Badan Kurus, Perut Kempis Dengan Cepat Selepas Bersalin

11:19 pm Emalin Mohd 0 Comments

Baru lepas bersalin? Pasti ingin menyahkan lemak di badan dengan cepat. Ingin kuruskan badan sehingga 20kg? Ini caranya..


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Bagi Pn Salwa (wanita di dalam video di atas), antara sebab untuk beliau serius untuk mengurangkan berat badan apabila terdapat jauh perbezaan fizikal badan dahulu dengan sekarang. Sehinggakan beliau kelihatan lebih tua dari usia sebenar. 

Bayangkan gambar di ruang tamu yang kita letak dikatakan gambar adik? 




Ada kan di antara kita yang mengalami masalah yang sama? Selain berat badan naik, kulit wajah kelihatan kusam dan badan rasa lemah dan lesu. Ini juga menyebabkan kita kelihatan tua sebelum usia sebenar.

Pn Salwa dapat mengurangkan berat badan sehingga 20kg selepas bersalin dengan hanya 4 tips berikut yang sudi dikongsikan dengan semua orang.

4 TIPS UNTUK MENGURANGKAN 20KG SELEPAS BERSALIN

1) Menyusukan anak sepenuhnya. Menyusukan anak dapat membakar kalori dengan banyak. 

Nak tahu perbezaan kalori yang terbakar dengan menyusukan anak vs melakukan senaman?
Pasti teruja untuk menyusukan anak sepenuhnya jika tahu jumlah kalori yang terbakar. 

2) Amalkan pengambilan air putih secukupnya. 



Untuk tips mudah, setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Dan jumlah ini mungkin bertambah sekiranya melakukan aktiviti fizikal. Yang penting, jangan tunggu sehingga haus baru minum air. Dan....jangan jadikan alasan MALAS ke tandas untuk tidak mengambil air secukupnya.

3) Memastikan kalori tidak berlebihan. 



Tahukah anda ibu menyusu memerlukan tambahan 500 kalori sahaja daripada sebelumnya? Jadi tiada alasan untuk makan 2 orang seperti yang dikatakan ramai orang. 

Tetapi kalau sentiasa lapar? Ini masanya memilih makanan yang bersesuaian yang membolehkan kita rasa kenyang lama. Antaranya ialah mengambil protein seperti soya.

4) Nutrisi pemakanan yang seimbang. 


Pemakanan yang seimbang memberikan kesan yang penting kepada badan. Ia membantu mengelak daripada serangan penyakit dan menghilangan rasa lesu dan penat.

Selain daripada set menyusu dan set berpantang yang disebut oleh Pn Salwa, beliau juga mengamalkan vitamin dan supplement untuk menguruskan badan serta untuk kecantikan kulit. 

Antara yang Pn Salwa amalkan ialah:

ESP atau Energizing Soy Protein dihasilkan daripada soya bermutu tinggi. Ia memberikan rasa kenyang lebih lama yang diperlukan oleh ibu menyusu yang sering rasa lapar. Protein juga amat penting dalam pembentukan sel badan dan membantu mengembalikan kecantikan kulit dan mengelak kulit menjadi kusam.

Alfalfa pula diamalkan sebagai agen detoks. Mengamalkan alfalfa juga menjadikan badan lebih ringan kerana angin badan dapat dikeluarkan. Alfalfa juga sangat popular sebagai supplement untuk menambah susu badan. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin detoks tanpa mengurangkan susu ibu.

Omega guard dan lecithin juga sangat digemari oleh ibu menyusu. Sebabnya ia membakar lemak dan mengurangkan perut buncit. Perut buncit juga antara yang selalu dialami selepas bersalin kan? 

Vitamin B, vitamin C dan vitamin E pula mampu mengembalikan kulit wajah yang diingini serta menghilangkan wajah kusam.

Semua supplement dan vitamin ini tidak mengganggu penghasilan susu ibu malah mampu membantu menghasilkan lebih banyak susu untuk ibu.

Susu cukup, badan kurus dan kulit cantik!



Pasti anda semua inginkan bukan?

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / WHATSAPP) di 0192500978





Baru lepas bersalin? Pasti ingin menyahkan lemak di badan dengan cepat. Ingin kuruskan badan sehingga 20kg? Ini caranya.. Kurus Selepa...

0 comments: