Petua Merawat Simptom Demam Denggi Tanpa Ubat Sesuai Untuk Dewasa dan Kanak-Kanak

11:05 pm Emalin Mohd 6 Comments

Demam denggi. Siapa yang kena akan tahu seksa rasanya. Masakan tidak, gelaran lain untuk demam denggi ialah demam patah tulang. Sakitnya sangat perit sehingga rasa tidak bermaya dan tidak lalu untuk makan.




Untuk mencegah dari awal, seperti iklan Kementerian Kesihatan Malaysia: Tiada Aedes, Tiada Denggi. Wabak denggi ini boleh dihapuskan sekiranya tempat pembiakan nyamuk aedes tiada. 




Setakat ini demam denggi tiada ubatnya walaupun jus betik dikatakan boleh membantu dalam merawat demam denggi.

Sekiranya dimasukkan ke hospital, berdasarkan pengalaman anak yang mengalami demam denggi doktor akan merawat simptom agar tidak semakin serius. Antara simptomnya ialah demam panas yang tinggi.

Pn Sarah, seorang nutritionist Shaklee menasihatkan seperti di dalam video, bagi mempercepatkan proses penyembuhan disarankan agar pesakit yang mengalami demam denggi untuk:

1) Minum air banyak - hospital akan memantau jumlah air yang masuk ke dalam badan (melalui drip dan juga air yang diminum) serta jumlah air yang keluar dari badan melaluiair kencing.


2) Mengurangkan makanan berlemak dan tinggi kandungan garam kerana makanan sebegini akan meningkatkan penggunaan cecair di dalam badan. Disebabkan itu antara petua yang selalu disarankan ialah untuk minum sup ketam.

3) Mengurangkan pengambilan herba termasuk pedas dan masin kerana ia juga banyak menggunakan cecair dalam badan.

4) Meningkatkan pengambilan buah-buahan (boleh dijadikan jus) terutama buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti buah jambu batu dan oren. Vitamin C membantu dalam menghasilkan sel darah merah.



5) Meningkatkan pengambilan protein seperti ikan dan daging serta soya sebagai sumber protein. Protein membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan daripada karbohidrat.



Namun pastinya ketika sakit seseorang itu tidak berupaya untuk makan dan minum. Selalu begitu bukan? 

Jadi, bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa badan dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi agar badan bertambah kuat untuk melawan penyakit?

Disebabkan itu, Shaklee juga menawarkan beberapa produk yang boleh membantu dalam merawat demam denggi.

1) Performance Drink - air yang mengandungi ion dan elektrolit ini sangat sesuai bagi menggantikan air tenaga lain yang mengandungi gas dan juga kandungan gula yang tinggi. Ion yang terdapat di dalam air ini membantu untuk mengekalkan kandungan cecair dalam badan serta mengelakkan dehidrasi. Yelah, mana nak larat minum air putih kosong berliter-liter. Boleh muntah jadinya.

2) Sustained Release Vitamin C - vitamin C Shaklee ini sangat istimewa kerana zatnya dibebaskan sedikit demi sedikit untuk sauatu tempoh. Jadinya, tidaklah vitamin C terbuang begitu sahaja dari badan. Umum mengetahui bahawa vitamin larut air hanya akan dibuang daripada badan sekiranya amaun melebihi apa yang diperlukan oleh badan.

3) Nutriferon - ini adalh salah satu produk signature Shaklee. Ia memberikan signal kepada sel darah putih agar bekerja lebih keras lagi untuk melawan jangkitan virus.

4) Energizing Soy Protein (ESP) - ESP adalah salah satu sumber protein yang dihasilkan oleh soya. Istimewanya ia dalam bentuk cecaik untuk memudahkan pesakit minum dan menambah sekaligus cecair dalam badan. Ia juga memberikan tenaga kepada pesakit serta membantu menyimpan semula nutrisi yang telah hilang dari badan.

Berilah sokongan dan bantuan kepada ahli keluarga yang mengalami demam denggi. Pada masa yang sama pastikan tempat tinggal kita bebas daripada barang-barang atau tempat yang boleh menjadi tempat nyamuk aedes membiak.

Sekali lagi, TIADA AEDES TIADA DENGGI.

Untuk pertanyaan, tempahan dan konsultansi produk Shaklee, hubungi:
PN EMALIN MOHD (SMS / WHATSAAP): +60192500978

Demam denggi. Siapa yang kena akan tahu seksa rasanya. Masakan tidak, gelaran lain untuk demam denggi ialah demam patah tulang. Sakitnya sa...

6 comments:

  1. bahayan denggi ni..tak boleh dibuat main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..betul tu lagilah kalau denggi berdarah

      Delete
  2. Biasa depa ni asal denggi jer tahan wad, kena lah ikhtiarkan sendiri juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...selain masuk drip air tu cuba ikhtiar lain juga.

      Delete
  3. masa kena denggi dulu..memang sakit jiwa la.

    tido aje.

    makan pun tak lalu aje dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit jiwa dan sakit badan kan? Lagi-lagi kalau tengok anak sendiri yang kena denggi. huhu...minta dijauhkan lah...

      Delete