Penawar Migrain

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments


 
 
Apa itu Migrain?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

 
Apakah yang menyebabkan Migrain 

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

Antara penyebab migrain:

·   Kekurangan zat dan nutrisi

·   Faktor keturunan

·   Kesan dari pengambilan ubat-ubatan

·   Wanita yang mengalami haid atau pra-haid

·   Terlalu banyak mengambil kafein

·   Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Tanda-tanda Migrain

Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migraine yang berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migrain. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 minit sebelum sakit kepala.

 
Bagaimana Migrain dikenalpasti?  

 
Rabun mata, stress atau tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migrain jika :

  • Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dengan aura.

  • Sakit kepala yang berlangsung 4-72 jam jika tidak makan ubat.

  • Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos ubat yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. 

Antara kesan mengambil ubat penahan sakit jangka masa panjang ialah:

Boleh menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar.

 

Jika mengalami migraine, anda juga boleh mengamalkan Ayat 19 daripada Surah Al-Waqi'ah:

"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya."

 

 
Selain daripada itu, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan yang membekalkan nutrisi harian.
 
 

Supplement/vitamin untuk migrain:

 


 
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

 Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

 Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

B Complex

 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, ketahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca daripada pemakanan, maka pantaulah pemakanan anda. 

 

Jangan lupa untuk menimbangkan mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

 

 

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)


 

    Apa itu Migrain? Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga se...

0 comments: