9 Cara Untuk Mengelak Anak Menggigit Puting Semasa Menyusu

6:45 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ouch!! Semakin kuat ibu menjerit, semakin kuat anak menggigit puting payudara. Kemudian, senyum pula tu. Ingin dimarah, anak masih kecil lagi. Tidak dimarah, berulang kali terkena gigitan anak. 

Bayi yang sudah berusia 6 bulan ke atas, walaupun tiada gigi namun gusinya sudah cukup keras. Kesan gigitan memang terasa. Boleh mengalir air mata digigit bayi. 


Jangan pula kerana gigitan bayi, ibu teringin untuk memberhentikan penyusuan susu ibu. Tidak perlu terfikir begitu sebenarnya walaupun gigi bayi sudah banyak dan banyak kali digigit sehingga ibu menjerit dan anak pula tersenyum suka hati.

Ibu hanya perlu mencuba antara tips berikut dan menggunakan yang paling sesuai untuk ibu. Pasti antara 9 tips ini ada yang berkesan untuk ibu elakkan bayi daripada menggigit puting susu ibu.

1) Picit hidung
Bunyinya seperti menakutkan tetapi bukanlah picit sehingga anak putus nafas. Cukup sekadar memicit lembut hidung sehingga anak bernafas menggunakan mulut. Kala itu, pasti ibu cukup masa untuk mengeluarkan puting payudara.

2) Masukkan jari


Selitkan jari kelingking ibu dari tepi mulut bayi. Secara perlahan-lahan cuba bukakan mulut bayi dengan menggerakkan jari ke tengah. Lakukan secara perlahan-lahan agar bayi tidak terkejut dan mengetatkan gigitan.

3) Jangan menjerit
Ibu jangan sesekali menjerit. Ini disebabkan ibu akan mengejutkan bayi menyebabkan bayi akan mengetap mulut lebih kuat. Kadangkala jeritan ibu juga menyebabkan bayi berfikir ibu sedang berkomunikasi dengan bayi (bayi ingat ibu buat lawak). Akhirnya, bayi hanya tersenyum dan mungkin ketawa sahaja melihat ibu menjerit dan mengulangi perbuatan menggigit puting ibu di sesi penyusuan yang lain.

4) Menekap muka bayi
Menekap muka bayi bukan bermaksud menggunakan bantal atau kain. Cukup sekadar mendekatkan payudara ibu kepada muka bayi. Konsep yang sama seperti nombor satu iaitu agar bayi bernafas menggunakan mulut dan akhirnya membuka mulut serta mengeluarkan puting payudara.

5) Ketahui punca
Ini yang terbaik sekali. Ibu perlu mengetahui punca kenapa bayi suka menggigit. Mungkinkah bayi tidak suka dengan posisi penyusuan? Mungkinkah sudah tiba masa bayi rasa 'gatal gusi' dan suka menggigit? Mungkinkah posisi penyusuan menyebabkan bayi menghisap dari puting dan bukannya aerola? Mungkinkah susu ibu semakin kurang?

6) Tukar payudara
Ibu perlu menukar payudara dan tidak kekal menyusukan bayi pada sebelah payudara sahaja. Kadangkala ibu hanya selesa menyusukan bayi pada sebelah kiri atau kanan payudara namun sebaiknya ibu mencari posisi selesa agar kedua-dua payudara dapat diberikan kepada bayi semasa sesi penyusuan yang sama.



Ibu dan bayi perlu berada dalam keadaan yang selesa semasa sesi penyusuan. Rasa tidak selesa bayi boleh menyebabkan bayi bertindak menggigit payudara.

8) Beri sesuatu untuk anak gigit


Jika sudah tiba masanya anak 'gatal gusi' atau sudah ada tanda-tanda gigi akan keluar, sediakan satu objek yang bersih untuk anak bermain dengan objek tersebut termasuk menggigit. Ada ibu yang memberikan buah-buahan yang keras seperti epal dan sayur timun sebagai objek untuk menggigit. Namun, ibu hendaklah memantau agar anak tidak pula tercekik dengan objek yang diberikan. Tuala juga boleh dijadikan sebagai objek gigitan anak.

9) Semak cara penyusuan
Terdapat pelbagai cara penyusuan samaada baring, duduk atau megiring. Pilih posisi yang paling selesa untuk ibu dan juga anak tersebut. Ibu perlu mempelajari gaya penyusuan yang pelbagai agar dapat disesuaikan dengan masa penyusuan.


Sesi penyusuan adalah masa terbaik untuk membuat bonding iakatan antara ibu dan anak. Pastikan ibu mengatasi masalah gigitan anak agar sesi penyusuan tidak menjadi sesi yang menakutkan.


Salam hormat,
Pn EmalinMohd

Ouch!! Semakin kuat ibu menjerit, semakin kuat anak menggigit puting payudara. Kemudian, senyum pula tu. Ingin dimarah, anak masih kecil la...

0 comments: