Apabila Sakit Atau Cedera, Pilih Pek Ais Atau Pek Panas?
Apabila sakit atau tercedera, antara nasihat yang diterima ialah menuam tempat sakit atau cedera.
Ada yang kata lebih baik pek ais.
Ada pula yang kata pek panas lebih baik.
Yang mana satu sebenarnya lebih baik? Ia bergantung kepada jenis kesakitan yang dialami.
Bagi yang mengalami artritis, pek PANAS lebih sesuai kerana ia akan mengurangkan ketegangan pada otot dan sendi yang sakit.
Artritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.
Bagi yang mengalami serangan penyakit akibat gout, pek ais akan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.
Sakit kepala adalah antara penyakit yang sering dialami terutama sekiranya berada dalam keadaan stress dan tidak cukup rehat. Bagi mengurangkan sakit kepala, gunakan pek ais untuk mengurangkan kesakitan. Jangan gunakan pek panas kerana ianya akan menambah kesakitan terutama di bahagian leher.
Bagi yang mengalami tendinitis pula, pek ais akan mengurangkan kesakitan yang dialami. Dan setelah kesakitan reda, pek panas juga boleh digunakan.
Tendinitis adalah keadaan di mana sakit yang berlaku pada tisu yang menghubungkan otot dan tulang menjadi radang.
Sekiranya kecederaan yang dialami kurang daripada 6 minggu, gunakan pek ais kerana ia boleh mengurangkan kesakitan dan mengurangkan lebam yang berlaku.
Namun, jika kecederaan atau penyakit arthritis telah melebihi 6 minggu sebaiknya gunakan pek panas kerana ia membantu meningkatkan pengedaran darah lebih baik dan mengurangkan sakit sendi yang dialami.
Didalam peti sejuk memang ada pak ais disimpan untuk kegunaan kecemasan. Kalau keadaan terdesak digunakan.
ReplyDeleteMemang kena ada pek ais ni. Pek panas pun patut ada juga tapi kalau takada, iron saja tuala bagi suam.
DeleteSelalu gak konpius. Terima kasih atas tips yang sangat berguna ni
ReplyDeleteSama-sama :)
Delete