5 Sebab Ibu Digalakkan Berjalan Semasa Hamil

12:22 pm emalin mohd 4 Comments

Orang kata kalau hamil kena banyakkan berjalan. Lagilah kalau tengah tunggu bukaan. Jika dah dimasukkan ke dalam wad, siap dinasihatkan agar bangun dari katil dan pusing-pusing dan jalan-jalan dalam wad. 

Berjalan dikatakan membantu membuka bukaan agar ibu lebih cepat bersalin.

Itu semasa bersalin.

Namun, semasa hamil lagi memang ibu digalakkan untuk berjalan.



Walaupun berjalan semasa hamil tidak menjamin 100% ibu melahirkan secara normal dan cepat, namun berjalan memberikan kesan positif kepada ibu.

5 SEBAB IBU DIGALAKKAN BERJALAN SEMASA HAMIL



1. Semasa hamil ibu mempunyai emosi yang pelbagai. Cepat sensitif dan adakalanya rasa malas pun ada. Ia berkaitan dengan hormon. Berjalan semasa hamil boleh membantu meningkatkan pengeluaran serotonin. Serotonin dikaitkan dengan kesan psikologi dan fungsi badan yang lain termasuk emosi. Ketidakseimbangan serotonin boleh menyebabkan emosi menjadi tidak stabil yang boleh membawa kepada depresi.

Serotonin yang tinggi yang dapat dihasilkan apabila ibu berjalan meningkatkan rasa gembira ibu hamil. Justeru, ibu hamil tidak mengalami kemurungan dan sedih semasa hamil.

2. Berjalan adalah senaman paling mudah mudah untuk membakar kalori dan glukos dalam badan. Ia amat membantu ibu terutama yang mempunyai diabetis semasa hamil. Sekiranya ibu mengalami gestational diabetis atau diabetis semasa hamil, mengawal kadar gula dalam darah amat penting. Namun, jangan risau memang ada yang berjaya mengawal diabetis semasa hamil. 

3. Berjalan semasa hamil juga menggalakkan pengaliran darah. Aliran darah yang baik boleh mengelakkan terjadinya varicose veins yang selalu terjadi di kaki dan peha semasa hamil. 



4. Berjalan semasa hamil adalah sebagai senaman untuk ibu. Ia akan membantu menguatkan jantung dan paru-paru semasa hamil sekaligus mengurangkan rasa penat.

5. Stamina yang kuat diperlukan semasa proses kelahiran. Dan setiap proses kelahiran bayi adalah berbeza. Adakalanya memakan masa berjam-jam lamanya. Untuk mendapatkan stamina yang kuat, ibu boleh menjalankan senaman paling mudah iaitu berjalan. Tambahan pula kalau berjalan di shopping complex pasti tidak letih bukan?

Tapi jika ibu telah berjalan pada siang harinya dan malam terasa lenguh, apa kata dapatkan bantuan suami untuk mengurut belakang ibu. Ia pasti akan dapat melegakan ibu. Selain itu, mengamalkan Ostematrix juga dapat mengurangkan lenguh serta mendapatkan tidur yang lena untuk ibu.

Jangan lupa berjalan ya Ibu..

Salam Sayang,
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Orang kata kalau hamil kena banyakkan berjalan. Lagilah kalau tengah tunggu bukaan. Jika dah dimasukkan ke dalam wad, siap dinasihatkan agar...

4 comments:

  1. patut la bini gua rajin btuel berjualan masa beranak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin jalan kat shopping complex jangan marah ye..nak exercise je tu ;)

      Delete
  2. Saya dulu anak pertama sampai seminggu pagi petang pergi taman berjalan-jalan.
    Sebab masa tue doc bagi masa seminggu terlebih due date.
    Takut kena cser so banyak jalan.
    Sangat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertambah sikit tenaga kan bila berjalan ni..

      Delete