5 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

11:45 pm Emalin Mohd 4 Comments

Bulan puasa ini dapat berita gembira dari salah seorang pelanggan yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 23kg. Sebenarnya, beliau merangkap rakan sepejabat. Kebetulan, kami sedang mengadakan pertandingan The Biggest Loser. Jadi, timbangan sebelum dan yang terkini memang diadakan di pejabat dan dilihat oleh rakan-rakan yang lain. 



Masa dapat tahu tu terus rasa WOW! 

Semoga misi beliau untuk mendapatkan berat badan idaman tercapai. Amin....

Saya? Pun berjaya mengurangkan berat badan juga. Alhamdulillah. Tapi, cabaran besar akan menjelma tidak lama lagi. 

Cabaran BERHARI RAYA dan kekal langsing. Haa...

Berjaya ke berat badan tersebut dikekalkan atau dikurangkan lagi?

Meh kongsi tips ringkas untuk mengurangkan berat badan. 


Kenapa perlu jaga makan? Jika kita menjaga pemakanan seharian, sebenarnya ia membantu sebanyak lebih kurang 70% untuk misi mengurangkan berat badan.

Kenapa saya kata begitu?
Ini contohnya ya.
Sepinggan nasi lemak sambal mengandungi 400 kalori. Dan untuk membakar 400 kalori, kita perlu berlari atau jogging selama 40 minit. 
Makan nasi lemak? Tak sampai 15 minit bukan? Yang mana lebih mudah? Menukar sarapan pagi iaitu nasi lemak kepada makanan lain yang lagi rendah kalori atau jogging selama 40 minit?

Tepuk dada, tanya selera..

Disebabkan itulah menjaga pemakanan itu sangat, sangat penting. 

Kalau susah sangat jaga pemakanan, kita diberi pilihan iaitu dengan mengamalkan supplement dan vitamin yang boleh membantu mengurangkan berat badan.

SET KURUS SHAKLEE

Apa yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee ini?

1) Cinch Shake Mix 
Cinch Shake Mix adalah pengganti makanan yang lengkap dengan karbohidrat, kalori, lemak, protein dan fiber yang diperlukan oleh tubuh. 

Perlu ke pengganti makanan ini? 
TAK PERLU jika anda rajin mengira kalori yang diambil seharian dan boleh mengawal kalori yang diambil. Jika rasa tidak boleh melakukannya, kenalah ambil Cinch Shake Mix.

Kata nak kurus. Kenapa ada juga kalori dan lemak dalam Cinch Shake Mix ini? 
Badan kita masih memerlukan kalori dan lemak untuk sistem metabolisme badan dan juga fungsi hormon. Kekurangan kalori dan lemak boleh memberikan kesan negatif kepada sel-sel terutama sel otot. Akibatnya, kulit kelihatan menggeleber apabila hilang berat badan dan yang lebih teruk pula, berat badan mencanak naik semula apabila kita berhenti mengamalkan mana-mana set untuk kurus.

(2) Cinch Tea Mix 
Teh ni adalah gabungan teh hijau, putih & merah yang dapat memberikan tenaga. Bagi yang biasa minum petang, teh ini adalah yang terbaik bagi menggantikan teh tarik dan kuih muih yang bernilai 200 kalori.

Selain memberikan tenaga dan menghilangkan mengantuk, Cinch Tea Mix juga mengurangkan rasa ingin mengunyah dan makan kudapan yang selalu diambil antara waktu makan.

Siapa yang ingin meneruskan perjalanan jauh seperti balik kampung Hari Raya ini boleh minum dulu secawan Cinch Tea Mix untuk memberikan kesegaran sepanjang perjalanan menggantikan air kopi biasa.

(3) Vita-Lea atau Multivitamin
Aik..nak kurus perlu makan Vita-Lea? 
Vita-Lea atau Multivitamin ini perlu diambil juga kerana ia membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
Ada vitamin tertentu seperti vitamin B berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, ia membantu untuk mekanisme di dalam badan bekerja dengan lebih efektif dan efisien.

Kesannya? Ia boleh membantu mengurangkan berat badan.

Detoks! Detoks! 
Herb-Lax sangat penting untuk mencuci usus kita. Ia mengeluarkan saki baki benda yang tidak perlu di dalam usus sekaligus mengurangkan berat badan. 

Lecithin adalah pengemulsi Lemak. Ia membantu badan kita memecahkan lemak dalam darah menjadi partikel yang kecil. 
Dalam erti kata lain, lemak yang dibakar tadi akan dikumuh keluar dengan pertolongan Herb-Lax dan tidak disimpan dalam badan. Apabila tidak disimpan dalam badan, maka berat badan akan berkurangan.

Ermmm...betul ke boleh kurangkan berat badan ni?
Apa kata kita baca TESTIMONI rakan kita yang telah berjaya mengurangkan berat badan beliau.

UNTUK TEMPAHAN / PERTANYAAN / KONSULTANSI, hubungi:
PN EMALIN MOHD (SMS / WHATSAPP): +60192500978

Bulan puasa ini dapat berita gembira dari salah seorang pelanggan yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 23kg. Sebenarnya, beliau m...

4 comments:

  1. Nice tips, teringin gak nak kurangkan berat badan nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh...
      semua orang boleh... :)

      Delete
  2. klau uncle nak naikkan berat badan cane? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan banyak :) pastu tambah mealshakes + Vit b complex

      Delete