8 Tips Mudahkan Penyusuan Selepas Bersalin

6:39 pm Emalin Mohd 2 Comments

Susu ibu sangat bermanfaat dan kolostrum yang keluar pada awal hari kelahiran seumpama titisan emas buat bayi.


Sejam pertama selepas bersalin sebenarnya tempoh yang amat bermakna untuk ibu dan bayi. Sentuhan kulit antara bayi dan ibu dalam tempoh sejam pertama ini amat membantu dalam proses pengeluaran susu.

Susu ibu yang berwarna kekuningan atau lebih dikenali sebagi kolostrum yang keluar semasa di hari awal kelahiran mengandungi nutrisi seperti protein, vitamin A dan vitamin E yang lebih tinggi daripada susu matang yang terhasil kemudian. Perut bayi yang kecil sebesar saiz guli sebenarnya cukup hanya sekadar dipenuhi dengan kolostrum dan bukannya susu formula sehingga 1 auns.


Kenapa 1 jam pertama amat penting?

Sebenarnya apa yang berlaku, sebaik sahaja kelahiran dalam tempoh 1 jam pertama ialah di mana bayi dalam keadaan alert, tenang dan tidak mengantuk. Jadi, sebaik sahaja ibu menyusukan payudara kepada bayi, rooting reflex akan terus terjadi kepada bayi iaitu keadaan di mana bayi terus tercari-cari puting dan seterusnya menghisap payudara ibu.


Jika ibu perasan selepas 1 jam pertama bayi akan kelihatan mengantuk dan akan tidur sehingga kadangkala perlu dikejutkan untuk menyusu.

Dengan mengetahui pentingnya 1 jam pertama selepas kelahiran, ibu perlu bersedia sedari awal lagi. Ini untuk memastikan bahawa ibu dapat memanfaatkan peluang yang ada sekiranya tiada berlaku komplikasi yang lain.

8 TIPS UNTUK IBU AGAR MEMUDAHKAN PENYUSUAN SELEPAS BERSALIN


1) Berbincang dengan doktor 
Nyatakan hasrat kepada doktor dan jururawat. Bagi yang bersalin di hospital swasta, perkara ini boleh dibincangkan dari awal lagi kerana pemeriksaan bulanan bersama dengan doktor yang sama. Namun, bagi hospital kerajaan boleh diutarakan kepada doktor dan jururawat yang sedang menyediakan ibu dalam proses kelahiran. Namun, lazimnya di hospital kerajaan sekiranya tiada komplikasi kepada ibu dan bayi, bayi sememangnya akan diserahkan kepada ibu terlebih dahulu. 

2) Amalkan nutrisi sihat
Sekiranya ibu sudah mempunyai tanda-tanda bersalin sebaiknya makan kurma dan minum air zam-zam untuk membekalkan tenaga semasa proses kelahiran. Ibu tidak akan tahu tempoh masa yang perlu dilalui untuk melahirkan seorang khalifah. Sebaiknya sepanjang tempoh kehamilan ibu sudah dan masih memberikan nutrisi yang lengkap kepada badan.

3) Berasa tenang dan yakin
 
Perasaan tenang dan yakin semasa bayi diserahkan kepada ibu boleh membantu dalam proses penyusuan bayi. Ingatlah, ibu dan bayi sama-sama dalam proses belajar. Bayi tersebut walaupun telah mempunyai rooting reflex memerlukan dorongan dari ibunya agar sesi penyusuan berjalan dengan lancar.

4) Sesuaikan posisi penyusuan

 
Sesuaikan keadaan agar ibu menyusukan bayi dengan selesa. Sebaiknya bagi ibu yang bersalin anak pertama sudah mencuba pelbagai posisi penyusuan agar tidak terlalu kekok.  Mungkin bantal dapat membantu ibu ketika ini dalam memastikan keselesaan.

5) Sokongan daripada orang sekeliling
Sekiranya ibu sukar untuk menggerakkan badan atau dalam keadaan penat, sokongan daripada orang sekeliling amat diperlukan. Mungkin ibu tidak boleh bangun menyebabkan bayi perlu diangkat dan diletak bersama dengan ibu dengan posisi yang sesuai. 

6) Bantu bayi
Ibu juga perlu meletak bayi berhampiran dengan payudara dan memberikan sokongan seperti menyentuh pipi bayi agar bayi membuka mulut seluasnya sekaligus dapat menghisap payudara.

7) Sokongan pada belakang badan bayi
Ibu juga perlu memastikan bahawa bayi dipegang dengan betul iaitu menyokong belakang badan bayi dan bukan sekadar kepala sahaja. Antara tips untuk mengetahui samaada ibu menyokong dengan betul ialah dengan melihat hidung bayi. Hidung bayi seharusnya menyentuh payudara ibu.

8)  Jangan membongkok semasa menyusu
Kadangkala ibu dilihat membongkokkan badan ke arah bayi dengan tujuan untuk merapatkan payudara. Ini menyebabkan ibu bertambah sakit kerana lenguh badan menampung berat ibu. Sepatutnya bayi yang didekatkan dengan ibu.


Kenapa pentingnya menyusukan bayi seawal mungkin?

Menyusukan bayi secepat mungkin selepas bersalin ini amat penting sebenarnya. Ketika ini ransangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran. Ini boleh membantu dalam menjamin kejayaan penyusuan susu ibu seterusnya. Selain itu, kolostrum yang dihasilakn mengurangkan masalah jaundis kerana biliburin dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman yang mudah. Ia juga membantu mengecutkan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin. 

Bagi yang ingin memastikan bayi dapat menyusu sehingga berumur 2 tahun dan tidak menangis kelaparan, video ini boleh membantu anda!



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Susu ibu sangat bermanfaat dan kolostrum yang keluar pada awal hari kelahiran seumpama titisan emas buat bayi. Sejam pertama selepas...

2 comments:

  1. Sangat seronok kali pertama menyusukan baby. Nurse KPJ Selangor banyak membantu. Walaupun dah tengok kat youtube banyak kali, tapi bantuan dari nurse amat dihargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Praktikal ada beza kan Nurul? Sebab tu perlunya sokongan dari orang sekeliling.

      Delete