20 Sumber Milk Booster Atau Penggalak Susu Ibu Semulajadi

6:00 am Emalin Mohd 2 Comments

Milk booster atau penggalak susu boleh membantu memperbanyakkan susu ibu. Tapi, jika supply vs demand dipenuhi.



Maksudnya, milk booster hanya dapat membantu sekiranya payudara kerap dikosongkan sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Jika bayi jarang disusukan dengan susu ibu, makanlah milk booster apa sekalipun, susu tidak akan bertambah banyak.

Milk booster ini juga sesuai dimakan sedari ibu dalam berpantang lagi. Jadi, selain membanyakkan susu ibu ia juga makanan berkhasiat untuk ibu semasa dalam pantang.

Ankara  milk booster semulajadi ialah:

1) Lobak putih
Lobik putih amat sinonim dengan membanyakkan susu ibu. Cara masakannya ialah dengan dijadikan sup atau dijadikan sayur bening. Jika nak dijadikan jus pun boleh namun takut ada yang tak lalu dengan rasanya jika tidak biasa makan lobak putih.

2) Lobak merah
Lobak merah boleh dijadikan jus dan juga boleh dijadikan bahan sup seperti sup ayam kampung.

3) Sawi
Sawi juga antara sayur yang biasa dijadikan sebagai lauk di dalam pantang. Ia boleh juga dicampur dengan tauhu serta ditabur dengan ikan bilis yang disangai. Pasti menyelerakan dimakan dengan nasi panas.

4) Kucai
Sayur kucai yang selalu dimasak dengan kueytiaw juga antara penggalak susu. Ia boleh dijadikan sayur serta juga dimasak bersama lobak putih.


5) Pucuk manis
Sayur ini antara yang sukar didapati di bandar-bandar. Amat sedap jika dimasak sayur bening.

6) Pegaga
Selain dijadikan jus, pegaga juga sedap dijadikan sebagai ulam-ulaman. Amat ringkas untuk dimakan.

7) Peria
Sayur peria walaupun sedikit pahit namun jika dimasak dengan cara yang betul ia amat sedap dimakan ataupun dijadikan ulam-ulaman. Hanya perlu dicelur sebentar untuk melembutkan sayur peria ini.


8) Jantung pisang
Jantung pisang sangat sedap dijadikan ulam dimakan bersama sambal belacan. Dan ia juga antara milk booster yang popular dari zaman nenek-nenek kita dahulu.



9) Oren
Buah oren selain daripada mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi juga adalah milk booster. Makan begitu sahaja atau jadikan jus buah.

10) Betik
Selain daripada dimakan, betik muda sebenarnya amat sedap dijadikan ulam atau sayur bening. Rasany yang manis-manis buah membuatkan kita akan menambah nasi 2 kali. Owh..pucuk daun betik juga sedap dijadikan ulam. Tapi, celurlah dulu ye. 

11) Halba
Halba selain dijadikan bahan penyedap di dalam masakan kari juga boleh direndam dan airnya diminum begitu sahaja. Untuk lebih mudah, hanya tambahkan halba dalam masakan.

12) Jintan hitam
Tambah jintan hitam dalam masakan untuk menikmati ia dan dijadikan sebagai penggalak susu.

13) Barli
Barli selain dijadikan sebagai minuman juga sedap dijadikan sebagai bubur.

14) Oat
Oat juga adalah milk booster. Untuk menyedapkan lagi oat bagi tekak Melayu jadikan ia overnight oat. Rendam oat dalam air atau susu kemudian campur dengan buah-buahan kering seperti kismis dan kurma serta kekacang dan juga yougurt.



15) Kurma
Kurma adalah makanan pemberi tenaga dan juga dapat menggalakn pengeluaran susu. Boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar dan dijadikan shake dalam minuman kegemaran seperti ESP.

16) Longan kering
Ini adalah milk booster kegemaran saya. Rasanya yang sedap dan sangat mudah disediakan. Hanya rendam dan kemudian masak hingga mendidih dan tambah sedikit gula.

17) Susu
Susu selain daripada sumber kalsium juga dapat membantu memperbanyakkan susu ibu. 

18) Air kacang soya
Air kacang soya sangan sedap diminum terutama yang baru dibuat sendiri di rumah. Bagi yang tiada masa untuk membuat sendiri air soya, bolehlah minum ESP. Ia menggunakan soya yang terbaik yang tidak dimodifikasi genetik.

19) Tauhu dan tempe
Tauhu dan tempe yang berasal dari kacang soya juga adalah penggalak susu. Pelbagaikan cara masakan agar tidak berasa bosan. Tauhu dan tempe boleh dijadikan sambal goreng. Juga boleh dijadikan dicampur dalam masakan lain.




20) Alfalfa
Alfalfa yang popular sebagai Raja Segala Tumbuhan juga boleh dijadikan penggalak susu dan juga antara penggalak susu yang mempunyai kesan yang kuat. 

Salad Alfalfa

Anda bagaimana? Apa milk booster yang paling anda gemari?

Milk booster atau penggalak susu boleh membantu memperbanyakkan susu ibu. Tapi, jika supply vs demand dipenuhi. Maksudnya, milk ...

2 comments: