Kenapa Bayi Saya Masih Tidak Puas Menyusu?
"Bayi saya masih lapar lagi walau dah 2 jam menyusu sebab apabila sua sahaja breast pasti bayi saya macam mencari-cari"
"Saya tambah susu formula sebab bayi saya tak puas menghisap susu sejak dari pantang lagi"
"Saya tambah nestum pada bayi saya sebab asyik nak menyusu sahaja"
Kenapa? Kenapa bayi asyik menyusu atau apabila disuakan breast pasti tercari-cari seperti bayi kelaparan?
Sebenarnya ini adalah rooting reflex! Rooting reflex adalah satu keadaan apabila pipi bayi diusap atau kawasan mulut bayi disentuh, bayi akan memalingkan muka ke arah tersebut. Bayi memalingkan muka untuk mencari benda yang akan dihisap.
Ini adalah kesan refleksi normal bayi yang baru lahir. Kesan ini akan hilang apabila bayi menginjak 4 bulan ke atas.
Itu yang terjadi apabila bayi kelihatan tercari-cari kelaparan namun apabila disusukan seperti main-main. Bayi sudah kenyang sebenarnya. Rooting reflex ini adalah antara punca kejayaan penyusuan susu ibu kerana bayi telah dianugerahkan kemahiran untuk makan dan minum sedari lahir lagi.
Tapi bagaimana untuk memastikan bayi tersebut sememangnya sudah kenyang?
Sekiranya tanda-tanda ini TIADA pada bayi anda, Insyaallah bayi anda memperolehi susu secukupnya.
Tanda-tanda bayi kekurangan susu
1) Bayi tidak mendapat berat semasa lahir atau berat badan tidak bertambah selepas berumur 14 hari.
2) Payudara ibu masih rasa tegang
3) Bayi meragam atau kelihatan letih
4) Bayi menghisap susu dengan pipi melengkung atau ada bunyi berdecit
5) Lampin disalin kurang daripada 6 kali selepas bayi berumur 5 hari.
6) Najis bayi berwarna gelap selepas hari kelima kelahiran
7) Bayi semakin kuning selepas minggu pertama kelahiran
8) Bayi kelihatan tidak berisi walaupun telah berumur 3 minggu
9) Kulit bayi masih berkerut selepas berumur 7 hari
Sekiranya terdapat tanda-tanda di atas berjumpalah dengan doktor.
Jika anda risau dengan jumlah susu ibu anda, banyak tips untuk menambahkan susu ibu.
Info yang bagus... banyak orang yang tahu benda ni, ada yang jenis baby dh kenyang,tapi dia ingat tak kenyang, ada pulak jenis baby tak puas, diorang abaikan je
ReplyDeleteSemoga bermanfaat untuk semua
DeleteIlmu nih. Hehe tq sis!!
ReplyDeleteterima kasih puan atas perkongsian ni.hehe ilmu penting ni..
ReplyDelete