5 Cara Kurus Mudah Bermain Bersama Anak

3:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Mengurangkan berat badan adalah impian bagi ibu yang telah mengalami pertambahan berat badan terutama setelah bersalin dan melewati umur 30an. Kadangkala bukan sekadar berat badan tetapi juga untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan sihat  terutama mengempiskan perut. Perut yang rata dan pinggang yang ramping bukan sahaja cantik tetapi juga ia baik untuk kesihatan. Perut yang buncit boleh mendatangkan penyakit dan berbahaya untuk kesihatan.

Aktiviti bersama anak sebenarnya juga boleh membantu ibu untuk mengurangkan berat badan. Anak-anak pasti suka dan gembira sekiranya dibawa ke taman permainan. Ibu juga boleh membakar kalori semasa bersama anak di taman permainan tanpa membiarkan anak bermain keseorangan.


Sekarang bahaya jika membiarkan anak bermain di taman permainan tanpa pengawasan ibu bapa. Macam-macam boleh jadi.

Tetapi itu bukan penghalang untuk seorang ibu bersenam sambil menemankan anak bermain.

Apa aktiviti senaman yang ibu boleh lakukan semasa di taman permainan kala anak bermain gelongsor sebagai contoh?

1) Skipping
Sementara anak main gelongsor atau buai, ibu boleh skipping di kawasan yang boleh melihat anak secara terus. Berapa kali skip yang ibu dapat? Untuk permulaan boleh cuba 20 sekali set skipping dan cuba buat 3 set. 


2) Squat
Squat bolem membantu untuk mendapatkan punggung dan peha yang cantik. Ibu boleh melakukan squat berhampiran dengan kawasan anak bermain. Cuba bertahan dalam keadaan squat dengan kiraan 40. Jika tidak mampu kerana baru bermula, mulakan dengan kiraan 30 terlebih dahulu. Untuk mendapatkan bukaan squat yang betul, rapatkan kaki terlebih dahulu. Kemudian, buat bukaan kaki dengan membentuk huruf V (tumit kaki masih bercantum). Kemudian, angkat tumit untuk meluruskan tapak kaki. Dengan bukaan tadi, ibu sudah boleh cuba melakukan squat. Squat juga boleh dilakukan di rumah semasa menonton tv misalnya. Jadikan 30 hari cabaran squat. Mulakan hari pertama dengan kiraan 20 dan pada hari ke 30 menjadi 150 kiraan squat. Setiap hari tambah 5 kiraan dan gandaan hari ke 4 adalah hari rehat.

Cara Squat

3) Bermain bola sepak dengan anak
Dengan menggunakan bola, main bola sepak bersama anak. Di samping menambahkan kemahiran koordinasi kaki anak, ibu juga boleh menambah kiraan 10000 berjalan sehari.


4) Frisbee game
Tahu frisbee game? Yang main baling-baling benda tu. Dan benda tersebut akan melayang jauh. Biarkan anak yang membaling frisbee. Ibu pula tukang ambil frisbee tersebut. Faedahnya? Boleh berlari-lari anak mengambil frisbee. Langkah ibu pun bertambah.


5) Jogging
Sekiranya anak sudah besar boleh dibawa jogging sekali. Namun sekiranya anak masih kecil, ia juga bukan penghalang untuk ibu berjogging bersama anak. Letakkan anak ke dalam stroller dan ibu boleh berjogging dengan menolak anak di dalam stroller. Untuk babywearing tidak digalakkan berjogging dengan babywearing anak. Dikhuatiri pergerakan ibu menyebabkan ketidakstabilan anak yang dikendong.

Jadinya ibu masih boleh melakukan aktiviti fizikal walaupun sudah mempunyai anak. Cuma ibu perlu menjadi kreatif dalam melakukan senaman. 

Tidak semua ibu mampu meluangkan masa untuk bersenam di gym. Dengan cara begini, ibu dapat berpeluh dan anak-anak dapat bermain dengan gembira.

Selain bersenam, menjaga pemakanan sebenarnya menyumbang 70% ke atas kejayaan mengurangkan berat badan. Sebagai seorang ibu, sebenarnya menjaga pemakanan menjadi begitu sukar. Walaupun bangun paling awal daripada ahli keluarga yang lain, kadangkala ibu mengambil sarapan paling lewat disebabkan terlalu banyak kerja yang dilakukan. Meal replacement seperti Cinch dan juga minuman protein seperti soya yang dapat dibuat semudah ABC iaitu dengan hanya menggoncang dengan air suam tetapi memberikan khasiat yang diperlukan, ia adalah pilihan terbaik untuk ibu.







Mengurangkan berat badan adalah impian bagi ibu yang telah mengalami pertambahan berat badan terutama setelah bersalin dan melewati umur 30...

0 comments: