6 Kebaikan Urutan Semasa Mengandung

6:05 am Emalin Mohd 0 Comments

Sewaktu mengandung atau hamil, badan mengalami perubahan yang besar. Adakalanya rasa tidak selesa terutama ketika waktu tidur. Mengiring salah, telentang salah telungkup lagi salah. Waktu siang pula rasa badan rasa berangin, mencucuk-mencucuk, lenguh dan rasa sakit terutama bahagian belakang dan pinggang.

Waktu ini terfikir alangkah sedapnya jika badan diurut dan dibelai manja. Pasti lega dan mengurangkan kesakitan.



Bolehkah berurut semasa mengandung? Tidakkah bahaya kepada ibu atau bayi dalam kandungan?

Sebenarnya berurut semasa mengandung mendatangkan  pelbagai kebaikan kepada ibu mengandung dengan syarat tukang urut tersebut berpengalaman dan mahir mengurut orang yang mengandung.

KEBAIKAN URUTAN SEMASA HAMIL

  • Urutan semasa mengandung membantu mengurangkan tekanan pada tubuh. Badan yang dibelai manja dengan menekan tempat-tempat tertentu memberikan rasa kelegaan pada badan.
  • Urutan semasa mengandung juga dapat menjadikan diri lebih tenang dan bersemangat kerana ibu berasa lebih selesa dengan badan sendiri.
  • Urutan juga dapat mengurangkan bengkak yang ada terutama pada bahagian sendi tubuh.
  • Seusai berurut, badan akan menjadi lebih lega sekaligus memperbaiki sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan.
  • Selesai berurut, badan yang lenguh dan berangin akan mejadi lebih lega dan lenguh yang ada akan hilang. Ia sekaligus akan menjadikan ibu tidur lebih lena.
  • Berurut juga dapat mengurangkan rasa sakit terutama di bahagian belakang dan pinggang.


Walau bagaiamanapun, terdapat golongan yang tidak digalakkan berurut kerana berisiko tinggi. 

Antaranya ialah ibu yang menghidap tekanan darah tinggi, pernah melahirkan bayi pramatang dan juga pernah mengalami keguguran semasa tempoh kehamilan terdahulu.

Yang paling penting dan utama sekali ialah memilih tukang urut yang berpengalaman dan ibu sendiri berasa selesa dengan tukang urut tersebut. Yang paling baiknya ialah tukang urut yang sama pernah mengurut ibu semasa ibu tidak hamil. Ini untuk melihat tahap kekuatan tekanan yang dikenakan ke atas ibu. 

Ibu mengandung juga perlu memaklumkan keapda tukang urut maklumat berikut:

  • Memaklumkan usia kehamilan kepada tukang urut. Ada pendapat mengatakan berurut dengan usia kandungan di bawah 12 minggu tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan keguguran.
  • Maklumkan kepada tukang urut bahagian badan yang berasa sensitif sekiranya disentuh sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 
  • Berhati-hati sekiranya tukang urut menggunakan pati minyak tertentu kerana terdapat jenis bauan yang boleh mencetus kepada keadaan yang bahaya kepada kandungan.
  • Ibu mengandung juga selalunya sensitif kepada bauan dan sekiranya tidak tahan dengan bau minyak yang digunakan boleh sahaja menggunakan losyen untuk mengurut.
  • Jangan malu dan jangan segan untuk maklumkan kepada tukang urut sekiranya tekanan yang dilakukan kepada kita menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa berlebihan.

Berurut semasa mengandung sememangnya memberikan kelegaan kepada ibu dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

Sedapnya badan dibelai manja!

Sewaktu mengandung atau hamil, badan mengalami perubahan yang besar. Adakalanya rasa tidak selesa terutama ketika waktu tidur. Mengiring sa...

0 comments: