Poket Penuh Tetapi Bocor?

6:00 am Emalin Mohd 6 Comments

Hari Jumaat di pejabat minggu lepas, ada satu ceramah mingguan disampaikan oleh seorang penceramah terkenal Tn Shamsuddin Abdul Kadir.



Sebab teruja sangat nak dengar ceramah lupa langsung ambil gambar penceramah mahupun ceramah tersebut.

Sebab lupa amil gambr, kita tepek gambar dari Google Image


Ceramah kali ni memberikan ilmu berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Ada banyak ilmu yang diperolehi.

Umum mengetahui sekarang inflasi yang berlaku sekarang menyebabkan duit seringgit yang diperolehi tahun 2015 tidak sama nilainya dengan kita perolehi tahun 1980an dulu. Cuba ingat balik tahun 1980 dulu apa yang kita boleh perolehi dengan apa yag bakal kita perolehi pada tahun 2015?

Dulu kalau dapat duit bekal RM1.00 kira sangat mewah. Nasi lemak 10-20 sen dah boleh dapat. Kat sekolah saya dululah sebab saya sekolah kampung je. 

Sekarang, nasi lemak kat sekolah anak pun dah harga berapa kan? Paling-paling kalau tak buat bekal untuk anak kena bagi RM2.00.

Bayangkan lagi 1o tahun? Berapa pula kita perlu bayar untuk sebungkus nasi lemak.

Dah tu bagaimana nak pastikan kita mempunyai duit yang mencukupi?

Ankara tips yang dikongsikan ialah:

1) Buat bedah siasat wang gaji yang diperolehi
- Senaraikan semua pendapatan yang diperolehi samaada daripada gaji bulanan, bisnes sampingan yang dilakukan atau nafkah yang diperolehi dari suami
- Kemudian, senaraikan pula perbelanjaan. Semua perbelanjaan ye..dari yang wajib dibuat setiap bulan seperti bil air, taska, internet, minyak kereta sehingga yang kita beli kadang-kadang seperti vitamin atau tudung Nealofar ataupun perbelanjaan tahunan seperti insurans dan cukai jalan kereta. Bahagikan perbelanjaan tahunan kepada 12 agar kita nampak berapa yang diperlukan untuk disimpan setiap bulan.

Dari situ, kita akan nampak samaada perbelanjaan kita positif atau negatif. 

Mengikut pengalaman penceramah semasa mengadakan kursus, daripada 30 orang peserta kursus hanya 2 peserta sahaja yang ada aliran positif. Yang lain semua negatif tak kira samaada peserta tersebut mempunyai gaji bulanan RM2,000 sebulan atau RM25,000 sebulan

2) Jangan beli barang yang tidak dirancang
Sebagai contoh sedang kita berjalan-jalan di shopping complex ternampak pula set periuk yang dikatakan memudahkan kerja memasak dari 2 jam kepada setengah jam. 

Pasti teruja bukan? Pulak tu dapat hadiah percuma jika pembelian dibeli hari tersebut. Kan lagi mengancam tu.

STOP!
Jangan terus beli. Balik dulu, fikir betul-betul. Jika 2-3 hari rasa memang wajib beli dan kalau tak beli anak bertambah kurus baru kita pergi beli semula. 

3) Senaraikan barang semasa pergi membeli-belah
Yang ini ramai yang tahu tapi ada juga yang tak buat. Kalau kat shopping complex tu rasa semua benda perlu dibeli bukan? Tapi betul ke ia keperluan? 

Untuk nak jimat pastikan beli yang disenaraikan sahaja. Tak perlu tambah senarai barang.

4) Jangan buat pembelian dengan bayaran ansuran
Beli apabila sudah ada duit atau jika mampu. Bayaran ansuran serendah RM10.00 sebulan sebenarnya menyebabkan kita menambah hutang sedikit demi sedikit yang akhirnya membukit hutang kita.

Jika nak beli sofa, kumpul duit dahulu sehingga cukup dan bayar tunai. Kadangkala kat kedai perabot, jika bayar tunai boleh dapat diskaun lagi.

5) Buat misi simpanan duit
Jika rasa susah sangat nak menyimpan, buat MISI MENYIMPAN.

Sebagai contoh, pilih sejenis not ringgit samaada RM1.00, RM5.00, RM10.00 atau RM20.00.

Buat satu peraturan pada diri sendiri sekiranya terdapat transaksi yang melibatkan satu not ringgit yang telah dipilih, asingkan duit tersebut. SIMPAN duit tersebut.

Dalam erti kata lain, haramkan diri sendiri untuk belanja menggunakan not tersebut (ganas pulak rasa guna perkataan HARAM..huhu).

Cuba tengok selepas 1 bulan, berapa banyak yang diperolehi? 

Pasti banyak bukan?

Dah banyak buat apa? Haaa..jangan belanja dulu. Kalau ada banyak hutang, langsaikan hutang atau buat simpanan dalam Tabung Haji ke...

TIPS SURVIVE 45 HARI TANPA GAJI
Kalau pekerja sektor kerajaan, gaji bulan Julai sudah diperolehi bukan? Dah habis ke duit tersebut? Apa nak buat supaya kita survive 45 hari sehingga hari gaji seterusnya?

Antara yang Tuan Shamsuddin Abdul Kadir kongsikan ialah:

1) Bayar hutang wajib terlebih dahulu seperti yuran taska anak, segala bil-bil rumah, ansuran kereta dan rumah.

2) Beli keperluan rumah sebelum balik bercuti. Pastikan ada telur, beras dan makanan asas lain yang mencukupi sehingga gaji seterusnya.

3) Jangan bawa kad ATM yang ada duit terutama balik kampung yang berdekatan tempat shopping.

4) Dah tu tak bawa kad ATM perbelanjaan bagaimana? Gunakan duit bonus RM500 untuk balik kampung sebagai duit perbelanjaan. Duit minyak, tol kena asing siap-siap.

5) Kurangkan jumlah duit raya. Ini untuk yang tak mampu. Kalau anda mampu, bagi je duit raya sebanyak mana yang anda mampu.

6) Jangan beli emas palsu sebagai perhiasan. Ia akan mengurangkan duit anda dan perhiasan tersebut hanya dapat dipakai dalam waktu singkat sahaja.

Semoga kita semua mempunyai aliran tunai yang positif setiap bulan dan tidak terlewat untuk bertindak sekarang.

Hidup pasti tenang tanpa hutang!

Hari Jumaat di pejabat minggu lepas, ada satu ceramah mingguan disampaikan oleh seorang penceramah terkenal Tn Shamsuddin Abdul Kadir. ...

6 comments:

  1. tq atas tips yang dikongsikan.
    kami suami isteri pun ada amalkan.
    antaranya adalah beli sesuatu yang mahal dengan cash yang telah terkumpul.
    pernah gak guna kredit kad tapi hujung bln kena make sure dah dibayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome
      Semoga bermanfaat hendaknya

      Delete
  2. Tq atas tips yang dikongsikan
    Memang betul kadang2 tergodak jugak beli barang ansuran ni.
    Tapi mujur la encik suami agak bertegas. So agak terkawal la kan niat nak membeli tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Nampak murah tapi mencekik tengok jumlah amaun yang dibayar

      Delete
  3. nice info :-). nak raya ni perlu tahan nafsu nak beli brg . kalau tidak habis lah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tu jer tapi part duit raya pun kena ukur kat badan sendiri....memberi sampai jangan sampai berhutang..

      Delete