5 Langkah Mengurangkan Stress

1:10 pm Emalin Mohd 7 Comments

Setiap orang ada stress tapi tahap stress dan cara pengendalian yang membezakan antara kita dengan orang lain.

Ada yang kita nampak bahagianya hidup mereka seperti tiada masalah. Ada yang kita lihat pula seperti sangat bermasalah tetapi apabila ditanya rupa-rupanya bagi kita masalah kecil saja.

Jom kita cuba amalkan 5 langkah mengurangkan stress yang nampak mudah tetapi sebenarnya boleh meninggalkan kesan positif kepada kita.


1) Urus masa dengan efektif dan efisien
Kadangkala punca stress kita di pagi kecil sahaja tetapi kesan berantai yang dialami. Contohnya, bangun sudah terlewat kemudian baju tidak digosok lagi. Apabila kalut, itu yang perkara kecil boleh menjadi besar.

Jadi, buat jadual. Kalau dulu semasa kita belajar di sekolah asrama, semua masa telah ditetapkan penggunaannya. Masa belajar, masa main, masa makan, masa menelaah hatta masa tidur sekali pun.

Boleh saja tiru jadual semasa persekolah dulu cuma diubahsuai dengan keadaan semasa. Atau boleh gunakan jadual di bawah. 




Sebagai blogger separuh masa, pasti kita perlu menetapkan masa untuk membuat entry blog dan juga blogwalking. Jika tidak, nanti entry entah ke mana blogwalking pun tak buat. Sedar-sedar masa akhir bulan entry tidak sampai 10 pun. Yang rugi siapa? Pasti diri sendiri bukan?

2) Senyum Selalu
Saya tukar daripada ketawa kepada senyum. Ketawa memang boleh menghilangkan stress tetapi banyak sangat ketawa pun tidak elok juga. Jadi, tukar kepada senyum agar aura positif yang dihasilkan oleh kita menyerap pada rakan-rakan. Apabila semua senyum, bukankah dunia ini lagi bahagia?

Kala menulis entry pun, boleh senyum juga. Kadangkala pembaca boleh menilai emosi penulis melalui entry yang dihasilkan.  

3) Menghargai Tindakan Yang Dianggap Kecil
Jangan menunggu sehingga hari percutian untuk berasa gembira. Hargai perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti penuhi masa perjalanan ke pejabat dengan berkongsi cerita bersama anak-anak. Ataupun, berikan kad terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.

Seperti kata orang putih, "What You Give, You Will Get Back".

4) Melakukan Senaman
Senaman atau pergerakan ringkas boleh mengurangkan stress. Semasa bersenam, hormon kegembiraan akan dirembeskan sekaligus mengurangkan stress. Tidak perlu pergi ke gymnasium. Ada senaman mudah yang boleh dilakukan di ruang tempat kerja seperti entry saya YANG INI.

5) Tidur Dengan Lena
Tidur dengan lena tidak semestinya dalam masa yang panjang. Namun tidak dinafikan susahnya untuk mendapatkan tidur yang lena kala diri dilanda stress. 

Minum segelas susu suam sebelum tidur dikatakan mampu membantu untuk mendapatkan tidur dengan lena. Tetapi bagi yang tidak boleh minum susu, boleh menggantikan dengan Ostematrix sebelum tidur.

Nak tahu kenapa? Boleh teruskan bacaan anda di SINI.

Waktu stress juga kita suka makan kan? Terdapat 9 jenis makanan yang boleh mengurangkan stress kita seperti pisang, oren dan aprikot. Perut kenyang stress pun hilang.

JOM URUSKAN STRESS KITA..

Tempahan supplement dan vitamin Shaklee, hubungi:
Pn Marlinny Mohamad +60192500978 




Setiap orang ada stress tapi tahap stress dan cara pengendalian yang membezakan antara kita dengan orang lain. Ada yang kita nampak bah...

7 comments:

  1. tips yang memang perlu diamalkan oleh semua...thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ringkas tapi Insyaallah boleh membantu sangat

      Delete
    2. suka list yang urus masa tu...kena buat juga :)

      Delete
  2. tip dan info yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Bolehla cuba amalkan.

      Delete
  3. Anonymous11:34 pm

    Cara saya menangani stress adalah menulis dan membaca blog. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...bagus gak tu tips tu.. 2 dalam 1 dapat..

      Delete