5 Tips Memilih Kolagen Yang Baik Agar Kulit Cantik Dalam 2 Bulan
Anda ingin melangsungkan perkahwinan dalam tempoh 2 bulan sahaja lagi?
Anda ingin melangsungkan pertunangan dalam tempoh 8 minggu sahaja lagi?
Anda akan merakamkan detik indah dalam kehidupan anda dalam tempoh lebih kurang 56 hari sahaja lagi?
Ketika ini, kulit anda mempunyai tompokan jeragat, berkedut terutama di kawasan mata, mempunyai parut tinggalan sejarah jerawat dan warna kulit yang tidak sekata. Dengan tempoh 2 bulan atau 8 minggu atau 56 hari sebenarnya anda boleh memudarkan jeragat, menegangkan kulit, menghilangkan parut jerawat serta menjadikan warna kulit sekata.
Bagaimana? Dengan mengamalkan pengambilan kolagen yang bermutu tinggi. Sehingga hari ini, ada pelbagai jenis produk berasaskan kolagen yang dikeluarkan. Antara yang popular dikatakan mempunyai kolagen ialah rumpai laut.
Namun tahukah anda bahawa rumpai laut sebenarnya tiada kolagen?
Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.
Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.
Jadi sekiranya anda sudah berumur 25 tahun ke atas dan inginkan perubahan pada kulit anda dalam tempoh 8 minggu atau 2 bulan, pilih kolagen dengan tips berikut:
5 TIPS PEMILIHAN KOLAGEN TERBAIK
1) Pilih kolagen dalam bentuk minuman atau makanan.
Kolagen dalam bentuk makanan atau minuman lebih baik daripada kolagen yang disuntik. Ini disebabkan kolagen yang diminum akan diserap secara maksimum oleh tubuh badan manusia.
2) Saiz kolagen yang kecil
Pilih saiz kolagen yang kecil sebaik-baiknya bersaiz 1000 Dalton. Semakin kecil ukuran saiz dalam Dalton, semakin tinggi kolagen tersebut dapat diserap oleh tubuh badan manusia.
3) Diperkaya dengan vitamin B
Kolagen yang diperkaya dengan vitamin B dapat membantu menghasilkan tenaga dalam memastikan sel bekerja lebih kuat untuk menghasilkan kolagen di dalam tubuh badan.
4) Terdapat asid hyaluronic di dalam kolagen tersebut
Asid hyaluronic ini berfungsi seperti tali pengikat antara kolagen dan fiber yang akhirnya membantu menegangkan kulit.
5) Mengandungi vitamin C
Vitamin C ini pula membantu dalam menghasilkan dan membentuk kolagen. Selain itu, vitamin C juga membantu dalam mengatasi maslaah penuaan menjadikan kulit awet muda.
Semak sekarang kolagen yang diamalkan. Jika tiada ciri-ciri di atas, ini masanya untuk bertukar ke kolagen terbaik dengan 5 ciri di atas.
saya dulu pernah minum poise collagen. harga masa tu dalam 200 lebih tahan untuk sebulan. agak mahal tapi sangat berbaloi..memang wajah glowing tak de jerawat even jerawat pasir pun. la ni dah berhenti consume apa2 collagen..minum air masak je la.. he he
ReplyDelete