15 Jenis Pati Minyak Aromaterapi Bahaya Untuk Ibu Mengandung

Bau minyak aromaterapi mampu membangkitkan suasana yang romantis malah menenangkan. Minyak aromaterapi juga biasa digunakan untuk mengurut badan agar lebih segar.

Namun, tidak semua jenis minyak aromaterapi sesuai untuk ibu mengandung. Ada pati minyak aromaterapi yang boleh membahayakan kandungan ibu. Ini kerana pati minyak ini dihasilkan dari tumbuhan dan terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh memberikan reaksi yang berbeza kepada tubuh badan.

Sebelum perkara itu terjadi, ibu seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetahui jenis minyak aromaterapi yang boleh digunakan oleh ibu hamil.



15 jenis pati minyak yang tidak seharusnya digunakan oleh ibu mengandung ialah:

1) Buah pala
Minyak dari buah pala mempunyai kesan halusinogen dan ia boleh menyebabkan reaksi tindak balas terhadap ubatan yang digunakan semasa proses kelahiran.

2) Rosemary


Ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mampu mencetuskan kontraksi.

3) Basil
Ia dikatakan boleh mengganggu pembangunan sel badan menjadikannya sel badan tidak normal.

4) Jasmine atau bunga Melati


Ia boleh mencetuskan kontraksi

5) Clary sage

Ia boleh mencetuskan kontraksi

6) Sage


Ia boleh menyebabkan pendarahan di dalam rahim.

7) Mawar atau rose
Ia boleh menyebabkan pendarahan di dalam rahim.

8) Juniper berry
Ia memberikan kesan kepada buah pinggang.

9) Laurel
Ia boleh mencetuskan kontraksi

10) Angelica
Ia boleh mencetuskan kontraksi.

11) Thyme
Ia boleh mencetuskan kontraksi.

12) Jintan putih
Ia boleh mencetuskan kontraksi.

13) Jintan manis
Ia boleh mencetuskan kontraksi.

14) Serai wangi
Ia boleh mencetuskan kontraksi. 

15) Daun kayu manis
Ia boleh mencetuskan kontraksi.


Ibu yang mempunyai sejarah keguguran, pendarahan semasa hamil, sawan, masalah jantung, diabetis, masalah pembekuan darah, tiroid, sakit buah pinggang dan masalah pada hati juga dinasihatkan agar tidak menggunakan pati minyak ini. 

Antara pati minyak yang dikatakan selamat untuk ibu mengandung ialah minyak dari buahan sitrus seperti limau, chamomile, lada hitam, peppermint, ylang ylang, kayu putih, bergamot, tea tree oil dan spearmint. Kemenyan juga selamat digunakan namun saya pasti tiada yang ingin menggunakan pati minyak kemenyan bagi meredakan stress ketika mengandung.

Bagi menggunakan pati minyak ini untuk ibu mengandung, antara tips yang boleh digunakan ialah:

  • Gunakan hanya setitik minyak pati dari satu jenis pada satu-satu masa.
  • Jangan gunakan pati minyak yang sama untuk satu tempoh tertentu.
  • Cairkan setitis pati minyak ke dalam 5ml minyak asas sebelum disapu kepada badan.
  • 10-15 minit sahaja masa yang diperlukan untuk mengewap pati minyak di dalam bilik. Terlalu lama boleh menyebabkan rasa loya dan sakit kepala.
  • Trimester pertama adalah masa yang sangat sensitif untuk kandungan. Sekiranya was-was, gunakan pati minyak setelah melepasi trimester pertama.


Bagi ibu yang lazim mengamalkan pati minyak untuk meredakan stress, sakit belakang atau sakit kaki terutama semasa tempoh kehamilan, berurut dengan minyak urut biasa atau losyen juga sudah cukup melegakan atau pastikan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi. Sakit belakang kadangkala disebabkan oleh kekurangan kalsium di dalam badan ibu.

2 comments:

  1. Baru saya tahu... banyak juga bunga2 yg wangi yg xboleh utk ibu mngndung... tq for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cium bunga ok diana. Yang tak ok pati minyak tu...

      Delete