetapi ingin berpuasa dalam keadaan cergas dan tanpa sakit kepala dan tanpa lembik lunyai.

Sebeum ini Pn Haridah binti Sahri yang berumur 34 tahun dan hamil anak ke 4 tidak dapat berpuasa langsung pada bulan Rejab dan Syaaban namun cubaan hari pertama berpuasa dalam Ramadhan, dapat dilalui dapat sepenuhnya. Berbeza sebelum ini. Kalau berpuasa sahaja, mesti letih, lesu dan rasa lunyai. Memang nak tidur sahaja sepanjang hari.

Apa rahsianya?

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Apa yang beliau katakan ialah, beliau mengamalkan:

1) ESP atau Energizing Soy Protein atau soya bermutu tinggi yang boleh dibancuh mengikut selera masing-masing. Soya adalah antara sumber protein terbaik dan memberikan rasa kenyang lama. Apabila ibu kenyang lebih lama, ibu akan rasa lebih bertenaga untuk berpuasa dan berasa cergas sepanjang hari.

2) Ostematrix pula ialah sumber kalsium. Selain memastikan kalsium mencukupi untuk ibu menyusukan anak iaitu sebanyak 1000mg sehari, ia juga membantu memberikan tidur lebih lena dan mengurangkan rasa lenguh terutama di belakang badan.

3) Vitalea pula ialah multivitamin dan multimineral lengkap. Sesuai untuk ibu yang sangat sibuk sehinggakan makan pun mengambil masa kurang 5 minit akibat ragam anak-anak. Tambahan pula, jika ibu yang menjaga anak seorang diri kerana berjauhan dengan suami. 

4) Vitamin C ini selain berfungsi untuk kecantikan kulit dan mengelakkan kulit kusam, ia juga membantu mengatasi masalah gusi berdarah.

5) Vitamin B Complex yang dikenali sebagai happy vitamin berfungsi untuk membantu sistem badan menukar sumber makanan yang diambil kepada nutrisi yang diperlukan oleh badan. 

6) Omega Guard atau minyak ikan ini mengandungi DHA dan EPA yang diperlukan oleh badan. Selain kebaikan minyak ikan untuk kecerdasan minda, ia juga membantu mengurangkan depresi. Tekanan yang dialami oleh ibu sebenarnya kuat juga terutama jika tiada sokongan daripada orang sekeliling. Lagi-lagi jika ibu membesarkan anak seorang diri berjauhan dengan suami.

Dan bonus lagi, anak beliau yang menyusukan susu badan kelihatan lebih kuat dan mempunyai kulit lebih gebu berbanding adik-beradik yang lain. Memang penangan #shakleeffect sungguh bukan?

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan sehingga kehabisan stok pula. Tempah sekarang!

Hubungi Pn Emalin (SMS / Whatsapp): 0192500978


Beberapa hari sahaja lagi akan memasuki bulan Ramadhan. Bagi ibu yang sedang mengandung mungkin ada yang tertanya-tanya bolehkah bulan Rama...

0 comments:

4 Warna Najis Bayi Yang Patut Ibu Ketahui

10:59 pm Emalin Mohd 5 Comments

Jangan terkejut sekiranya bayi yang baru dilahirkan mengeluarkan najis berwarna hitam kehijauan. Ia dinamakan mekonium dan akan keluar dalam tempoh 24 jam. Jangan terkejut  juga sekiranya bayi membuang air besar 5 hingga 7 kali sehari. Ianya normal. 



Dan disebabkan bayi selalu membuang air besar ketika baru lahir, lampin pakai buang biasa sesuai digunakan tanpa memilih jenama yang terlalu mahal. Akan rasa rugi sebab kena tukar lampin pakai buang banyak kali. 

Namun, ibu juga perlu mengetahui warna jenis bayi agar boleh mengambil tindakan seterusnya jika ada yang tidak kena.


WARNA NAJIS KUNING

Warna ini yang seharusnya yang ada pada najis bayi sekiranya bayi menyusu secara eksklusif. Maksud penyusuan secara eksklusif ialah bayi hanya menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa ada campuran susu formula atau cecair lain seperti air masak. Bayi najis berwarna kuning juga petanda bayi menghisap susu dengan betul iaitu memperolehi susu ibu sepenuhnya (foremilk dan hindmilk).

Foremilk mengandungi lebih cecair dan secara logiknya untuk menghilangkan dahaga manakala hindmilk pula mempunyai lebih lemak.

WARNA NAJIS HIJAU

Sekiranya najis bayi berwarna hijau menunjukkan bayi hanya mendapat foremilk dan mungkin tidak mendapat hindmilk. Warna najjis ini masih normal namun bayi akan cepat rasa lapar semula dan ingin menyusu semula. Kadangkala ia menyebabkan ibu terfikir bahawa susu ibu tidak mencukupi dan ingin menambah susu formula. Sedangkan yang sebenarnya berlaku ialah cara penyusuan ibu tidak betul menyebabkan bayi hanya mendapat foremilk.

WARNA NAJIS MERAH DAN KELABU

Sekiranya warna najis bayi berwarna merah dan kelabu sebaiknya ibu berjumpa dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan kesihatan bayi.

Setelah bayi menjangkau umur 2 ke 3 bulan, bayi akan mempunyai pola membuang najis yang lebih teratur. Sekiranya bayi menyusu ibu secara eksklusif ia adalah normal sekiranya bayi tidak membuang najis setiap hari. Namun bagi bayi menyusu susu formula, bayi perlu membuang najis setiap hari untuk mengelak sembelit daripada berlaku.


Bagi yang mengalami masalah susu badan sikit, video ini mungkin membantu anda. Dalam 2 minggu susu badan bertambah dari 2 auns kepada 7 auns setiap kali sesi mengepam. Anda pasti inginkan bukan?


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Jangan terkejut sekiranya bayi yang baru dilahirkan mengeluarkan najis berwarna hitam kehijauan. Ia dinamakan mekonium dan akan keluar dala...

5 comments:

Badan Kurus, Perut Kempis Dengan Cepat Selepas Bersalin

11:19 pm Emalin Mohd 0 Comments

Baru lepas bersalin? Pasti ingin menyahkan lemak di badan dengan cepat. Ingin kuruskan badan sehingga 20kg? Ini caranya..


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Bagi Pn Salwa (wanita di dalam video di atas), antara sebab untuk beliau serius untuk mengurangkan berat badan apabila terdapat jauh perbezaan fizikal badan dahulu dengan sekarang. Sehinggakan beliau kelihatan lebih tua dari usia sebenar. 

Bayangkan gambar di ruang tamu yang kita letak dikatakan gambar adik? 




Ada kan di antara kita yang mengalami masalah yang sama? Selain berat badan naik, kulit wajah kelihatan kusam dan badan rasa lemah dan lesu. Ini juga menyebabkan kita kelihatan tua sebelum usia sebenar.

Pn Salwa dapat mengurangkan berat badan sehingga 20kg selepas bersalin dengan hanya 4 tips berikut yang sudi dikongsikan dengan semua orang.

4 TIPS UNTUK MENGURANGKAN 20KG SELEPAS BERSALIN

1) Menyusukan anak sepenuhnya. Menyusukan anak dapat membakar kalori dengan banyak. 

Nak tahu perbezaan kalori yang terbakar dengan menyusukan anak vs melakukan senaman?
Pasti teruja untuk menyusukan anak sepenuhnya jika tahu jumlah kalori yang terbakar. 

2) Amalkan pengambilan air putih secukupnya. 



Untuk tips mudah, setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Dan jumlah ini mungkin bertambah sekiranya melakukan aktiviti fizikal. Yang penting, jangan tunggu sehingga haus baru minum air. Dan....jangan jadikan alasan MALAS ke tandas untuk tidak mengambil air secukupnya.

3) Memastikan kalori tidak berlebihan. 



Tahukah anda ibu menyusu memerlukan tambahan 500 kalori sahaja daripada sebelumnya? Jadi tiada alasan untuk makan 2 orang seperti yang dikatakan ramai orang. 

Tetapi kalau sentiasa lapar? Ini masanya memilih makanan yang bersesuaian yang membolehkan kita rasa kenyang lama. Antaranya ialah mengambil protein seperti soya.

4) Nutrisi pemakanan yang seimbang. 


Pemakanan yang seimbang memberikan kesan yang penting kepada badan. Ia membantu mengelak daripada serangan penyakit dan menghilangan rasa lesu dan penat.

Selain daripada set menyusu dan set berpantang yang disebut oleh Pn Salwa, beliau juga mengamalkan vitamin dan supplement untuk menguruskan badan serta untuk kecantikan kulit. 

Antara yang Pn Salwa amalkan ialah:

ESP atau Energizing Soy Protein dihasilkan daripada soya bermutu tinggi. Ia memberikan rasa kenyang lebih lama yang diperlukan oleh ibu menyusu yang sering rasa lapar. Protein juga amat penting dalam pembentukan sel badan dan membantu mengembalikan kecantikan kulit dan mengelak kulit menjadi kusam.

Alfalfa pula diamalkan sebagai agen detoks. Mengamalkan alfalfa juga menjadikan badan lebih ringan kerana angin badan dapat dikeluarkan. Alfalfa juga sangat popular sebagai supplement untuk menambah susu badan. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin detoks tanpa mengurangkan susu ibu.

Omega guard dan lecithin juga sangat digemari oleh ibu menyusu. Sebabnya ia membakar lemak dan mengurangkan perut buncit. Perut buncit juga antara yang selalu dialami selepas bersalin kan? 

Vitamin B, vitamin C dan vitamin E pula mampu mengembalikan kulit wajah yang diingini serta menghilangkan wajah kusam.

Semua supplement dan vitamin ini tidak mengganggu penghasilan susu ibu malah mampu membantu menghasilkan lebih banyak susu untuk ibu.

Susu cukup, badan kurus dan kulit cantik!



Pasti anda semua inginkan bukan?

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / WHATSAPP) di 0192500978





Baru lepas bersalin? Pasti ingin menyahkan lemak di badan dengan cepat. Ingin kuruskan badan sehingga 20kg? Ini caranya.. Kurus Selepa...

0 comments: