13 Panduan Dan Posisi Terbaik Untuk Mendapatkan Tidur Lena Bagi Ibu Hamil

10:36 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ibu yang sedang hamil semasa trimester pertama masih boleh tidur dengan selesa seperti biasa. Namun apabila memasuki trimester kedua hingga ke hujung kehamilan, tidur semakin terganggu. Ketika perut bertambah besar rasa serba tidak kena. Telentang salah, mengiring salah malah ada yang tidur dengan cara duduk dek rasa tidak selesa.



Bagi ibu yang hamil terutama yang sudah memasuki minggu ke 16 kehamilan, posisi tidur mengiring adalah yang terbaik sekali. Ibu hamil boleh bertukar-tukar tidur mengiring samaada sebelah kanan atau kiri. Jika tidak selesa, letakkan bantal antara peha dan punggung. Tidur secara mengiring boleh mengurangkan masaah bengkak di bahagian kaki dan pergelangan tangan serta kaki. 

Tidur secara menelentang sebenarnya tidak elok untuk ibu. Sekiranya ibu tidur menelentang, berat badan ibu dan bayi dalam kandungan akan dibebankan pada belakang ibu. Akhirnya, apabila ibu bangun pagi akan terasa sakit belakang dan letih. Tidur menelentang juga menyukarkan pernafasan ibu menyebabkan ibu termengah-mengah serta megganggu peredaran darah. Ada yang mengatakan bahawa buasir juga boleh terjadi jika ibu tidur telentang. Ibu juga boleh mengalami tekanan darah rendah atau tinggi berpunca daripada tidur secara telentang. 

Bagi mendapatkan tidur yang lebih lena terutama di hujung kehamilan, ibu boleh cuba panduan ini:

1) Tukar posisi tidur
Pastikan ibu tidur secara mengiring dan ingin telentang tidak dalam tempoh yang lama.

2) Mandi air suam
Air suam boleh memberikan kelegaan dan rasa segar pada badan. Ia boleh membantu untuk ibu tidur lebih lena.

3) Elakkan makan terlalu banyak sebelum tidur
Umum mengetahui ibu cepat lapat dan cepat juga kenyang. Sekiranya ibu rasa lapar sebelum tidur, jangan pula makan nasi goreng tetapi tukarkan makanan tersebut kepada makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Overnight oat antara pilihan terbaik. Selain itu, ESP (Energizing Soy Protein) juga boleh mengenyangkan ibu untuk tempoh yang lama.

4) Minum susu suam
Susu suam mengandungi asid amino tertentu yang membantu meningkatkan kadar hormon tertentu yang boleh mempengaruhi tidur ibu.



5) Makan Ostematrix
Ibu tidak lalu dan tidak boleh minum susu? Boleh makan 4 biji pil ostematrix sebelum tidur. Ia mengandungi kalsium dan magnesium. Kedua-dua vitamin ini membantu memberikan rasa kelegaan pada ibu sekaligus membolehkan ibu tidur lebih lena.

6) Suhu bilik yang sesuai
Kadangkala disebabkan suhu juga mengganggu tidur ibu. Tidak semestinya memasang penghawa dingin untuk rasa sejuk namun perlu dipastikan aliran udara lancar. 



7) Bantal secukupnya
Bantal sebenarnya memberikan bantuan kepada ibu untuk tidur lebih lena. Bantal boleh dijadikan penyangga belakang badan ibu dan juga diletakkan di celah kaki untuk rasa lebih selesa.

8) Katil yang selesa
Opss...ini tidak bermaksud ibu wajib menukar katil baru setiap kali kehamilan. Memadai bahawa tilan yang digunakan bersesuaian dan selesa untuk ibu hamil.



9) Rutin tidur
Seperti anak-anak kecil, orang dewasa juga perlu mempunyai rutin tidur yang sama setiap malam. Ia supaya dapat memberikan signal kepada otak untuk bersedia tidur. Antara rutin yang sesuai ialah, minum susu atau mandi air suam sebelum tidur.

10) Suasana bilik tidur
Suasana yang tenang dan tidur tanpa lampu juga membantu ibu mendapatkan tidur dengan lena.

11) Elak bergaduh / merajuk kepada suami sehingga masa tidur
Emosi yang tidak stabil pada ibu juga boleh mengganggu tidur ibu. Mengalah tak semestinya kalah. Berdamai dengan suami sebelum tidur agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Suami pun perlu juga ambil peranan dek emosi isteri yang tidak stabil ketika ini. Bertimbangrasa dan paparkan rasa kasih sayang kepada isteri. Lagipun, isteri mengandungkan anak suami juga!



12) Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan
Tarik nafas sedalam mungkin dan hembuskan melalui hidung secara perlahan-lahan. Latihan pernafasan ini sebenarnya dapat membantu mengurangkan ketegangan otot. 

13) Tidur sebentar di siang hari
Tidur sebentar di siang hari iaitu sekitar 30 minit ketika waktu rehat pejabat dalam pukul 1.00 petang boleh meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Ibu yang sedang hamil semasa trimester pertama masih boleh tidur dengan selesa seperti biasa. Namun apabila memasuki trimester kedua hingga...

0 comments: